Persiapan untuk Persaraan - 4 perkara yang perlu anda elakkan kalau nak bersara dengan selesa

Sejauh mana rakyat Malaysia menyimpan untuk persaraan?
Simpanan untuk persaraan adalah objektif kewangan yang penting, dan secara idealnya, simpanan persaraan seseorang patut mengembang secara konsisten dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, persoalannya di sini, berapakah jumlah simpanan persaraan yang telah disimpan rakyat Malaysia?

Hanya 19% rakyat yang mempunyai akaun KWSP berpotensi untuk memenuhi matlamat simpanan minimum sebanyak RM240,000 pada umur 55 tahun.

Dan 70% pesara mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP mereka

Walaupun dengan simpanan RM50,000, seseorang hanya akan dapat bertahan selama daripada 4 tahun 2 bulan sekiranya perbelanjaan mereka adalah serendah RM1,000 sebulan.

Lebih teruk lagi, 70% daripada mereka yang mengeluarkan dana pada umur 55 tahun menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara.

Jurang simpanan di Malaysia juga semakin meluas. Kumpulan berpendapatan T20 menyaksikan peningkatan simpanan median mereka sebanyak 9%, manakala kumpulan M40 dan B40 mengalami pengurangan yang ketara. Simpanan kumpulan M40 menurun penurunan sebanyak 34% bagi M40, pengurangan sebanyak 76% bagi B40.
Berapa banyak yang wajar untuk disimpan oleh rakyat Malaysia?
Infografik berkaitan persaraan kami yang diterbitkan sebelum ini mencadangkan untuk mempunyai had simpanan sekitar RM900,000 hingga RM1 juta bagi mereka yang bersara dalam tempoh 20-30 tahun lagi, dan sekitar RM600,000 bagi mereka yang akan bersara dalam masa terdekat, dengan mempertimbangkan inflasi dan komitmen perubatan.
| Macam mana nak bina simpanan persaraan sebanyak RM610,000 dengan KWSP?
Katakan anda mula bekerja pada usia 25 tahun dengan pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan. Anda memutuskan untuk menyimpan 10% daripada gaji anda setiap bulan dalam akaun persaraan anda yang dipanggil KWSP. Majikan anda juga menambah jumlah yang sama ke dalam akaun anda. Dengan andaian anda terus berbuat sedemikian selama 30 tahun sehingga anda mencapai usia 55 tahun, dan wang anda di KWSP berkembang pada kadar purata 6% setiap tahun, anda boleh mempunyai RM610,572.08 dalam akaun anda pada masa anda bersara.
|
Walaupun keperluan dan matlamat persaraan berbeza-beza mengikut individu, bekerja untuk mencapai sasaran simpanan yang jelas secara konsisten dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk bersara dengan selesa dan stabil dari segi kewangan.
| Apa yang anda perlu ambil kira untuk mengira jumlah yang anda perlukan untuk bersara nanti?
Untuk bersiap siaga demi persaraan, beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan adalah:
|
Apakah yang perlu dipertimbangkan apabila merancang untuk persaraan?

- Galakkan sumbangan KWSP dari awal: Ibu bapa boleh membuka akaun KWSP untuk anak-anak seawal usia 14 tahun, menggalakkan sumbangan yang lebih awal.
- Fahami komitmen kewangan anda:
: Peruntukkan 50% pendapatan selepas cukai anda kepada perbelanjaan penting seperti perumahan dan pengangkutan, 30% untuk perbelanjaan budi bicara seperti perjalanan, sumbangan dan hiburan, dan 20% kepada matlamat kewangan seperti membayar hutang atau simpanan."
- Tingkatkan sumbangan KWSP anda:
: Anda harus mencari cara untuk meningkatkan simpanan bulanan anda, walaupun jumlahnya sedikit. Kerajaan baru-baru ini mengumumkan inisiatif Belanjawan 2023 untuk menyokong simpanan persaraan melalui tambahan RM500 yang akan diberikan kepada penyumbang berumur 40-54 tahun dengan simpanan kurang daripada RM10,000.
- Pelbagaikan simpanan anda: Tidak kira status kewangan anda, para penyumbang mesti mempelbagaikan simpanan. Sebagai contoh, kerajaan telah memperkenalkan skim simpanan sukarela yang dikenali sebagai Skim Persaraan Swasta (PRS), yang direka untuk menambah simpanan KWSP individu.
- Terus biarkan simpanan KWSP anda berkembang dan hanya keluarkan apa yang anda benar-benar benar-benar perlukan: Walaupun untuk mereka yang sudah bersara, anda sepatutnya hanya mengambil wang yang diperlukan sahaja supaya baki wang dapat terus berkembang.
- Rujuk penasihat kewangan untuk membuat keputusan kewangan yang lebih bijak: KWSP telah menubuhkan panel penasihat percuma untuk membantu rakyat Malaysia membuat keputusan yang lebih bijak dan mengatasi sebarang kebimbangan mengenai simpanan anda dan perkembangan wang anda.

- Jangan buat pengeluaran KWSP sehingga anda bersara: Bergantunglah kepada pendapatan bulanan anda sementara anda masih mampu bekerja.
- Jangan melabur dengan wang yang anda tidak mampu: Apabila anda ingin melabur, lakukan hanya dengan wang yang anda mampu tanggung risikonya, dan bukan wang daripada simpanan penting anda.
- Jangan letakkan semua usaha dan harapan anda cuma pada satu tempat: Ada beberapa pilihan yang tersedia untuk rakyat Malaysia, seperti meletakkan wang dalam unit amanah yang disahkan dan institusi kewangan.
- Jangan bersikap 'hidup hanya untuk hari ini dan hari esok fikir nanti': Kegagalan anda untuk menyimpan dan melabur untuk masa depan boleh mengakibatkan ketidakstabilan kewangan, hutang, dan terlepas pelbagai peluang. Dengan mengimbangi perbelanjaan dengan simpanan dan pelaburan anda, anda boleh membina asas kewangan yang kukuh dan mencapai kestabilan kewangan jangka panjang.
Sebagai kesimpulannya, rancangan persaraan amatlah penting, dan tiada istilah terlalu awal atau terlalu lewat untuk bermula. Dengan kalkulator persaraan percuma Multiply, anda boleh membuat keputusan yang bijak tentang masa depan kewangan anda dan menjamin persaraan yang bebas dari kebimbangan.






