Merancang belanjawan
Merancang belanjawan penting untuk memastikan anda dapat menguruskan kewangan anda dengan baik. Ia bukan bertujuan untuk menghadkan perbelanjaan atau menjadi penghalang bagi anda untuk menikmati keseronokan hidup. Pada dasarnya ia bertujuan untuk mengetahui berapa banyak wang yang anda ada, bagaimana ia dibelanjakan dan cara terbaik untuk berbelanja dan melaburkan wang anda.
Merangka satu belanjawan yang baik akan membantu anda mengawal perbelanjaan anda, malah anda mungkin akan mendapati ada sedikit wang belanja yang lebih!
Teruskan membaca untuk mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana nak merancang belanjawan.