Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hanya 18% daripada golongan pekerja yang mempunyai akaun KWSP akan mempunyai simpanan yang cukup apabila tiba masa mereka bersara. Malah, hanya 48% saja daripada tenaga pekerja mempunyai akaun KWSP yang aktif. Kita semua perlu merancang untuk persaraan kita dan tak pernah terlalu awal untuk kita memulakannya.