Siapa Kami?

Membantu pengurusan kewangan anda
Tentang Kami

Multiply ialah satu platform dalam talian yang menyajikan maklumat yang mudah difahami tentang topik kewangan peribadi. Multiply, satu inisiatif bukan untung oleh Creador Foundation membawakan anda isi kandungan yang percuma dan neutral, hasil daripada kajian teliti yang telah kami jalankan.
Siapa kami?
Multiply ialah satu platform dalam talian yang menyajikan maklumat yang mudah difahami tentang topik kewangan peribadi. Multiply, satu inisiatif bukan untung oleh Creador Foundation, membawakan anda isi kandungan yang percuma dan neutral, hasil daripada kajian teliti yang telah kami jalankan.

Matlamat Kami
Melalui video, panduan, kiriman blog, kalkulator dan infografik, kami berharap dapat berkongsi ilmu kewangan dengan anda supaya anda dapat membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.

Proses Kami
Kami telah bertanya kepada rakyat Malaysia apa soalan yang ingin mereka utarakan tentang kewangan peribadi. Kami membuat penyelidikan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Kemudian, kami merujuk kepada pakar kewangan untuk menyemak jawapan yang kami sediakan, dan seterusnya mengujinya melalui kumpulan tumpuan. Dalam proses ini, kami telah menerima maklum balas berguna yang telah turut dimasukkan ke dalam isi kandungan laman ini.
Melalui proses ini, kami telah menghasilkan material yang menarik dan menyeronokkan. Jika anda mempunyai maklum balas tentang bagaimana platform kami boleh ditambah baik, sila hubungi kami.

Hal berkaitan Undang-undang
Maklumat serta kemudahan yang disediakan oleh Multiply hendaklah digunakan sebagai panduan, dan ia tidak bertujuan untuk dijadikan sebagai sumber maklumat tunggal apabila anda membuat keputusan kewangan. Kami bukan penasihat kewangan yang berlesen. Sila dapatkan nasihat pakar yang profesional. Klik di sini untuk membaca syarat perkhidmatan dan polisi perlindungan data dan privasi kami.