Berapa Yang Boleh Saya Keluarkan Dari KWSP Akaun Fleksibel (Akaun 3)? Guna Kalkulator Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP Multiply Ini Untuk Ketahuinya

Curiga nak tahu berapa banyak yang anda boleh keluarkan dari Akaun Fleksibel KWSP anda selepas membuat permohonan perpindahan simpanan? Jom baca kat sini untuk jawapannya.
Memperkenalkan Kalkulator Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP baru kami. Kalkulator ini direka khas untuk menganggarkan jumlah pengeluaran dari Akaun Fleksibel anda selepas anda memohon untuk membuat pemindahan simpanan. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memasukkan baki akaun KWSP anda dalam ruang yang disediakan dan kalkulator ini akan mengira anggaran amaun yang boleh anda keluarkan dari Akaun Fleksibel anda.
Untuk rekod, KWSP membenarkan pemindahan sekali sahaja dari Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3). Anda boleh memohon untuk pengagihan ini bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024. Selepas tempoh ini, anda tidak boleh lagi memindahkan simpanan daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.
Adalah diingatkan bahawa penstukturan semula akaun KWSP dilakukan secara automatik. Bermakna, biarpun anda tidak memohon untuk melakukan pengagihan, akaun KWSP anda tetap akan distuktur semula dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) akan diwujudkan. Namun, jika anda tak membuat permohonan untuk pemindahan dari Akaun Sejahtera (Akaun 2), jumlah permulaan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3) baru ini adalah kosong.
Bagaimanapun, jika anda memohon untuk memindahkan sebahagian dari Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3), jumlah yang boleh anda keluarkan bergantung kepada jumlah baki Akaun Sejahtera (Akaun 2) semasa anda:
- Untuk baki bawah RM1,000: Kesemua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel
- Untuk baki antara RM1,000 hingga RM3,000: RM1,000 akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel
- Untuk baki melebihi RM3,000: 5/30 darinya akan dipindahkan ke Akaun Persaraan, 15/30 akan kekal dalam Akaun Sejahtera, dan 10/30 akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
Anda boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun Fleksibel ini pada bila-bila masa, untuk apa-apa saja. Bagaimanapun, ada satu syarat: jumlah minimum pengeluaran adalah sebanyak RM50. Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk mengetahui lebih mendalam mengenai penstukturan semula akaun KWSP dan Akaun Fleksibel.




