- Home
- Panduan kami
- Persaraan
- Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 1)
Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 1)
KWSP sangat penting dalam perancangan persaraan anda. Ia satu pelaburan yang selamat dengan jaminan dividen tahunan sebanyak 2.5% (namun selalunya KWSP membayar pulangan yang lebih tinggi daripada itu).
Anda mungkin menyangka bahawa KWSP hanyalah untuk mereka yang mempunyai majikan, tapi itu sebenarnya tak tepat. Jika anda seorang pekerja dalam ekonomi sementara (gig economy), menjalankan perniagaan sendiri, atau seorang ibu yang menjaga anak di rumah, anda pun boleh menyimpan dalam KWSP.





