• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Persaraan

      Memilih Pelan Caruman Sukarela KWSP yang Betul untuk Diri Anda

      • Dihasilkan oleh Multiply
      • Kategori Persaraan, Blog
      • Tarikh Mei 19, 2021
      Choosing the Right EPF Voluntary Contribution Plan for You 1 - Multiply - Retirement, Blog

      Memilih Pelan Caruman Sukarela KWSP yang Betul untuk Diri Anda

      KWSP membantu rakyat Malaysia menyimpan wang untuk persaraan mereka. Jika anda bekerja untuk sebuah syarikat, 11% * daripada gaji bulanan anda akan disimpan secara automatik dalam KWSP, dan majikan anda turut menyumbang sebanyak 13% (jika anda berpendapatan RM5,000 dan kurang) atau 12% (jika pendapatan anda melebihi RM5,000). Simpanan ini dipanggil caruman wajib.

      Jika anda bekerja sendiri, suri rumah, atau tidak mencarum secara tetap ke KWSP, ini masa untuk ambil kawalan ke atas simpanan persaraan anda. Dengan pelan caruman sukarela KWSP seperti i-Saraan, Kasih Suri Keluarga Malaysia, dan Caruman Sukarela, anda boleh tingkatkan simpanan KWSP anda dan nikmati faedah cukai, dividen tahunan dan insentif kerajaan. Jom kita lihat satu persatu pilihan ini agar anda boleh pilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan anda.

       

      i-Saraan – Untuk Individu Bekerja Sendiri

      i-Saraan untuk siapa?

      Warganegara Malaysia bawah 60 tahun dengan pendapatan tidak tetap — seperti freelancer, pekerja gig, atau pemilik perniagaan kecil.

      Bagaimana i-Saraan berfungsi?

      Skim ini adalah untuk mereka yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap. Anda boleh mencarum sebarang jumlah sehingga RM60,000 setahun, pada bila-bila masa. Memandangkan ini skim paling baru yang telah diperkenalkan selepas skim Kasih Suri Keluarga Malaysia (lihat lajur sebelah), jika anda pernah mendaftar untuk Insentif Suri anda mesti membatalkannya sebelum membuat permohonan menyertai skim i-Saraan.

      Manfaat i-Saraan:

      • Dividen tahunan
      • Pengecualian cukai sehingga RM4,000
      • Manfaat kematian sehingga RM2,500
      • Kerajaan akan membayar insentif khas kepada anda sebanyak 15% daripada simpanan anda, sehingga RM250 setahun (dari 2018-2022) 

      Cara mohon i-Saraan:

      • Dapatkan Borang KWSP 16G(M) daripada mana-mana cawangan KWSP atau muat turun borang di sini.
      • Isi borang dan pilih i-Saraan. 
      • Serahkan borang kepada cawangan KWSP. Bawa MyKad anda untuk mengesahkan identiti anda. 

      Cara bayar i-Saraan:

      • Lengkapkan Borang KWSP 6A (2) untuk i-Saraan
      • Anda boleh membayar dengan salah satu cara berikut:
        • Tunai/cek di kaunter KWSP
        • Tunai (maksimum Rm500)/cek di kaunter ejen bank 
        • Perbankan dalam talian (anda tidak memerlukan borang untuk perbankan dalam talian) 

       

      Kasih Suri Keluarga Malaysia – Untuk Suri Rumah dalam eKasih

      Siapa layak untuk Kasih Suri?

      Suri rumah berumur bawah 55 tahun dan berdaftar dalam pangkalan data eKasih.

      Bagaimana Kasih Suri Keluarga Malaysia berfungsi?

      Skim ini adalah untuk suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) pada 30 November 2021. 

      Anda mesti mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun dan anda boleh membuat caruman pada bila-bila masa.

      Manfaat Kasih Suri Keluarga Malaysia:

      • Dividen tahunan
      • Manfaat kematian sehingga RM2,500
      • Kerajaan akan membayar RM480 setahun kepada anda jika anda memenuhi syarat-syarat.

      Cara mohon Kasih Suri Keluarga Malaysia: 

      • Dapatkan Borang KWSP 16G(M) daripada mana-mana cawangan KWSP atau muat turun borang di sini.
      • Isi borang dan pilih Kasih Suri Keluarga Malaysia.
      • Serahkan borang kepada cawangan KWSP. Bawa MyKad anda untuk mengesahkan identiti anda. 

      Cara bayar Kasih Suri Keluarga Malaysia:

      • Lengkapkan Borang KWSP 6A (2) untuk Kasih Suri Keluarga Malaysia
      • Anda boleh membayar dengan salah satu cara berikut:
      • Tunai/cek di kaunter KWSP
      • Tunai (maksimum Rm500)/cek di kaunter ejen bank
      • Perbankan dalam talian (anda tidak memerlukan borang untuk perbankan dalam talian)

       

      Caruman Sukarela KWSP – Untuk Semua Rakyat Malaysia

      Siapa layak untuk caruman sukarela KWSP?

      Warganegara Malaysia (tanpa mengira umur atau pekerjaan) yang ingin menambah simpanan persaraan mereka secara sukarela. Termasuk pekerja, usahawan, ejen, dan rakyat Malaysia di luar negara.

      Bagaimana caruman sukarela KWSP berfungsi?

      Jika anda bekerja sendiri, seorang pemilik perniagaan, ejen komisen atau rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara (yang tidak perlu mencarum kepada KWSP), anda boleh mencarum sebarang jumlah sehingga RM60,000 setahun. Anda boleh mencarum pada bila-bila masa.

      *Nota: Caruman pilihan sendiri juga tersedia bagi pekerja yang membuat caruman wajib dan ingin menyimpan lebih wang untuk tujuan persaraan.

      Kelebihan Caruman Sukarela KWSP:

      • Dividen tahunan
      • Pengecualian cukai sehingga RM4,000
      • Manfaat kematian sehingga RM2,500

      Cara mohon Caruman Sukarela KWSP:

      • Dapatkan Borang KWSP 6A(1) daripada mana-mana kaunter KWSP atau muat turun borang di sini.
      • Isikan borang dan serahkan semasa anda membuat pembayaran.

      Cara bayar Caruman Sukarela KWSP:

      • Lengkapkan Borang KWSP 6A (1)
      • Anda boleh membayar dengan salah satu cara berikut:
        • Tunai/cek di kaunter KWSP
        • Tunai (maksimum Rm500)/cek di kaunter ejen bank
        • Perbankan dalam talian (anda tidak memerlukan borang untuk perbankan dalam talian) 
      • Jika anda membayar melalui cek, pesanan wang atau draf bank, catatkan nombor rujukan ahli anda dan bulan caruman di bahagian belakang

       

      Pelan Mana yang Sesuai untuk Anda?

      • Suri rumah berdaftar dalam eKasih? → Pilih Kasih Suri dan nikmati insentif RM480 setahun.
      • Freelancer atau pekerja gig? → Pilih i-Saraan untuk simpanan fleksibel dan insentif padanan kerajaan.
      • Bekerja di luar negara atau nak tambah simpanan? → Pilih Caruman Sukarela untuk kawalan penuh ke atas simpanan anda.

      Masih tak pasti? Guna Kalkulator Simpanan Persaraan kami untuk anggar jumlah simpanan yang diperlukan dan tentukan pelan mana yang terbaik.

       

      Soalan Lazim: Pelan Caruman Sukarela KWSP

      1. Q: Boleh tak tukar pelan kemudian?
        A: Boleh, bergantung pada status kelayakan anda (eKasih, jenis pekerjaan, dsb.).
      2. Q: Adakah caruman ini boleh dikecualikan cukai?
        A: i-Saraan dan Caruman Sukarela layak untuk pelepasan cukai. Kasih Suri tidak layak.
      3. Q: Ada had caruman setiap tahun?
        A: Ya. RM60,000 setahun secara keseluruhan untuk semua jenis caruman sukarela.

       

      Jadi, skim manakah yang patut anda pilih?

      Pertama, semak syarat-syarat setiap skim untuk mengenal pasti pelan mana yang boleh anda sertai. Jika anda layak mencarum dalam lebih daripada satu skim, bandingkan caruman minimum yang anda perlu buat dengan mengambil kira faedah dan insentif kerajaan yang anda akan dapat untuk membantu anda menentukan pelan yang terbaik untuk diri anda.

      Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan persaraan, anda boleh membaca panduan merancang persaraan anda dan menyimpan wang dengan KWSP.. Anda juga boleh menggunakan kalkulator persaraan atau tonton video yang kami sediakan!

      Untuk mencapai matlamat kewangan anda, anda mungkin berminat membaca panduan-panduan berikut:

      • Panduan perancangan dan belanjawan
      • Panduan menyimpan dalam KWSP
      • Mengapa penting untuk melangsaikan pinjaman anda

      Kongsikannya:


      User Avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      4 Cara Anda Masih Boleh Bergembira Menyambut Hari Raya Dalam Norma Baharu
      Mei 19, 2021

      Seterusnya

      Apakah Penipuan Macau?
      Mei 24, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      3 Mac, 2025
      Minimum Wage Explainer_Feature Image
      Jangan Kurang: Ini Gaji Paling Sikit Yang Anda Sepatutnya Dapat
      19 September, 2024
      Career Lifestyle_Feature Image
      Nak Skip Uni Untuk Jadi The Next Khairul Aming? Baca Ni
      4 September, 2024

      Cari

      Artikel Terkini

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      03Mac2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      04Okt2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      01Okt2024

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Mengenali Scams

      Panduan terkini

      Multiply Guides: How To Read Your Payslip & Why Is It Important?

      Panduan Multiply: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

        newsletter-subscribe-multiply

        logo-multiply-learn-investing-for-free

        hello@multiply.org.my

        Maklumat

        • Laman Utama
        • Blog
        • Tentang Kami
        • Hubungi

        Kategori

        • Merancang Belanjawan
        • Simpanan & Pelaburan
        • Menguruskan Hutang
        • Membeli Kenderaan

        Kategori

        • Membeli Rumah
        • Insurans
        • Persaraan
        • Semua Panduan

        Instagram Feed

        🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web 🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web Multiply yang serba baharu!Kami sedang mencari rakyat Malaysia yang berumur 20-35 tahun untuk menguji laman web terbaharu kami.💡Akses awal💬 Maklum balas jujur📈 Bantu kami tambah baikTap pada link di bio untuk mendaftar sekarang!- - - - - -🚨Be the first to experience the all-new Multiply page!We’re looking for testers aged 20-35 to try our new website and tell us what you think.💡Early access💬 Honest feedback📈 Real impactTap the link in our bio to sign up now!#Finance #PersonalFinance #financialliteracy #Testers #Multiply
        ✨ 2025, we see you! ✨ Selamat Tahun Baru, Mul ✨ 2025, we see you! ✨Selamat Tahun Baru, Multipliers! 🎉 Here’s to leveling up, smashing goals, and keeping that duit game strong 💸🔥New year, new vibes, but still the same Multiply fam ready to support you every step of the way. 💪What’s your big goal for 2025? 👀 Drop it in the comments—let’s make it happen together! 🚀#MultiplyMY #NewYearVibes #2025HereWeCome
        As 2024 wraps up, let's look back at all we accomp As 2024 wraps up, let's look back at all we accomplished together, Multipliers! 🎉From our top 5 articles to the most popular tools on our site—korang memang power! 💪 THANK YOU for an amazing year 🫶Psst... 2025 is bringing something HUGE 🤫 Stay tuned and hold on to that hype! 🚀#MultiplyMY #MultiplyWrapped #2025Excitement
        We’re focused on enhancing your experience and b We’re focused on enhancing your experience and bringing you exciting updates tailored just for you.Stay tuned—we can’t wait to share what’s coming next!If you have any questions or need assistance in the meantime, feel free to reach out to us at hello@creador-foundation.com. Thank you for your support—we’re excited to reveal what we’ve been working on soon!

        Multiply by Creador Foundation.

        • Privasi
        • Terma
        • Peta laman

        Facebook Google

        Log masuk dengan akaun laman anda

        12 + one =

        Lupa kata laluan anda?

        Belum jadi ahli? Daftar sekarang

        Daftar akaun baru

        twenty + seventeen =

        Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

        popup

        scam quiz_types of scams

         

        Uji pengetahuan korang tentang scam dan tengok korang boleh kalahkan scammer ke tak! Adakah anda level Budak Terer, Budak Standard, atau Budak Baru?

        Dah sedia untuk jawab kuiz? Klik "Mulakan Kuiz" kat bawah!

        1. 
        Ok, jom kita mula! Kekasih online korang (yang korang tak pernah jumpa depan-depan) bagitau yang dia ada hantar satu barang kat korang. Tapi korang kena bayar caj pelepasan di laman web “Kastam” untuk menuntutnya. Korang akan bayar ke tak?

        2. 
        Korang terima pautan dalam e-mel dari bank yang mintak korang set balik kata laluan sebab ada orang cuba hack akaun korang. Apa tindakan korang?

        3. 
        Pegawai penyiasat telefon dan bagitahu maklumat peribadi korang telah digunakan dalam aktiviti pengubahan wang haram. Jika tak nak dilanda masalah, korang kena bayar denda RM10,000 ke bank akaun.

        4. 
        Sebuah syarikat di Jakarta mendesak korang untuk melabur dengan segera, tapi takde maklumat lengkap mengenai diorang kat dalam talian. Jadi, nak melabur ke tak?

        5. 
        Seorang penganjur meminta derma daripada anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir, malah menunjukkan gambar individu yang terlibat. Patut derma atau tidak?

        6. 
        Ada orang dalam group WhatsApp menawarkan pekerjaan sambilan dengan gaji sebanyak RM5,000, tapi korang kena bayar wang pendahuluan dulu. Apa tindakan korang?

        7. 
        Ada pihak nak sewa bank akaun anda dengan harga RM500 untuk setiap transaksi yang dibuat. Nak ke tak?

        8. 
        Korang dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali, tetapi suaranya macam bos korang. Dia minta korang transfer RM10,000 ke akaun yang tak dikenali. Korang transfer tak?

        9. 
        Seorang peniaga di Mudah.my sedang menjual telefon bimbit yang baru dilancarkan dengan diskaun 90%. Tapi, korang buat bayaran segera kerana terdapat pembeli lain yang berminat. Apa yang akan korang buat?

        10. 
        Iklan di Instagram telah mempromosikan agensi perkhidmatan membersihkan rumah yang murah. Apabila korang menghubungi agensi tersebut, agensi tu minta korang buat tempahan melalui aplikasi APK khas yang perlu dimuat turun. Patutkah korang muat turun aplikasi APK tersebut?

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Ambil kuiz kami!



        Apakah personaliti kewangan Anda?

        Terbaru


        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apakah personaliti Kewangan Anda?

        Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

        1. It's the end of the month, you are thinking...

        2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….

        3. So you crashed your car and it's going to cost RM1,000 to fix, you

        4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…

        5. After months of saving (see "sikit -sikit, lama-lama jadi bukit" really is true), you've got cash sitting in the bank. You then

        6. You're buying a new car (yes, imagine away - Toyota, Proton, or BMW). You take

        7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

        1. 
        Bagaimana anda memperoleh pendapatan?

        2. 
        Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?

        3. 
        Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?

        4. 
        Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?

        5. 
        Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?

        6. 
        If you're taking money from your EPF account during the MCO/CMCO (under i-Lestari), how are you using it?

        7. 
        Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:

        8. 
        Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?

        9. 
        Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?

        10. 
        Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?

        11. 
        How do you think you'll manage your money in 2021?

        12. 
        Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?

        13. 
        Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:

        14. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:

        15. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?

        clock.png

        Time's up