Pulangan KWSP 5.5% - Apa Kesannya?

Pulangan KWSP 5.5% - Apa Kesannya?
KWSP baru-baru ini mengumumkan dividen sebanyak 5.5% bagi simpanan konvensional dan 5.4% bagi simpanan shariah untuk tahun 2023. Walaupun angka ini nampak kecil, ia sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan produk simpanan lain — dan memberi kesan besar terhadap simpanan persaraan anda.
Mari lihat apa sebenarnya maksud pulangan 5.5% ini dan mengapa ia penting.
Apa Kesan Pulangan 5.5% KWSP kepada Anda?
Mungkin 5.5% bunyinya tidaklah banyak, tapi mari kita lihat apa kesannya:

Andaikan anda mempunyai wang sejumlah RM10,000 dalam akaun KWSP anda, selepas 30 tahun anda boleh kembangkan simpanan anda melebihi RM50,000 hanya dengan membiarkan wang itu di dalam akaun tersebut (dengan andaian bahawa dividen diberi pada kadar purata 5.5%).
[Nota: KWSP hanya menjamin 2.5% tetapi telah berjaya memberi pulangan antara 5-7% dalam tempoh masa 10 tahun yang lepas]
Dalam tempoh 30 tahun, kadar pulangan 5.5% membawa perbezaan yang sangat besar berbanding 3% (akaun deposit tetap) atau 0.08% (bagi akaun simpanan normal) yang masing-masing hanya akan memgembangkan simpanan asal anda sehingga berjumlah RM25,00 dan RM12,802 sahaja. Jadi, KWSP ialah pilihan yang lebih baik untuk anda letakkan simpanan anda untuk jangka masa panjang.
Nak Faham Bagaimana Duit Anda Berkembang dalam KWSP?
Apabila anda melabur, pelaburan anda mendapat manfaat pengkompaunan. Pengkompaunan ialah proses apabila dengan peredaran masa, pendapatan yang diperoleh daripada dividen anda, dilaburkan semula untuk menjana pendapatan tambahan.
Lihat ilustrasi di bawah tentang cara pengkompaunan berfungsi dalam kehidupan sebenar. Katakan anda ada RM10,000 disimpan dalam akaun KWSP dan setiap tahun anda menerima dividen untuk wang tersebut.
Bagi setiap tahun yang berlalu, jumlah wang simpanan yang lebih besar akan dilaburkan semula kerana anda sebenarnya melaburkan semula KEDUA-DUA wang simpanan asal anda sebanyak RM10,000 serta dividen yang anda perolehi bagi tahun-tahun sebelumnya.
Dalam masa 10 tahun, anda telah mendapat banyak keuntungan hanya dengan membiarkan wang simpanan asal kekal dalam akaun KWSP tanpa disentuh. Itulah kesan hebat pengkompaunan.

Realitinya, anda mungkin menambah lagi pelaburan KWSP anda melalui pemotongan gaji bulanan atau caruman secara sukarela. Ini berita baik, bayangkan berapa banyak lagi wang yang akan dapat anda jana!
Anda mungkin melihat wang simpanan anda sudah berkembang sejak dari tahun-tahun yang lepas, tetapi jangan terlalu cepat mahu menikmati pulangan anda. Anda perlu ada sebab yang jelas untuk mengeluarkan wang KWSP anda dan ini patut dilakukan hanya jika benar-benar perlu, supaya anda akan dapat menikmati ganjaran yang lebih tinggi daripada hasil dividen yang diperoleh setiap tahun.
Apa Itu Pengkompaunan dan Kenapa Anda Perlu Biarkan Duit Anda dalam KWSP?
Dengan pengkompaunan, simpanan anda akan menjana dividen — dan dividen itu pula akan menjana lebih banyak dividen — menghasilkan pertumbuhan simpanan yang berganda dalam jangka masa panjang.
Sebagai contoh, jika anda melabur RM10,000 dan tidak mengusiknya selama 30 tahun:
Pada kadar dividen 5.5% setahun, simpanan anda boleh berkembang menjadi hampir RM50,000.
Pada kadar 3%, simpanan anda hanya berkembang kepada sekitar RM24,000.
Sebab itulah penting untuk biarkan simpanan anda kekal dalam KWSP kecuali jika benar-benar perlu. Pengkompaunan berfungsi dengan paling berkesan apabila simpanan tidak dikeluarkan dalam jangka masa yang panjang.
Patutkah Anda Keluarkan Simpanan KWSP Awal?
KWSP membenarkan pengeluaran untuk rumah, pendidikan, atau perubatan. Tapi, pengeluaran awal patut jadi pilihan terakhir.
Setiap kali anda keluarkan simpanan, anda kurangkan jumlah asas dan ini melambatkan pertumbuhan masa depan. Jika tiada keperluan mendesak, lebih baik biarkan ia berkembang dengan dividen dan pengkompaunan.
Bagaimana Nak Tingkatkan Simpanan KWSP Anda?
Kalau anda nak manfaatkan dividen 5.5% untuk hasil lebih tinggi di masa depan, pertimbangkan:
- Tingkatkan caruman dari 9% ke 11% jika anda kini mencarum kadar minimum
- Buat caruman sukarela melalui i-Akaun atau perbankan internet (FPX)
- Sertai i-Saraan jika anda bekerja sendiri — kerajaan beri insentif sehingga RM250 setahun
Lebih banyak anda mencarum, lebih tinggi jumlah dividen anda — dan lebih kuat simpanan persaraan anda.
Cadangan Multiply:
Jika anda pernah membuat pengeluaran sebelum ini, atau anda sudah ada jumlah yang mantap dalam akaun KWSP, sekarang masa yang terbaik untuk mula menambah jumlah simpanan KWSP anda. Anda boleh lakukan ini melalui beberapa cara:
| Senario | Anda boleh: |
| Jika anda sudah pun mencarum secara bulanan melalui potongan gaji anda | Mencarum lebih banyak wang dengan meningkatkan kadar caruman anda daripada kadar standard 9% kepada kadar 11% |
| Jika anda sudah mencarum sebanyak 11% | Mencarum lebih banyak wang secara sukarela dengan mudah melalui Caruman Pilihan Sendiri KWSP |
| Jika anda bekerja untuk diri sendiri | Melabur dalam KWSP dengan membuat caruman melalui i-Saraan
|
Soalan Lazim: Dividen KWSP
- Apa maksud dividen 5.5% KWSP untuk simpanan saya?
Ia bermaksud anda akan dapat pulangan 5.5% atas jumlah simpanan KWSP anda bagi tahun 2023. Jika anda ada RM10,000, anda akan terima RM550 sebagai dividen. - Adakah KWSP tempat simpan wang yang selamat?
Ya. KWSP menjamin dividen minimum 2.5% setiap tahun dan disokong oleh kerajaan Malaysia. - Bagaimana KWSP berbanding pelaburan lain?
KWSP beri pulangan stabil dan perlindungan modal. Pelaburan lain mungkin beri pulangan lebih tinggi tetapi juga lebih berisiko. - Bila sesuai keluarkan KWSP?
Hanya jika benar-benar perlu dan mengikut sebab yang diluluskan (seperti perubatan, perumahan). Jika tidak, biar ia terus berkembang. - Bagaimana cara buat caruman sukarela KWSP?
Anda boleh mencarum melalui i-Akaun, perbankan internet (FPX) atau di kaunter KWSP. Had maksimum caruman sukarela ialah RM100,000 setahun.
Kesimpulan
Dividen 5.5% membuktikan kekuatan KWSP sebagai alat simpanan jangka panjang. Jika anda mahu merancang masa depan dengan lebih baik, gunakan Kalkulator Caruman KWSP Multiply untuk lihat potensi pertumbuhan simpanan anda.
Walaupun hasil caruman anda mungkin nampak seperti pulangan yang kecil sekarang, tetapi dalam jangka masa panjang, anda akan dapat melihat impak yang jauh lebih besar.
Ingat, apabila kita bercakap tentang KWSP, simpan sebanyak wang yang mungkin selama mana yang anda boleh!
Ketahui lebih lanjut tentang KWSP dan persaraan dengan membuka pautan di bawah:




