Pelepasan Cukai Peribadi Untuk 2023
Musim pemfailan cukai pendapatan telah tiba. Jika anda tertanya-tanya apakah pelepasan cukai pendapatan yang boleh anda tuntut untuk pemfailan cukai pendapatan 2023, kami permudahkan proses untuk anda.
Kami telah menyusun senarai pelepasan cukai, termasuk yang baru diumumkan oleh kerajaan tahun ini. Pastikan anda menyemak pelepasan cukai yang tersedia dan elak daripada terlepas sebarang potongan yang anda layak terima!
Baki cukai yang belum dibayar akan dikenakan penalti 10% selepas 30hb April 2024 (tambahan 15 hari jika melalui e-Filing). untuk mengelakkan penalti, pastikan anda memfailkan cukai pendapatan anda sebelum tarikh akhir.
Failkan cukai pendapatan anda sekarang dengan klik pautan untuk melawati laman web LHDN https://mytax.hasil.gov.my/

Tag:cukai




