KWSP Pulangan 6.1% - Apa kesannya?

KWSP bukan sekadar satu akaun simpanan untuk kita, ia merupakan satu platform pelaburan yang menjamin dividen tahunan sebanyak 2.5%, tetapi selalunya ia memberi pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.
Anda mungkin ada mendengar baru-baru ini KWSP telah mengumumkan pulangan pada kadar 6.10% (simpanan konvensional) dan 5.65% (simpanan shariah) bagi tahun 2021.
Apa kesan kadar pulangan 6% untuk anda?
Mungkin 6% bunyinya tidaklah banyak, tapi mari kita lihat apa kesannya:

Andaikan anda mempunyai wang sejumlah RM10,000 dalam akaun KWSP anda, selepas 30 tahun anda boleh kembangkan simpanan anda menjadi RM51,117 hanya dengan membiarkan wang itu di dalam akaun tersebut (dengan andaian bahawa dividen diberi pada kadar purata 6%).
[Nota: KWSP telah berjaya memberi pulangan antara 5-7% dalam tempoh masa 10 tahun yang lepas]
Dalam tempoh 30 tahun, kadar pulangan 6% membawa perbezaan yang sangat besar berbanding 3% (akaun deposit tetap) atau 0.08% (bagi akaun simpanan normal) yang masing-masing hanya akan memgembangkan simpanan asal anda sehingga berjumlah RM22,879 dan RM12,500 sahaja. Jadi, KWSP ialah pilihan yang lebih baik untuk anda letakkan simpanan anda untuk jangka masa panjang.
Apabila anda melabur, pelaburan anda mendapat manfaat pengkompaunan. Pengkompaunan ialah proses apabila dengan peredaran masa, pendapatan yang diperoleh daripada dividen anda, dilaburkan semula untuk menjana pendapatan tambahan.
Lihat ilustrasi di bawah tentang cara pengkompaunan berfungsi dalam kehidupan sebenar. Katakan anda ada RM10,000 disimpan dalam akaun KWSP dan setiap tahun anda menerima dividen untuk wang tersebut.
Bagi setiap tahun yang berlalu, jumlah wang simpanan yang lebih besar akan dilaburkan semula kerana anda sebenarnya melaburkan semula KEDUA-DUA wang simpanan asal anda sebanyak RM10,000 serta dividen yang anda perolehi bagi tahun-tahun sebelumnya.
Dalam masa 10 tahun, anda telah mendapat banyak keuntungan hanya dengan membiarkan wang simpanan asal kekal dalam akaun KWSP tanpa disentuh. Itulah kesan hebat pengkompaunan.

Realitinya, anda mungkin menambah lagi pelaburan KWSP anda melalui pemotongan gaji bulanan atau caruman secara sukarela. Ini berita baik, bayangkan berapa banyak lagi wang yang akan dapat anda jana!
Anda mungkin melihat wang simpanan anda sudah berkembang sejak dari tahun-tahun yang lepas, tetapi jangan terlalu cepat mahu menikmati pulangan anda. Anda perlu ada sebab yang jelas untuk mengeluarkan wang KWSP anda dan ini patut dilakukan hanya jika benar-benar perlu, supaya anda akan dapat menikmati ganjaran yang lebih tinggi daripada hasil dividen yang diperoleh setiap tahun.
Cadangan Multiply:
Jika anda pernah membuat pengeluaran sebelum ini, atau anda sudah ada jumlah yang mantap dalam akaun KWSP, sekarang masa yang terbaik untuk mula menambah jumlah simpanan KWSP anda. Anda boleh lakukan ini melalui beberapa cara:
| Senario | Anda boleh: |
| Jika anda sudah pun mencarum secara bulanan melalui potongan gaji anda | Mencarum lebih banyak wang dengan meningkatkan kadar caruman anda daripada kadar standard 9% kepada kadar 11% |
| Jika anda sudah mencarum sebanyak 11% | Mencarum lebih banyak wang secara sukarela dengan mudah melalui Caruman Pilihan Sendiri KWSP |
| Jika anda bekerja untuk diri sendiri | Melabur dalam KWSP dengan membuat caruman melalui i-Saraan
|
Walaupun hasil caruman anda mungkin nampak seperti pulangan yang kecil sekarang, tetapi dalam jangka masa panjang, anda akan dapat melihat impak yang jauh lebih besar.
Ingat, apabila kita bercakap tentang KWSP, simpan sebanyak wang yang mungkin selama mana yang anda boleh!
https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks
https://www.kwsp.gov.my/reach-us/mobile-team-near-you#calendar
Ketahui lebih lanjut tentang KWSP dan persaraan dengan membuka pautan di bawah:




