• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Merancang Belanjawan

      4 Langkah Mudah Untuk Memindahkan Dana KWSP Akaun 2 Ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel) 

      • Dihasilkan oleh Multiply
      • Kategori Merancang Belanjawan, Persaraan, Blog
      • Tarikh Jun 12, 2024
      EPF-KWSP-Opt-In-Akaun-2-3-Fleksibel

      Ramai orang mempunyai persoalan tentang cara memohon pemindahan dana daripada Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3), selepas penstrukturan semula akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini. Kami akan berkongsikan dengan anda cara-cara untuk melakukannya. 

      Berkuatkuasa Mei 11, 2024, semua akaun KWSP untuk semua ahli yang berumur 55 tahun ke bawah telah distrukturkan semula kepada 3 akaun berbeza: Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), and Akaun Fleksibel (Akaun 3).

      Sebelum ini, ahli KWSP hanya boleh mengeluarkan wang simpanan mereka selepas memenuhi beberapa syarat tertentu. Akaun 1 (kini Akaun Persaraan) misalnya, diwujudkan khusus sebagai dana persaraan dan pelaburan yang tidak boleh dikeluarkan sehingga ahli mencapai umur 55 tahun.

      Sementara itu, Akaun 2 (kini Akaun Sejahtera) boleh digunakan untuk tempoh pra-persaraan, di mana dana itu boleh dikeluarkan dan digunakan untuk membeli rumah, pendidikan, perubatan, perlindungan insurans, menunaikan haji, atau apabila ahli mencapai umur 50 tahun.

      Pengenalan Akaun Fleksibel memberi lebih banyak kebebasan kepada anda dalam membuat keputusan bagaimana anda boleh menggunakan dana sendiri. Anda bebas untuk mengeluarkan dan menggunakan dana daripada Akaun Fleksibel mengikut keperluan anda.

      Tempoh Pemindahan Dana Dari Akaun Sejahtera

      Semasa pengumuman penstrukturan semula, KWSP turut membenarkan pemindahan dana sekali sahaja daripada Akaun Sejahtera kepada Akaun Fleksibel. Ini bermakna, untuk satu tempoh tertentu, anda mempunyai pilihan untuk memindahkan baki Akaun Sejahtera mereka tanpa perlu mencapai umur atau mematuhi syarat pengeluaran tertentu.

      Untuk melakukan ini, anda mesti memohon pemindahan. Walau bagaimanapun, permohonan untuk pemindahan hanya boleh dilakukan sekali dan hendaklah dikemukakan bermula sekarang sehingga 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk tidak melakukan pemindahan.

      Sila ambil maklum bahawa jika anda memohon pemindahan dana daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel, jumlah dana yang boleh anda pindahkan bergantung pada baki dalam Akaun Sejahtera anda.

      4 Easy Steps to Transfer EPF’s Akaun 2 Funds to Akaun 3 (Akaun Fleksibel)  2 - Multiply - Planning & Budgeting, Retirement, Blog

      Langkah Untuk Memohon Pemindahan Dana Ke Akaun Fleksibel

      Jadi, apakah cara paling mudah untuk memohon pemindahan dana daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel? Ikuti langkah mudah ini.

      Langkah 1:
      Untuk memohon pemindahan, gunakan sama ada aplikasi KWSP i-Akaun atau laman web KWSP. Di halaman utama, pilih "Lihat Butiran" di bawah teks "Ketahui tentang Akaun Fleksibel anda!". Ikuti skrin panduan pemindahan jumlah awal.

      4 Easy Steps to Transfer EPF’s Akaun 2 Funds to Akaun 3 (Akaun Fleksibel)  4 - Multiply - Planning & Budgeting, Retirement, Blog

      Setelah selesai, tap "Pindah Sekarang" pada panel terakhir untuk memulakan permohonan anda.

      4 Easy Steps to Transfer EPF’s Akaun 2 Funds to Akaun 3 (Akaun Fleksibel)  6 - Multiply - Planning & Budgeting, Retirement, Blog


      Langkah 2:

      Kemudian, anda akan dipaparkan dengan maklumat peringatan penting, yang menjelaskan bahawa permohonan pemindahan ini adalah untuk sekali sahaja dan tidak boleh dibatalkan..

      Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, pergi ke pautan "Soalan Lazim". Jika tidak, tap "Teruskan" untuk pergi ke langkah seterusnya.

      4 Easy Steps to Transfer EPF’s Akaun 2 Funds to Akaun 3 (Akaun Fleksibel)  8 - Multiply - Planning & Budgeting, Retirement, Blog

       

      Langkah 3:

      Anda akan melihat nilai anggaran baki Akaun Persaraan, Sejahtera dan Fleksibel anda sebelum dan selepas pemindahan. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan Kalkulator Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP untuk mengira jumlah ini.

      Selepas ini, turun ke bawah dan tap "Teruskan".

      4 Easy Steps to Transfer EPF’s Akaun 2 Funds to Akaun 3 (Akaun Fleksibel)  10 - Multiply - Planning & Budgeting, Retirement, Blog4 Easy Steps to Transfer EPF’s Akaun 2 Funds to Akaun 3 (Akaun Fleksibel)  12 - Multiply - Planning & Budgeting, Retirement, Blog

       

      Langkah 4:

      Baca pengisytiharan ahli dan tap "Terima". Tap "Ya" untuk mengesahkan pemindahan.

      4 Easy Steps to Transfer EPF’s Akaun 2 Funds to Akaun 3 (Akaun Fleksibel)  14 - Multiply - Planning & Budgeting, Retirement, Blog

      Dan itu sahaja! Anda akan dipaparkan skrin pengesahan dan nombor rujukan. Tahniah, anda telah berjaya memohon pemindahan dana Akaun Fleksibel!

      4 Easy Steps to Transfer EPF’s Akaun 2 Funds to Akaun 3 (Akaun Fleksibel)  16 - Multiply - Planning & Budgeting, Retirement, Blog

      Apa Yang Akan Berlaku Seterusnya?

      Selepas memohon pemindahan, anda akan menerima makluman daripada i-Akaun yang mengesahkan permohonan anda sedang diproses. Dalam masa 3-7 hari bekerja, anda akan menerima makluman lain yang mengesahkan kelulusan permohonan anda. Buka peti masuk i-Akaun anda untuk menyemak makluman-makluman ini.

      Bagi mereka yang memilih pemindahan, kelulusan mengambil masa 3-5 hari bekerja. Setelah dimuktamadkan, baki Akaun Fleksibel anda boleh dikeluarkan dan dikreditkan terus ke akaun bank anda. Nota: Pengeluaran minimum ialah RM50. Ketahui cara-cara untuk memindahkan dana dari Akaun 3 ke akaun bank anda dengan menggunakan panduan ini.

      Peringatan: Gunakan simpanan Akaun Fleksibel untuk keperluan kecemasan sahaja. Berbelanjalah dengan penuh tanggungjawab! Untuk maklumat lanjut mengenai KWSP, anda boleh membaca Panduan Multiply: Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP kami.

      Tag:Pengeluaran Akaun 3 KWSP, KWSP, Akaun 3

      Kongsikannya:


      User Avatar
      Multiply

      Sebelumnya

      BUDI MADANI: Bagaimana Program Subsidi Diesel Bersasar Ini Membantu Anda
      Jun 12, 2024

      Seterusnya

      Panduan Langkah-Langkah Pemindahan Dana Akaun Fleksibel KWSP (Akaun 3) Ke Akaun Bank Anda
      Jun 12, 2024

      Anda Mungkin Berminat

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      3 Mac, 2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      4 Oktober, 2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      1 Oktober, 2024

      Cari

      Artikel Terkini

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      03Mac2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      04Okt2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      01Okt2024

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Mengenali Scams

      Panduan terkini

      Multiply Guides: How To Read Your Payslip & Why Is It Important?

      Panduan Multiply: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

        newsletter-subscribe-multiply

        logo-multiply-learn-investing-for-free

        hello@multiply.org.my

        Maklumat

        • Laman Utama
        • Blog
        • Tentang Kami
        • Hubungi

        Kategori

        • Merancang Belanjawan
        • Simpanan & Pelaburan
        • Menguruskan Hutang
        • Membeli Kenderaan

        Kategori

        • Membeli Rumah
        • Insurans
        • Persaraan
        • Semua Panduan

        Instagram Feed

        🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web 🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web Multiply yang serba baharu!Kami sedang mencari rakyat Malaysia yang berumur 20-35 tahun untuk menguji laman web terbaharu kami.💡Akses awal💬 Maklum balas jujur📈 Bantu kami tambah baikTap pada link di bio untuk mendaftar sekarang!- - - - - -🚨Be the first to experience the all-new Multiply page!We’re looking for testers aged 20-35 to try our new website and tell us what you think.💡Early access💬 Honest feedback📈 Real impactTap the link in our bio to sign up now!#Finance #PersonalFinance #financialliteracy #Testers #Multiply
        ✨ 2025, we see you! ✨ Selamat Tahun Baru, Mul ✨ 2025, we see you! ✨Selamat Tahun Baru, Multipliers! 🎉 Here’s to leveling up, smashing goals, and keeping that duit game strong 💸🔥New year, new vibes, but still the same Multiply fam ready to support you every step of the way. 💪What’s your big goal for 2025? 👀 Drop it in the comments—let’s make it happen together! 🚀#MultiplyMY #NewYearVibes #2025HereWeCome
        As 2024 wraps up, let's look back at all we accomp As 2024 wraps up, let's look back at all we accomplished together, Multipliers! 🎉From our top 5 articles to the most popular tools on our site—korang memang power! 💪 THANK YOU for an amazing year 🫶Psst... 2025 is bringing something HUGE 🤫 Stay tuned and hold on to that hype! 🚀#MultiplyMY #MultiplyWrapped #2025Excitement
        We’re focused on enhancing your experience and b We’re focused on enhancing your experience and bringing you exciting updates tailored just for you.Stay tuned—we can’t wait to share what’s coming next!If you have any questions or need assistance in the meantime, feel free to reach out to us at hello@creador-foundation.com. Thank you for your support—we’re excited to reveal what we’ve been working on soon!

        Multiply by Creador Foundation.

        • Privasi
        • Terma
        • Peta laman

        Facebook Google

        Log masuk dengan akaun laman anda

        14 − 3 =

        Lupa kata laluan anda?

        Belum jadi ahli? Daftar sekarang

        Daftar akaun baru

        4 × three =

        Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

        popup

        scam quiz_types of scams

         

        Uji pengetahuan korang tentang scam dan tengok korang boleh kalahkan scammer ke tak! Adakah anda level Budak Terer, Budak Standard, atau Budak Baru?

        Dah sedia untuk jawab kuiz? Klik "Mulakan Kuiz" kat bawah!

        1. 
        Ok, jom kita mula! Kekasih online korang (yang korang tak pernah jumpa depan-depan) bagitau yang dia ada hantar satu barang kat korang. Tapi korang kena bayar caj pelepasan di laman web “Kastam” untuk menuntutnya. Korang akan bayar ke tak?

        2. 
        Korang terima pautan dalam e-mel dari bank yang mintak korang set balik kata laluan sebab ada orang cuba hack akaun korang. Apa tindakan korang?

        3. 
        Pegawai penyiasat telefon dan bagitahu maklumat peribadi korang telah digunakan dalam aktiviti pengubahan wang haram. Jika tak nak dilanda masalah, korang kena bayar denda RM10,000 ke bank akaun.

        4. 
        Sebuah syarikat di Jakarta mendesak korang untuk melabur dengan segera, tapi takde maklumat lengkap mengenai diorang kat dalam talian. Jadi, nak melabur ke tak?

        5. 
        Seorang penganjur meminta derma daripada anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir, malah menunjukkan gambar individu yang terlibat. Patut derma atau tidak?

        6. 
        Ada orang dalam group WhatsApp menawarkan pekerjaan sambilan dengan gaji sebanyak RM5,000, tapi korang kena bayar wang pendahuluan dulu. Apa tindakan korang?

        7. 
        Ada pihak nak sewa bank akaun anda dengan harga RM500 untuk setiap transaksi yang dibuat. Nak ke tak?

        8. 
        Korang dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali, tetapi suaranya macam bos korang. Dia minta korang transfer RM10,000 ke akaun yang tak dikenali. Korang transfer tak?

        9. 
        Seorang peniaga di Mudah.my sedang menjual telefon bimbit yang baru dilancarkan dengan diskaun 90%. Tapi, korang buat bayaran segera kerana terdapat pembeli lain yang berminat. Apa yang akan korang buat?

        10. 
        Iklan di Instagram telah mempromosikan agensi perkhidmatan membersihkan rumah yang murah. Apabila korang menghubungi agensi tersebut, agensi tu minta korang buat tempahan melalui aplikasi APK khas yang perlu dimuat turun. Patutkah korang muat turun aplikasi APK tersebut?

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Ambil kuiz kami!



        Apakah personaliti kewangan Anda?

        Terbaru


        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apakah personaliti Kewangan Anda?

        Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

        1. It's the end of the month, you are thinking...

        2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….

        3. So you crashed your car and it's going to cost RM1,000 to fix, you

        4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…

        5. After months of saving (see "sikit -sikit, lama-lama jadi bukit" really is true), you've got cash sitting in the bank. You then

        6. You're buying a new car (yes, imagine away - Toyota, Proton, or BMW). You take

        7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

        1. 
        Bagaimana anda memperoleh pendapatan?

        2. 
        Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?

        3. 
        Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?

        4. 
        Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?

        5. 
        Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?

        6. 
        If you're taking money from your EPF account during the MCO/CMCO (under i-Lestari), how are you using it?

        7. 
        Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:

        8. 
        Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?

        9. 
        Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?

        10. 
        Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?

        11. 
        How do you think you'll manage your money in 2021?

        12. 
        Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?

        13. 
        Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:

        14. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:

        15. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?

        clock.png

        Time's up