Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah organisasi kerajaan yang bertanggung jawab dalam membantu para pekerja di Malaysia untuk menguruskan dana persaraan. Dalam bahagian kedua Panduan Multiply ini, kami akan membincangkan tentang bagaimana pencaruman dilakukan, kesannya kepada pekerja gig, freelancer dan suri rumah, bila anda boleh mengeluarkan simpanan, Skim Persaraan Swasta (PRS) dan banyak lagi!
Ringkasan
-
- Apakah Matlamat KWSP, Dan Bagaimana Ia Berfungsi?
- Bagaimana Caruman KWSP Dilakukan?
- Perlukah Pekerja Gig, Pekerja Freelance Dan Suri Rumah Menyumbang Kepada KWSP?
- Bilakah Saya Boleh Menggunakan Simpanan KWSP Saya?
- Apakah Itu i-Lindung, Dan Bagaimana Ia Berfungsi?
- Adakah Dividen KWSP Dijamin?
- Apakah Manfaat Percukaian Apabila Mencarum Kepada KWSP?
- Adakah Pelaburan KWSP Patuh Syariah?
- Bolehkah Saya Melakukan Transaksi KWSP Dalam Talian?
- Apakah Perkhidmatan Nasihat Persaraan (RAS)?
- Skim Persaraan Swasta (PRS)
- Langkah Seterusnya
Jika belum, anda boleh membaca mengenai Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 1) di sini.
Apakah Matlamat KWSP, Dan Bagaimana Ia Berfungsi?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebuah agensi kerajaan yang membantu pekerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka.
Ahli-ahlinya dibahagikan kepada tiga kumpulan:

Ahli-ahli ini kerap menyumbang sebahagian daripada pendapatan mereka kepada akaun simpanan KWSP. Kemudian, KWSP akan melabur dan menguruskan dana tersebut supaya ia berkembang setiap tahun.
Proses itu akan berterusan selama bertahun-tahun supaya ahli KWSP boleh menyediakan persaraan yang selesa dengan wang yang mencukupi dan fikiran yang tenang.
Bagaimana Caruman KWSP Dilakukan?

Ahli KWSP membina simpanan persaraan mereka dengan membuat bayaran bulanan kepada KWSP. Bayaran tersebut dipanggil ‘caruman’, dan ia disimpan dalam akaun persaraan untuk diuruskan oleh KWSP. Bagi pekerja bergaji seperti Zahid, sebahagian daripada gaji mereka dipotong secara automatik untuk menyumbang kepada simpanan persaraannya.
Sementara itu, majikan mereka juga wajib menyumbang kepada simpanan persaraan mereka, menurut Seksyen 43(1) Akta KWSP 1991. Bagaimanapun, caruman KWSP adalah tidak diwajibkan untuk rakyat Malaysia yang bekerja sendiri seperti Anita, yang boleh mencarum sehingga RM 100,000 setahun.

Beginilah cara dana persaraan ahli KWSP akan bertambah, dengan menggunakan Zahid sebagai contoh:
Setiap bulan, Zahid dan majikannya akan membuat caruman ke dalam akaun KWSP milik Zahid. Caruman tersebut akan dimasukkan ke dalam simpanan persaraan Zahid selewat-lewatnya pada 15hb bulan berikutnya. Berikut adalah contoh caruman tersebut:

Caruman Zahid dan majikannya akan dikumpulkan dalam akaun simpanan persaraan Zahid, di mana KWSP akan mengurus dan melaburkan dana tersebut. Setiap tahun, KWSP akan menambah dividen daripada pelaburan tersebut ke dalam akaun yang sama.
Dengan gabungan caruman bulanan dan dividen tahunan, simpanan persaraan Zahid akan bertambah lebih banyak setiap tahun. Apabila Zahid mencapai umur 55 tahun, dia boleh membuat mengeluarkan sebahagian atau semua dana KWSPnya untuk membayar kos sara hidup dan menikmati persaraan yang selesa!
Perlukah Pekerja Gig, Pekerja Freelance Dan Suri Rumah Menyumbang Kepada KWSP?

Pekerja gig, pekerja freelance dan suri rumah tidak diwajibkan untuk mencarum kepada KWSP. Tetapi, mereka boleh melakukan caruman pilihan sendiri pada bila-bila masa. Pencarum dari kumpulan ini juga boleh mendapat manfaat daripada insentif istimewa seperti i-Saraan, i-Suri, dan i-Sayang. Inilah yang anda perlu ketahui tentang insentif istimewa ini:

Berikut adalah pautan untuk insentif istimewa ini:
Dengan inisiatif-inisiatif di atas, pencarum sukarela boleh membina simpanan persaraan dan menikmati faedah yang ditawarkan oleh KWSP.
Bilakah Saya Boleh Menggunakan Simpanan KWSP Saya?

Simpanan KWSP adalah untuk menampung kos sara hidup supaya anda boleh menikmati persaraan yang tenang.
KWSP ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia menyimpan wang untuk persaraan. Oleh itu, ahlinya tidak boleh mengeluarkan wang semudah yang boleh dilakukan dengan akaun simpanan bank biasa.
Sebaliknya, ahli KWSP boleh membuat mengeluarkan sebahagian atau seluruh dana persaraan apabila mencapai umur persaraan iaitu 55 tahun. Sebelum mencapai umur tersebut, mereka hanya dibenarkan untuk mengeluarkan dana dari Akaun 3 (Akaun Fleksibel) pada bila-bila masa tanpa sebarang syarat khusus.
Apa Berlaku Pada Umur 55?
Apabila ahli KWSP mencapai umur 55 tahun, akaun mereka akan bertukar kepada dua jenis iaitu:
- Akaun 55
- Akaun Emas
Pada umur 55 tahun, semua dana KWSP anda akan digabungkan di bawah Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan sebahagian atau semua wang anda dari akaun tersebut untuk menampung kos sara hidup atau apa-apa sebab lain.
Katakanlah anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55. Jika itu berlaku, sebarang caruman KWSP baru akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas. Dana dalam Akaun Emas pula hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.
Menggunakan Simpanan KWSP Anda Sebelum Umur 55 tahun
Ahli KWSP boleh menggunakan simpanan KWSP dari Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Menerusi Akaun Sejahtera, ahli KWSP juga boleh membuat pengeluaran separa untuk tujuan pendidikan, pemilikan rumah, ibadah haji, atau kos penjagaan kesihatan.

Pengenalan Akaun Fleksibel pada Mei 2024 membolehkan ahli melakukan pengeluaran terhad dari simpanan persaraan mereka. Tidak seperti Akaun Persaraan (Akaun 1) dan Akaun Sejahtera (Akaun 2) yang memerlukan ahli menepati syarat spesifik untuk membuat pengeluaran, Akaun Fleksibel membenarkan pengeluaran dilakukan pada bila-bila masa.
Akaun Fleksibel diperkenalkan untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan jangka masa pendek dan sederhana. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Akaun Fleksibel, baca kandungan Multiply Explains kami di di sini.
Apakah Itu i-Lindung, Dan Bagaimana Ia Berfungsi?
Salah satu lagi manfaat bagi ahli KWSP dikenali sebagai 'i-Lindung'. Ia adalah sebahagian daripada Pelan Perlindungan Ahli (PPA) oleh KWSP yang menyediakan cara mudah untuk membeli produk perlindungan.
Sebagai contoh, anda boleh menggunakannya untuk membeli pelan Perlindungan Hayat dan Perlindungan Penyakit Kritikal daripada pembekal insurans dan takaful yang diluluskan KWSP. Tambah pula, anda juga boleh membeli produk sama untuk melindungi ahli keluarga anda juga. i-Lindung boleh diakses melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun seperti tangkapan skrin di bawah.

Anda boleh mengakses i-Lindung melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Klik pada bahagian Pengeluaran, kemudian pergi ke Pelan Perlindungan Ahli.
Adakah Dividen KWSP Dijamin?

Kadar purata dividen dari 2014 hingga 2023 untuk simpanan KWSP Konvensional dan Syariah adalah 5.95% dan 5.43%.
Mengikut Seksyen 27 Akta KWSP 1991, dividen tahunan ahli KWSP dijamin pada kadar minimum 2.5% untuk ahli yang mempunyai akaun Simpanan Konvensional. Tetapi, dividen untuk Simpanan Syariah bergantung kepada prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah KWSP. Walaupun begitu, KWSP telah mencapai kadar dividen purata yang lebih tinggi daripada yang dijamin, iaitu sebanyak 5.95% untuk Simpanan Konvensional (antara 2014 dan 2023) dan 5.43% untuk Simpanan Syariah (antara 2017 dan 2023).

Dividen minimum yang terjamin dan prestasi pelaburan KWSP juga membantu ahli seperti Zahid untuk membina dana persaraan mereka. Mengikut cadangan KWSP, setiap ahli perlu ada sekurang-kurangnya RM 1,000 sebulan ketika bersara dari umur 55 hingga 75 tahun.
Untuk mencapai jumlah itu, Zahid mesti mempunyai sekurang-kurangnya RM 240,000 dalam akaun KWSPnya apabila mencapai umur 55 tahun. Ingat: jumlah tersebut hanya cadangan minimum, dan realitinya anda mungkin memerlukan lebih banyak simpanan untuk persaraan yang selesa. Kira simpanan persaraan anda sendiri dengan menggunakan Kalkulator Simpanan Persaraan kami!
Apakah Manfaat Percukaian Apabila Mencarum Kepada KWSP?

Kerajaan Malaysia telah menyediakan beberapa manfaat percukaian bagi semua pencarum KWSP. Kerajaan menawarkan pelepasan cukai di bawah kategori Insurans Nyawa dan KWSP, iaitu:
- Pelepasan cukai untuk caruman KWSP mandatori atau sukarela, terhad kepada RM 4,000
- Caruman KWSP sukarela tambahan, terhad kepada RM 3,000
Secara keseluruhan, ini bermakna anda boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM 7,000 untuk caruman KWSP tahunan anda.
Adakah Pelaburan KWSP Patuh Syariah?

Ahli KWSP dari semua kaum dan agama boleh bertukar kepada Simpanan Syariah dengan mudah sejak 2017.
Semua ahli KWSP bermula dengan akaun Simpanan Konvensional yang tidak patuh Syariah. Tetapi, ahli boleh bertukar kepada akaun Simpanan Syariah pada bila-bila masa. Akaun Simpanan Syariah telah disediakan untuk semua ahli KWSP yang beragama Islam dan bukan Islam dan untuk semua kaum sejak tahun 2017.
Anda boleh bertukar kepada Simpanan Syariah dengan mudah mengikut arahan yang tertera pada aplikasi KWSP i-Akaun.
Bolehkah Saya Melakukan Transaksi KWSP Dalam Talian?

Platform KWSP i-Akaun boleh diakses melalui platform dalam taliannya atau sebagai aplikasi mudah alih di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.
Ya, anda boleh melakukan transaksi KWSP dalam talian melalui platform KWSP i-Akaun, yang boleh diakses melalui laman webnya. Platform ini juga tersedia sebagai aplikasi mudah alih di iOS App Store, Google Play Store, dan juga Huawei App Gallery.
Platform KWSP i-Akaun membolehkan anda melakukan transaksi tanpa mengunjungi pejabat KWSP, seperti mendaftarkan akaun i-Akaun dan melihat penyata KWSP anda. Anda juga boleh menyemak status pengeluaran, mengemaskini butiran peribadi dan banyak lagi!
Ini cara anda boleh mengakses beberapa ciri utama platform:
| Ciri-Ciri Utama | Cara Mengakses |
| Pendaftaran kali pertama (mesti dilakukan pada aplikasi mudah alih terlebih dahulu untuk proses pengesahan identiti elektronik) |
Muat turun aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun. Kemudian, klik pada "Daftar Sekarang" dan ikut arahan pada skrin. Setelah anda mendaftar, anda boleh menggunakan i-Akaun web portal. |
| Lihat dan muat turun penyata akaun KWSP anda di bawah menu Simpanan. | ![]() |
| Lakukan caruman sendiri di bawah menu Simpanan | ![]() |
| Semak status dan rekod pengeluaran KWSP anda di bawah menu Pengeluaran. | ![]() |
| Kemaskini maklumat peribadi anda di bawah menu Profil. | ![]() |
| Lihat maklumat terkini terus daripada KWSP dalam peti masuk anda. | ![]() |
Apakah Perkhidmatan Nasihat Persaraan (RAS)?

KWSP menawarkan servis perundingan percuma untuk membantu dengan perancangan persaraan dan kewangan ahli serta produk dan perkhidmatan KWSP lain.
Pengurusan simpanan KWSP anda rancangan persaraan boleh menjadi agak mencabar. Ini adalah benar terutamanya bagi ahli baru KWSP yang pertama kali menggunakan semua produk dan perkhidmatan KWSP. Oleh itu, KWSP menawarkan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) secara percuma kepada semua ahlinya.
Perkhidmatan tersebut termasuk:
- Perundingan perancangan persaraan
- Perundingan perancangan kewangan
- Perundingan Produk dan Perkhidmatan KWSP
Kunjungi cawangan KWSP berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut. Lihat senarai ini untuk mencari pejabat KWSP yang terdekat dengan anda.
Skim Persaraan Swasta (PRS)

Skim Persaraan Swasta (PRS) diuruskan oleh Pentadbir Pencen Swasta (PPA) dan menawarkan cara tambahan untuk menyimpan untuk persaraan.
Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Schemes -PRS) adalah satu lagi cara untuk membina dana persaraan. Ia diuruskan oleh Private Pension Administrator Malaysia (PPA), sebuah badan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
KWSP menyediakan pelan simpanan persaraan asas kepada rakyat Malaysia, manakala PRS menawarkan pilihan tambahan melalui pelbagai dana pelaburan yang diuruskan oleh institusi kewangan yang diluluskan.
Dana-dana pelaburan tersebut berbeza daripada KWSP dari segi gaya pelaburan dan risiko. Ia memberikan anda kelonggaran untuk memilih pelaburan yang paling sesuai untuk anda. Berikut adalah kebaikan dan keburukan melabur dalam PRS:

Skim Persaraan Swasta (PRS) boleh dijadikan dana tambahan yang berharga untuk menyediakan persaraan yang lebih selesa. Walau bagaimanapun, sebelum meletakkan simpanan tambahan anda dalam PRS, pertimbangkan untuk membuat caruman tambahan kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda terlebih dahulu.
Dengan cara itu, anda boleh mendapat manfaat sepenuhnya daripada pelepasan cukai dan insentif kerajaan yang tersedia untuk ahli KWSP sebelum menggunakan dana pelaburan PRS.
Langkah Seterusnya
Tahniah! Jika anda telah membaca sejauh ini, anda kini tahu tentang selok-belok Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), termasuk produk-produk dan perkhidmatannya.
Malah, kini anda mungkin lebih tahu tentang KWSP berbanding ramai orang lain! Anda sudah membaca mengenai tujuan dan cara ia berfungsi, juga diperkenalkan dengan platform i-Akaun untuk transaksi dalam talian yang lebih mudah.
Ada banyak lagi ilmu baru yang anda boleh belajar, jadi bacalah artikel kami tentang penstukturan semula akaun KWSP yang diumumkan baru-baru ini iaitu EPF Akaun 3 (Akaun Fleksibel) dan kesannnya kepada anda!









