Jangan Tertipu Dengan Jenayah Scam di Malaysia: Tips Untuk Kekal Selamat Dari Scam
Jenayah scam kini semakin berleluasa. Scam ini boleh berlaku kepada sesiapa dan anda tidak perlu malu jika telah mengalaminya. Sekarang adalah masanya untuk lindungi diri dan orang yang tersayang. Belajar dan ketahui tanda-tanda serta taktik yang sering digunakan oleh scammer. Berjaga-jaga dan kesan tanda awal scam, lindungi keluarga anda daripada scam yang biasa dilakukan oleh penjenayah dan ketahui apa yang perlu dilakukan sekiranya menjadi mangsa scam.
Jom lihat antara situasi scam yang sering berlaku di Malaysia pada hari ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Scam Pelaburan
Kebiasaannya, scammer akan mempromosikan perniagaan mereka sebagai peluang pelaburan menggunakan media sosial seperti WhatsApp, Telegram dan iMessage bagi mengumpan mangsa supaya tidak mengesyaki sebarang risiko. Pelaburan ini juga menjanjikan untung yang tinggi, tetapi sebaliknya tidak memberikan sebarang keuntungan langsung kepada mangsa.
🚨Untung (segera) yang tinggi dengan risiko rendah
🚨Pelaburan dalam kadar segera sehingga mangsa tak sempat membuat pertimbangan
🚨Mangsa diminta membuat pindahan wang ke akaun peribadi
❗Kebanyakan skim pelaburan mempunyai proses pengesahan/pendaftaran melalui regulator (lihat senarai regulator di sini). Apabila anda tidak pasti, pastikan sentiasa hubungi dan periksa dengan Suruhanjaya Keselamatan (SC) di aduan@seccom.com.my atau hubungi +603 6204 8999 (9 pagi-6 petang, Isnin - Jumaat).
💡 Artikel Berkaitan: Berhati-hati dengan Scam Pelaburan!
Scam Pekerjaan
Penjenayah scammer menipu orang ramai terutama mereka yang mencari kerja untuk membayar sejumlah wang atau memberikan maklumat peribadi untuk tawaran pekerjaan yang palsu dan yang menjanjikan gaji yang lumayan atau peluang bekerja dari rumah..
🚨Maklumat pekerjaan yang meragukan tanpa maklumat recruiter/majikan
🚨Tawaran pekerjaan rasmi yang tiada nama syarikat, alamat, jawatan atau gaji
🚨Meminta maklumat peribadi atau pindahan wang untuk pemeriksaan kesihatan, pas kerja atau temuduga
Scam Macau
Scammer akan berlagak sebagai pegawai kerajaan atau wakil daripada pihak syarikat yang bereputasi tinggi dan mendesak mangsa untuk memindahkan sejumlah wang yang banyak ke dalam akaun bank tertentu.
🚨Menerima panggilan daripada kononnya pihak berkuasa atau nombor peribadi di luar waktu bekerja
🚨Panggilan rambang yang mengatakan anda menang hadiah atau loteri
🚨Meminta anda membuat pembayaran segera ke akaun pihak ketiga atas ugutan yang tidak pernah wujud bagi ‘melindungi’ duit anda.
💡 Artikel Berkaitan: Apa itu Scam Macau?
Scam Wang
Scammer akan merekrut individu untuk memindahkan wang yang dicuri atau telah digubah. Ini dikenali sebagai aktiviti jenayah Aktiviti seumpama ini bertujuan melindungi identiti scammer dan menyukarkan proses untuk menjejak duit yang dicuri. Aktiviti ini sama sekali melanggar undang-undang dan boleh mengakibatkan mangsa dikenakan hukuman yang teruk sekiranya terlibat..
🚨Tawaran kerja rambang dengan bayaran tinggi bagi kerja yang mudah
🚨Memohon kebenaran menggunakan akaun peribadi anda untuk pemindahan wang
🚨Memohon kebenaran untuk mencagarkan kad ATM anda sebagai sebahagian proses permohonan oleh peminjam wang tidak berlesen.
Scam Parcel
Scammer akan memperdaya mangsa untuk membayar jumlah tertentu untuk parcel yang tidak pernah wujud.
🚨Panggilan rambang yang meminta anda untuk membayar yuran penghantaran parcel, cukai import, parcel yang tidak dikutip atau maklumat peribadi/kewangan
🚨Memberikan link kepada laman web yang meragukan atau link berkaitan penghantaran
🚨Meminta anda untuk membuat pembayaran segera untuk mengelakkan penalti atau pembatalan penghantaran
🚨Memberitahu anda bahawa parcel mengandungi barangan haram dan menekan mangsa untuk bekerjasama
❗Peniaga E-commerce kebiasaanya menggunakan laman rasmi untuk sebarang komunikasi dan tidak akan sesekali meminta maklumat bank atau pembayaran kepada akaun peribadi untuk sebarang penghantaran atau pelepasan parcel.
Love Scam
Scammer akan menggunakan gambar dan profil palsu, menipu dengan membuat mangsa jatuh cinta dan mencuri duit atau maklumat peribadi mangsa.
🚨Cepat mengakui rasa cinta tetapi sering berdalih
🚨Sentiasa meminta duit untuk kecemasan, bayar bil atau pergi melancong
🚨Kerap meminta duit daripada anda
🚨Selalu berdalih untuk tukar perbualan ke platform lain (contoh: WhatsApp atau Telegram)
Anda rasa pernah discam? Jangan panik dan segera ikuti langkah berikut:
Langkah 1: Sahkan Maklumat
Sahkan maklumat pemanggil dengan meminta nama penuh mereka, nombor telefon, jabatan dan anda juga boleh sahkan melalui talian hotline pelanggan.
Periksa aktiviti penipuan melalui akaun atau pemilik nombor telefon melalui laman web CCID Semak Mule. Semak Senarai Amaran Pelabur SC untuk ketahui entiti pelaburan yang tidak disahkan. Sebelum melakukan sebarang keputusan pelaburan, anda dinasihatkan untuk menghubungi Bursa Malaysia di bursa2u@bursamalaysia.com atau hubungi 03-2732 0067.
Langkah 2: Hubungi Pihak Berkuasa
Hubungi pihak bank atau NSRC melalui panggilan 997 (8 pagi - 8 malam, setiap hari) atau hubungi Suruhanjaya Keselamatan dan Pejabat Penyiasat di 03-6204 8999 (9 pagi - 6 petang, Isnin - Jumaat) untuk membuat laporan dan melakukan penyiasatan secara rasmi.
Langkah 3: Aktifkan ‘Kill Switch’
Sekiranya anda menggunakan akaun bank dengan Maybank, CIMB, atau OCBC, gunakan fungsi keselamatan kendiri dengan mengaktifkan kill switch yang akan membekukan akaun anda serta merta sekiranya mengesyaki berlakunya sebarang penipuan.
Apakah maklumat yang perlu disediakan apabila ingin melaporkan kes scam kepada pihak berkuasa?
Maklumat ringkas tentang insiden scam yang berlaku (Contoh: Kronologi kejadian)
Maklumat peribadi (nama, nombor untuk dihubungi, kad pengenalan, nombor akaun bank)
Maklumat scammer (nama, nombor yang digunakan)
Maklumat lanjut transaksi (nombor akaun bank yang digunakan, amaun, waktu transaksi)
Akhir sekali, pastikan anda sentiasa mempunyai maklumat terkini berkaitan jenayah semasa dengan mengikuti akaun media sosial pihak berkuasa yang berikut.