- Home
- Panduan kami
- Merancang Belanjawan
- Panduan Multiply: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
Panduan Multiply: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting

Menyertai tenaga kerja sebagai graduan baru boleh menjadi sangat mengujakan, terutamanya sekiranya anda tidak pernah bekerja dengan gaji sebelum ini. Walaupun terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari semasa bekerja, salah satu perkara penting yang mesti anda fahami ialah tentang gaji anda dan slip gaji yang disertakan bersamanya.
Slip gaji ialah dokumen penting yang membekalkan maklumat penting tentang pendapatan yang anda terima sebagai ganjaran untuk kerja keras anda. Majikan memberikan slip gaji kepada anda sama ada dalam format bercetak atau digital seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang dan ia merupakan dokumen yang dapat membantu anda menguruskan wang.
Panduan ini akan mengajar semua yang anda perlu tahu untuk memahami slip gaji anda dan memanfaatkan sepenuhnya maklumat yang diberikannya. Selepas membaca panduan ini sehingga tamat, anda akan belajar tentang:
- Slip gaji dan bagaimana ia boleh membantu perancangan kewangan anda
- Perbezaan antara gaji kasar dan gaji bersih
- Jenis potongan yang biasa terdapat pada slip gaji
- Cara slip gaji boleh membantu pengembangan karier anda
Untuk membantu anda sepanjang perjalanan, kami akan menggunakan Chen sebagai contoh. Chen adalah seorang graduan baru yang telah mula bekerja dan mahu belajar cara memanfaatkan slip gajinya dengan sepenuhnya.

Dah sedia untuk belajar? Teruskan ke bahagian seterusnya!




