Menukar Kadar Caruman KWSP Anda: Apa Kesannya Terhadap Anda?

Menukar Kadar Caruman KWSP Anda: Apa Kesannya Terhadap Anda?
Fikir nak tukar kadar caruman KWSP anda? Sama ada anda sedang mempertimbangkan untuk mengurangkannya daripada 11% kepada 9%, atau menambahnya secara sukarela, adalah penting untuk faham bagaimana ia memberi kesan kepada gaji bersih anda, simpanan jangka panjang, dan matlamat persaraan anda.
Ahli-ahli KWSP yang mahu kekal mencarum sebanyak 11% daripada gaji mereka perlu mengisi Borang KWSP 17A (Khas 2021) yang boleh didapati di laman web KWSP. Mereka perlu menghantar borang tersebut kepada majikan mereka, dan seterusnya majikan mereka akan menghantarnya ke KWSP. Kadar caruman KWSP majikan kekal sama – jika anda berpendapatan RM5,000 atau kurang sebulan, majikan anda dikehendaki mencarum 13% daripada gaji anda ke dalam KWSP dan jika anda berpendapatan lebih daripada RM5,000, majikan anda dikehendaki mencarum sebanyak 12%.
Berikut perkara penting yang perlu anda tahu sebelum menukar kadar caruman anda:
Apakah kadar caruman KWSP semasa?
Setakat tahun 2024, kadar caruman standard KWSP bagi pekerja ialah 11% daripada gaji bulanan anda. Majikan pula mencarum 12% atau 13%, bergantung kepada tahap gaji anda.
Namun, dalam keadaan tertentu (biasanya semasa krisis ekonomi atau inisiatif kerajaan), pekerja dibenarkan mengurangkan kadar caruman kepada 9% buat sementara waktu. Anda juga boleh memilih untuk membuat caruman tambahan secara sukarela.
| Kalau anda mengalami pemotongan gaji | ||
| Kalau anda mencarum 7% | Kalau anda mencarum 11% | Apa yang boleh anda buat? |
|
|
Anda perlu merombak belanjawan anda - bacalah panduan kami tentang perancangan dan belanjawan kami atau gunakan kalkulator kami untuk membantu anda.
Jika anda sedang menempuh kesukaran disebabkan oleh krisis yang melanda dan anda ada pinjaman yang perlu dibayar, cuba tanya bank anda sama ada anda layak menerima bantuan bayaran balik pinjaman. |
| Kalau anda tidak mengalami pemotongan gaji | ||
| Kalau anda mencarum 7% | Kalau anda mencarum 11% | Apa yang boleh anda buat? |
|
|
Lihat bahagian seterusnya tentang cara menambah simpanan persaraan anda. |
Bagaimana ia memberi kesan kepada gaji bersih?
Menukar kadar caruman akan terus memberi kesan kepada jumlah gaji yang anda bawa pulang.
Caruman rendah = gaji bersih lebih tinggi sekarang, tapi kurang simpanan untuk masa depan. Caruman tinggi = gaji bersih lebih kecil, tapi simpan lebih untuk persaraan.
Gunakan Kalkulator Caruman KWSP untuk melihat dengan tepat bagaimana kadar yang berbeza memberi kesan kepada gaji anda.
Apa kesannya kepada simpanan?
Mengurangkan caruman mungkin nampak menarik sekarang, tapi fikir kesannya dalam jangka panjang. KWSP membayar dividen tahunan (contoh: 5.5% pada 2024) dan dividen ini akan berganda melalui kuasa faedah kompaun.
Contoh: Jika anda turunkan caruman daripada RM330 sebulan ke RM270, anda simpan RM60 lebih sedikit sebulan. Dalam 10 tahun, ini boleh beri kesan ribuan ringgit kurang dalam simpanan anda.
Katakan anda berpendapatan RM4,000 sebulan. Jadual di bawah menunjukkan berapa banyak anda boleh menyimpan dalam setahun, sekiranya anda mencarum kadar sebanyak 7%, 9% atau 11% daripada pendapatan anda ke dalam KWSP dicampur dengan 13% caruman majikan anda. Lebih tinggi kadar caruman bulanan anda, lebih banyak simpanan persaraan anda. Jadual di bawah menunjukkan jumlah yang anda boleh simpan dalam setahun, bergantug kepada kadar caruman KWSP anda. Anda boleh juga gunakan kalkulator persaraan kami untuk mengira jumlah yang anda perlukan untuk persaraan anda.
Berapa banyak anda boleh menyimpan dalam setahun
| Caruman KWSP pekerja (bulanan) | 7% (RM280) | 9% (RM360) | 11% (RM440) |
| Caruman KWSP majikan (bulanan) | 13% (RM520) | 13% (RM520) | 13% (RM520) |
| Jumlah pendapatan dalam setahun (tolak dividen) | RM57,600
(RM280 x 12 + RM520 x 12) |
RM58,560
(RM360 x 12 + RM520 x 12) |
RM59,520
(RM440 x 12 + RM520 x 12) |
Dividen yang dapat dinikmati
Simpanan KWSP anda memberi pulangan terjamin sebanyak 2.5% setiap tahun. Bermula dari 1999 sehingga 2019, KWSP telah membayar dividen pada kadar purata 5.61% setahun. Lebih banyak anda mencarum ke dalam KWSP, lebih banyak dividen yang anda akan dapat, kerana pembayaran dividen adalah berdasarkan jumlah simpanan keseluruhan anda.
Jadi, kalau anda terpaksa menaikkan kadar caruman anda daripada 7% kepada 9%, anda bukan saja menambahkan jumlah simpanan persaraan anda, tetapi juga dividen anda.
Tapi kalau anda mengurangkan caruman anda daripada 11% kepada 9%, simpanan persaraan anda dan dividen anda akan berkurang. Sebaliknya lebih banyak anda mencarum, lebih banyak dividen akan diperoleh. Jadi, kalau anda masih mampu, kekalkan caruman anda pada kadar 11% setiap tahun supaya anda boleh mendapat pulangan maksimum daripada simpanan KWSP anda.
Pelepasan cukai
Jadi, kalau caruman anda meningkat daripada 7% kepada 9%, anda boleh tuntut lebih banyak pelepasan cukai. Kalau anda mencarum 11% dan kemudian mengurangkan kadar itu kepada 9%, ini mungkin mengurangkan pelepasan cukai yang anda boleh tuntut, kesannya jumlah cukai yang anda perlu bayar mungkin akan bertambah. Tapi ingat, ini sebenarnya bergantung kepada situasi semasa anda, memandangkan pelepasan cukai yang dituntut tidak boleh melebihi RM4,000.Anda boleh tuntut pelepasan cukai sehingga RM4,000 jika anda mencarum dalam KWSP. Jadi, lebih banyak anda mencarum, lebih banyak jumlah yang boleh dipotong daripada pendapatan bercukai anda sehingga takat maksimum RM4,000. Ini akan mengurangkan jumlah cukai yang anda perlu bayar.
Jadi, kalau caruman anda meningkat daripada 7% kepada 9%, anda boleh tuntut lebih banyak pelepasan cukai. Kalau anda mencarum 11% dan kemudian mengurangkan kadar itu kepada 9%, ini mungkin mengurangkan pelepasan cukai yang anda boleh tuntut, kesannya jumlah cukai yang anda perlu bayar mungkin akan bertambah. Tapi ingat, ini sebenarnya bergantung kepada situasi semasa anda, memandangkan pelepasan cukai yang dituntut tidak boleh melebihi RM4,000.
Rasa macam bijak tak?
Mari kita lihat satu contoh. Siti ialah seorang eksekutif Sumber Manusia yang masih bujang. Dia berpendapatan sebanyak RM3,000 sebulan, iaitu RM36,000 setahun. Siti sedang memikirkan berapa banyak dia patut mencarum dalam KWSP untuk mendapat lebih banyak pelepasan cukai. Dia tidak layak mendapat pelepasan cukai yang lain.
Jadual di bawah menunjukkan pendapatan cukai yang perlu dibayar oleh Siti kalau dia mencarum sebanyak 7%, 9% atau 11% dalam KWSP. Dia boleh menuntut rebat cukai sebanyak RM500 untuk bayaran zakat tetapi dia tiada potongan cukai atau rebat lain yang boleh dituntut.
*Nota: Manfaat cukai sebenar bergantung kepada situasi dan pendapatan setiap individu.
Jumlah cukai pendapatan yang perlu Siti bayar
| Peratusan caruman dalam KWSP | 7% | 9% | 11% |
| Jumlah keseluruhan cukai kena bayar | RM871.20 | RM794.40 | RM717.60 |
Siapa yang boleh ubah kadar caruman?
Tidak semua orang layak untuk mengurangkan caruman. Hanya warganegara Malaysia berumur bawah 60 tahun yang bekerja di sektor swasta boleh memilih untuk mengurangkan kadar caruman pekerja KWSP mereka daripada 11% kepada 9%.
Untuk membuat pertukaran ini, anda perlu menghantar Borang KWSP 17A (Khas) kepada majikan anda. Pertukaran ini biasanya berkuat kuasa mulai bulan berikutnya.
Nak tambah caruman?
Jika anda mampu, anda boleh buat Caruman Sukarela (Voluntary Contribution) untuk:
- Tambah simpanan dalam Akaun 1 & 2
- Simpan lebih dari had mandatori
- Dapat dividen seperti caruman biasa
Sesuai untuk pekerja sendiri atau mereka dengan pendapatan tidak tetap.
Soalan Lazim: Menukar Kadar Caruman KWSP Anda
- Boleh tak saya kurangkan caruman KWSP pada 2024?
Ya, jika dibenarkan oleh KWSP dan anda layak. - Bagaimana nak kira caruman saya?
Guna Kalkulator Caruman KWSP atau rujuk slip gaji. - Adakah caruman 11% wajib?
Ya, kecuali kerajaan benarkan kadar lebih rendah buat sementara waktu. - Boleh tak saya tambah caruman secara sukarela?
Boleh. Guna i-Akaun atau pergi ke kaunter KWSP. - Apakah kadar caruman KWSP semasa?
11% (pekerja) dan 12%/13% (majikan).
Apa langkah seterusnya?
Ini bergantung kepada sama ada anda perlu menaikkan caruman anda daripada 7% ke 9%, atau anda mahu merendahkan kadar caruman anda daripada 11% kepada 9%.
Seperti yang kami katakan sebelum ini, jika anda perlu menaikkan kadar caruman kepada 9%, wang gaji yang anda bawa pulang akan menjadi kurang. Bacalah panduan kami tentang perancangan dan belanjawan kami atau gunakan kalkulator belanjawan kami untuk membantu anda menguruskan situasi kewangan baru anda. Anda juga boleh baca tip menyimpan wang dan gunalah kalkulator simpanan untuk membantu anda mencapai matlamat anda.
Sekiranya anda mampu, anda patut kekalkan caruman dalam KWSP pada kadar 11% kerana langkah ini dapat membantu anda lebih bersedia menghadapi hari-hari persaraan kelak. Anda juga akan mendapat dividen yang lebih dan mungkin juga boleh menikmati lebih banyak pelepasan cukai.
Untuk maklumat lanjut tentang caruman anda, sila rujuk laman web KWSP atau hubungi KWSP di 03-8922 6000 (Isnin – Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang).
Untuk mempelajari lebih lanjut tentang perancangan kewangan bagi tujuan persaraan, bacalah panduan tentang perancangan persaraan dan menyimpan dalam KWSP untuk persaraan anda. Want to grow your EPF even further? Check out: Choosing the Right EPF Voluntary Contribution Plan
Tag:Persaraan




