Bagaimana Scammers Mencuri Identiti Kami

Baru-baru ini, identiti Yayasan Creador dan Ketua Pegawai Eksekutif & pengasasnya, Brahmal Vasudevan telah dicuri melalui Penipuan Penyamaran di media sosial. Si scammer menggunakan pelbagai taktik dan ‘Penipuan Penyamaran’ digunakan apabila si scammer berpura-pura menjadi individu atau organisasi yang dipercayai untuk menipu mangsa supaya memberi mereka wang. Inilah cerita kami.
Pengait - Seminar Strategi
Si scammer mencipta beberapa akaun Facebook palsu dan menyiarkan iklan untuk seminar pelaburan. 'Seminar' itu adalah mengenai strategi memenangi pasaran saham untuk 2024 yang bertajuk 'Masa adalah Segala-galanya: Melabur dengan Brahmal'. Iklan tersebut dibayar untuk disiarkan di Facebook dan Instagram mensasarkan rakyat Malaysia yang berbahasa Inggeris, berumur 46 tahun ke atas.
'Seminar' itu dikatakan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Creador sendiri yang nama dan gambarnya digunakan secara tidak sah di iklan dengan nombor WhatsApp untuk diklik oleh bakal mangsa. Salah satu halaman yang digunakan si scammer ialah ‘Capital Dynamics’, sebuah syarikat pengurus dana global Asia yang mapan dan syarikat penasihat pelaburan. Halaman si scammer itu sebaliknya dipanggil 'Capital Dynamics Global'. Capital Dynamics telah mengeluarkan amaran media sosial kepada orang ramai yang menafikan sebarang pengetahuan atau tanggungjawab terhadap iklan tersebut. Mereka juga telah memfailkan laporan polis yang memetik Penipuan Penyamaran.
Iklan Instagram untuk scam ini, sasarannya dan halaman Facebook si scammer
Percayalah, Sayalah Yang Terpaling Tahu
Setelah mengklik iklan tersebut, bakal mangsa dihantar ke Whatsapp di mana si scammer itu memperkenalkan dirinya sebagai Brahmal. Dia menghantar mesej tentang pengalamannya dalam melabur dan membuat wang untuk meyakinkan sasaran. Dia kemudian berbual santai dengan mangsa sebelum mengajak mereka menyertai ‘kumpulan belajar’ di mana tip pelaburan, strategi dan pengetahuan akan dikongsi.
Si Scammer menyamar dan cuba meyakinkan bakal mangsa untuk menyertai 'Kumpulan Kajian'
Umpan ‘Pelaburan Menarik’
‘Kumpulan kajian’ terdiri daripada lebih 30 ahli (kebanyakannya rakan penipu atau identiti yang dicuri) berpura-pura menjadi pelabur potensi. Tujuan utamanya adalah untuk meyakinkan mangsa dalam kumpulan bahawa nasihat yang diberikan di sini dipandang tinggi oleh bakal pelabur . Si scammer malah membentangkan syarikat yang sebenarnya bersiap sedia untuk IPO sebagai pilihan untuk melabur dan menarik perhatian kumpulan dengan analogi kreatif dan rasional dalam pelaburan pasaran saham. Dia petah berkata-kata, sopan, dan meyakinkan. Seperti yang dijangka, dia menggesa kumpulan itu untuk membuat keputusan dengan cepat sama ada untuk melabur dengannya dengan mengklik pada pautan disediakan. Pautan ini akan membawa kepada tapak penipuan di mana sasaran akan berkongsi maklumat peribadi dan pemindahan dana kepada si scammer.
'Kumpulan kajian' terdiri daripada lebih 30 ahli (kebanyakannya rakan-rakan si scammer atau identiti-identiti yang dicuri) berpura-pura menjadi pelabur-pelabur berpotensi
Kepelikan Urusan Perbankan
Si Scammer itu kemudiannya menggesa bakal mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akaun-akaun bank yang peliknya tidak berkaitan dengan 'Brahmal', 'Creador', 'Yayasan Creador' atau nama-nama syarikat lain yang digunakan dalam penipuan itu. Sebaliknya, mangsa yang berpotensi diminta memasukkan akaun syarikat seperti ‘Flora Earth Constructions Sdn Bhd’ dan ‘Miglade Global Sdn Bhd’ dengan akaun-akaun bank di bank-bank besar di sini. Arahan-arahan pelik juga diberikan - bakal mangsa diberitahu untuk menulis nama mereka dalam rujukan tanpa sebarang kenyataan lain. Ini serupa dengan jenis penipuan lain, di mana si scammer menegaskan bahawa bakal mangsa tidak seharusnya bercakap dengan orang lain semasa transaksi dan tidak memberikan sebarang maklumat tambahan secara bertulis.
Syarikat-syarikat yang tidak berkaitan digunakan untuk menerima dana daripada mangsa
Kami Melawan Balik
Yayasan Creador tidak menyedari salahlaku haram ini sehinggalah ia dimaklumkan kepada mereka pada Mac 2024. Laporan polis telah difailkan serta-merta terhadap siaran Facebook dan Instagram palsu kerana ia mencemarkan imej dan integriti syarikat serta pemegang kepentingannya. Aduan juga difailkan dengan Facebook dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menghapuskan siaran penipu itu serta-merta bagi menjaga kesejahteraan kewangan orang ramai.
Selepas banyak perdebatan dengan Facebook yang membawa kepada memfailkan bantahan dengan Lembaga Pemantauan (sekumpulan pakar yang membuat pertimbangan bebas mengenai perkara yang harus dibenarkan di Facebook), beberapa siaran telah dialih keluar. Yayasan Creador dan pemegang kepentingannya menghantar amaran penipuan Instagram untuk mengingatkan orang ramai tentang penipuan & iklan palsu.
Makluman dan laporan yang dibuat mengenai scam ini di platform dengan keputusan-keputusan yang kurang memuaskan
Pengakhiran Pahit Manis
Sehingga kini, jumlah mangsa tidak diketahui kecuali seorang. Mangsa didakwa telah memindahkan dana dengan kepercayaan ke akaun si scammer. Apabila menyedari dia telah ditipu apabila semua komunikasi terhenti, dia membuat laporan polis. Kami faham daripada kes lepas bahawa nombor telefon dan akaun bank yang didaftarkan adalah daripada identiti yang dicuri. Tambahan pula, biasanya nombor telefon yang digunakan oleh penipu ini adalah milik pekerja asing yang menjualnya kepada scammer, yang merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum. Malangnya, ini mengakibatkan pekerja asing itu ditahan tetapi si scammer akan terlepas.
Klik di sini untuk membaca lebih lanjut mengenai jenis penipuan pelaburan lain dan baca di sini untuk butiran apa yang boleh anda lakukan tentang mereka. Adakah anda mengenali jenis scam-scam yang lain juga?
Jika anda menjadi mangsa penipuan dalam talian yang melibatkan transaksi kewangan, sila pergi ke balai polis terdekat untuk membuat laporan dan hubungi talian bantuan Pusat Tindak Balas Penipuan Nasional (NSRC) di 997 atau talian hotline bank anda.
Tag:scam, pelaburan, Mengenali Scams




