• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Mengenali Scams

      Manipulasi Minda: Pendedahan Sebenar Disebalik “Ilmu Hitam” Scammer

      • Dihasilkan oleh Multiply
      • Kategori Mengenali Scams
      • Tarikh Ogos 16, 2024
      Mind Manipulation_FI

      Tiada seorang pun antara kita yang fikir bahawa kita akan di scam. Tetapi hakikatnya, scammer telah menipu ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pesara, jurutera, juruterbang, guru dan juga kakitangan bank. Sepanjang tahun 2023 sahaja, rakyat Malaysia telah rugi sebanyak lebih RM1.3 billion kepada scammer melalui lebih 30,000 kes penipuan dalam talian. Ini didorong oleh strategi scammer dalam memperdayakan mangsa.

      Apabila sesetengah mangsa mendakwa mereka telah ditipu kerana scammer menggunakan teknik pukau dan ilmu hitam, dakwaan tersebut ada betulnya. Hakikatnya, sebahagian besar scammer bukannya menggunakan ilmu hitam, tapi menggunakan teknik manipulasi psikologi dan menggunakan helah untuk memerangkap mangsa mereka.

      Mereka mungkin memberitahu sesuatu yang membuatkan anda takut atau bimbang. Mereka juga boleh meletakkan anda dalam keadaan yang membuatkan anda berasa anda perlu bertindak balas dengan segera. Atau, mereka mungkin cuba mengelirukan anda dengan memberikan anda terlalu banyak maklumat, yang membuatkan anda berasa anda seolah-olah telah dijampi.

      Berikut ialah 4 cara yang biasa digunakan scammer untuk memerangkap mangsa mereka dan bagaimana anda boleh melindungi diri:

      1. Perangkap “Flight or Flight” : Scammer Membuatkan Anda Cemas

      Bayangkan: Seorang scammer yang berpura-pura menjadi pegawai polis menelefon dan memberitahu bahawa akaun bank anda terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram. Untuk mengelakkan akaun anda dibekukan, anda mesti memindahkan wang anda ke akaun pihak ketiga yang "selamat". Disebabkan panik, anda percaya dan menuruti kata-kata mereka, sebelum anda sedar yang ia adalah satu scam.

      ENG_Flight or Fight Trap_1

      Kebenaran di sebaliknya: Ahli psikologi, Alvin Tan mengatakan bahawa apabila kita takut, badan kita secara automatik akan masuk ke dalam mod "fight or flight"; keadaan di mana tubuh kita dibanjiri hormon stress seperti adrenalin dan kortisol. Hormon ini sebenarnya membantu jika kita di dalam keadaan bahaya, tetapi ia juga membuatkan kita gagal untuk berfikir dengan jelas. Dengan keadaan tertekan dan tidak mampu berfikir dengan logik, anda akan cenderung untuk mengikuti sahaja arahan scammer, dan percaya yang ia merupakan satu-satunya jalan keluar kepada masalah anda (Sumber: MalaysiaKini).

      Cara elakkan: Jika nombor yang tidak dikenali menghubungi anda dan meminta anda berkongsi butiran peribadi atau memindahkan wang, tamatkan panggilan dengan segera. Cepat-cepat keluarkan diri dari situasi tersebut, beri masa untuk bertenang dan kemudian pertimbangkan semua maklumat yang diberikan kepada anda.

      2. Perangkap “Overconfidence”: Scammer Memerangkap Anda Apabila Anda Terlalu Yakin

      ENG_Self-serving Bias Trap

      Bayangkan: Sebagai akauntan berpengalaman, anda percaya bahawa anda mempunyai pemahaman yang baik tentang pengetahuan kewangan. Oleh itu, apabila anda dijemput untuk menyertai pelaburan mata wang kripto eksklusif, anda menghiraukan semua red flags yang ada, kerana anda merasakan bahawa "Saya mesti tahu punya kalau ini scam." Beberapa minggu kemudian, syarikat pelaburan itu lesap bersama wang pelaburan anda.

      Kebenaran di sebaliknya: Victor Goh, ahli psikologi dari HELP University, menerangkan perangkap psikologi lain yang sering digunakan oleh scammer— kepercayaan di mana kita menganggap semua kejayaan itu berpunca dari diri kita sendiri, dan setiap kegagalan itu disebabkan salah orang lain. Kita juga percaya yang diri kita terlalu bijak untuk di scam, tetapi keyakinan melampau (overconfidence) inilah yang menjadikan kita lebih terdedah kepada penipuan. 

      Kepercayaan ini juga menjelaskan mengapa program kesedaran mengenai scam sering gagal. Mereka yang hadir mungkin berpendapat yang mereka cukup bersedia untuk menghadapi scam, tetapi hakikatnya, mereka percaya yang mereka tak akan di scam. Goh juga berpendapat bahawa sekiranya seseorang itu terlalu yakin, biasanya mereka akan lebih mudah diperdaya dan membuat keputusan yang salah, sekiranya mereka dipengaruhi perasaan tamak (Sumber: FMT)

      Cara elakkan: Sentiasa berhati-hati terhadap semua pihak yang meminta anda berkongsi maklumat peribadi atau perbankan anda, atau sebarang arahan untuk memindahkan wang. Semak red flags scammer di sini.

      3. Perangkap “Social Engineering” : Scammer Bermain Dengan Emosi & Logik Anda

      Bayangkan: Anda membayar untuk sekeping tiket konsert band kegemaran anda daripada reseller dalam talian, tetapi dia kemudian mendakwa tiket itu sebenarnya untuk sepasang tempat duduk, jadi anda mesti membayar untuk kedua-duanya. Enggan kehilangan tiket anda, anda tidak keberatan membayar harga tiket untuk tempat duduk kedua, memikirkan anda boleh membawa kawan anda. Malangnya, penjual tersebut terus senyap selepas pembayaran kedua dibuat. 

      ENG_Social Engineering Trap_1

      Kebenaran di sebaliknya:  Kebanyakan scammer mahir dalam teknik kejuruteraan sosial (social engineering)—mereka tahu cara untuk memanipulasi anda dengan memainkan emosi. Mereka mendengar dengan teliti, mengenal pasti kelemahan anda (seperti mengenali artis kegemaran anda, keinginan untuk mendapatkan wang pantas atau rasa sunyi), dan kemudian menggunakan pengetahuan itu untuk membuat anda menyerahkan wang dan maklumat peribadi anda dengan rela, tanpa banyak halangan.

      Cara elakkan: Jangan biarkan emosi mengatasi logik anda. Berbincang dengan orang lain jika anda ragu-ragu. Hubungi 997 (NSRC) untuk meminta nasihat sebelum memindahkan wang anda ke akaun yang tidak dikenali. 

      4. Perangkap “Social Proof”: Scammer Memasukkan Anda Dalam Persekitaran Palsu Mereka

      Bayangkan: Anda dimasukkan ke dalam group WhatsApp pelaburan, di mana semua orang dalam kumpulan itu melabur dan berkongsi yang mereka berjaya mendapat pulangan lumayan, membuatkan anda berasa seperti anda juga ingin menjadi seperti mereka. Sebenarnya, ini adalah satu perangkap untuk menipu anda. Anda akhirnya percaya kepada semua perkara yang anda lihat dalam group tersebut dan memindahkan wang anda untuk “melabur”, sebelum anda di block.

      ENG_Social Proof Trap

      Kebenaran di sebaliknya:  Bukti sosial (social proof) sebenarnya berdasarkan prinsip bahawa anda akan cenderung untuk mengikuti tingkah laku orang lain, terutamanya apabila anda ragu-ragu atau dalam keadaan tidak pasti. Jadi,scammer akan mencipta persekitaran palsu—seperti kumpulan pelaburan palsu atau group komuniti dalam talian—yang nampak meyakinkan dan disokong oleh individu-individu lain seperti anda.

      Ini membuatkan anda lebih cenderung untuk mempercayai dan akur dengan arahan scammer. Rasa ingin menjadi sebahagian dari komuniti juga boleh membuatkan orang yang paling berhati-hati pun terpedaya dengan perangkap ini.

      Cara elakkan: Setiap kali sebelum anda melabur, semak maklumat akaun bank penerima di Senarai Amaran Pelabur dan laman web SemakMule PDRM.

      Adakah Scammer Menyasarkan Semua Orang; Termasuk Golongan Profesional?

      Sebenarnya, golongan profesional seperti peguam, doktor dan jurutera juga tidak selamat dari scammer. Contohnya, awal tahun 2024, seorang jurutera berpengalaman di Sarawak kehilangan RM500,000 kepada scam pelaburan. Begitu juga pada 2023, seorang doktor dan dua jurutera di Johor turut menjadi mangsa penipuan, dengan jumlah kerugian berjumlah RM700,000. Kes-kes ini jelas menunjukkan bahawa golongan profesional juga tidak terlepas dari ancaman scammer.

      Malah, menurut ahli psikologi, Dr Cassandra Aasmundsen-Fry, menjelaskan bahawa golongan profesional sebenarnya lebih terdedah kerana mereka mempunyai lebih banyak sudut untuk diperdaya. Disebabkan golongan ini risau reputasi mereka terjejas atau kehilangan aset, scammer menggunakan faktor ini untuk menjadikan mereka sasaran.

      Aasmundsen-Fry turut membincangkan gangguan emosi dahsyat yang akan ditanggung oleh mangsa. Kehilangan wang, terutamanya simpanan untuk hari tua, boleh membawa kepada kebimbangan, kemurungan serta masalah kesihatan fizikal. Kesan emosi ini sebenarnya boleh menjadi sama dahsyatnya dengan kerugian kewangan yang hilang akibat di scam (Sumber: The Sun).

      Bukan Kita Yang Mudah Diperdaya; Tapi Scammers Yang Licik

      Ingat, scammer tidak kira siapa pun yang mereka akan tipu. Malah, scammer akan berusaha untuk menjadikan usaha penipuan mereka nampak meyakinkan dalam mencari mangsa baru, termasuklah melalui cara psikologi serta teknologi terkini seperti teknologi AI. Cara terbaik untuk melindungi diri anda adalah dengan sentiasa cakna, sentiasa berwaspada dan sedar bahawa tiada siapa yang tidak berisiko untuk ditipu.

      Baca semua yang anda perlu tahu tentang scam daripada Panduan Multiply kami mengenai jenayah ini dan uji pengetahuan anda melalui Kuiz Scam kami!



      Tag:Scam, psikologi

      Kongsikannya:


      User Avatar
      Multiply

      Sebelumnya

      Kuiz Scam: Boleh Kalahkan Scammers Ke Tak?
      Ogos 16, 2024

      Seterusnya

      Selalu Tak Cukup Duit Sebab Tak Berpendapatan Tetap? Buat 3 Perkara Ni
      Ogos 27, 2024

      Anda Mungkin Berminat

      ENG STR_ Feature Image
      Jaga-jaga! Scammer Guna Sumbangan Tunai Penerima Rahmah (STR) Untuk Menipu —Apa yang Anda Wajib Tahu!
      27 September, 2024
      Quiz_Feature Image
      Kuiz Scam: Boleh Kalahkan Scammers Ke Tak?
      29 Julai, 2024
      NSRC_Feature Image
      Kami Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan, Dan Ini Cara Mereka Bantu Anda Jika Di Scam
      27 Julai, 2024

      Cari

      Artikel Terkini

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      03Mac2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      04Okt2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      01Okt2024

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Mengenali Scams

      Panduan terkini

      Multiply Guides: How To Read Your Payslip & Why Is It Important?

      Panduan Multiply: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

        newsletter-subscribe-multiply

        logo-multiply-learn-investing-for-free

        hello@multiply.org.my

        Maklumat

        • Laman Utama
        • Blog
        • Tentang Kami
        • Hubungi

        Kategori

        • Merancang Belanjawan
        • Simpanan & Pelaburan
        • Menguruskan Hutang
        • Membeli Kenderaan

        Kategori

        • Membeli Rumah
        • Insurans
        • Persaraan
        • Semua Panduan

        Instagram Feed

        🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web 🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web Multiply yang serba baharu!Kami sedang mencari rakyat Malaysia yang berumur 20-35 tahun untuk menguji laman web terbaharu kami.💡Akses awal💬 Maklum balas jujur📈 Bantu kami tambah baikTap pada link di bio untuk mendaftar sekarang!- - - - - -🚨Be the first to experience the all-new Multiply page!We’re looking for testers aged 20-35 to try our new website and tell us what you think.💡Early access💬 Honest feedback📈 Real impactTap the link in our bio to sign up now!#Finance #PersonalFinance #financialliteracy #Testers #Multiply
        ✨ 2025, we see you! ✨ Selamat Tahun Baru, Mul ✨ 2025, we see you! ✨Selamat Tahun Baru, Multipliers! 🎉 Here’s to leveling up, smashing goals, and keeping that duit game strong 💸🔥New year, new vibes, but still the same Multiply fam ready to support you every step of the way. 💪What’s your big goal for 2025? 👀 Drop it in the comments—let’s make it happen together! 🚀#MultiplyMY #NewYearVibes #2025HereWeCome
        As 2024 wraps up, let's look back at all we accomp As 2024 wraps up, let's look back at all we accomplished together, Multipliers! 🎉From our top 5 articles to the most popular tools on our site—korang memang power! 💪 THANK YOU for an amazing year 🫶Psst... 2025 is bringing something HUGE 🤫 Stay tuned and hold on to that hype! 🚀#MultiplyMY #MultiplyWrapped #2025Excitement
        We’re focused on enhancing your experience and b We’re focused on enhancing your experience and bringing you exciting updates tailored just for you.Stay tuned—we can’t wait to share what’s coming next!If you have any questions or need assistance in the meantime, feel free to reach out to us at hello@creador-foundation.com. Thank you for your support—we’re excited to reveal what we’ve been working on soon!

        Multiply by Creador Foundation.

        • Privasi
        • Terma
        • Peta laman

        Facebook Google

        Log masuk dengan akaun laman anda

        thirteen − 8 =

        Lupa kata laluan anda?

        Belum jadi ahli? Daftar sekarang

        Daftar akaun baru

        10 + one =

        Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

        popup

        scam quiz_types of scams

         

        Uji pengetahuan korang tentang scam dan tengok korang boleh kalahkan scammer ke tak! Adakah anda level Budak Terer, Budak Standard, atau Budak Baru?

        Dah sedia untuk jawab kuiz? Klik "Mulakan Kuiz" kat bawah!

        1. 
        Ok, jom kita mula! Kekasih online korang (yang korang tak pernah jumpa depan-depan) bagitau yang dia ada hantar satu barang kat korang. Tapi korang kena bayar caj pelepasan di laman web “Kastam” untuk menuntutnya. Korang akan bayar ke tak?

        2. 
        Korang terima pautan dalam e-mel dari bank yang mintak korang set balik kata laluan sebab ada orang cuba hack akaun korang. Apa tindakan korang?

        3. 
        Pegawai penyiasat telefon dan bagitahu maklumat peribadi korang telah digunakan dalam aktiviti pengubahan wang haram. Jika tak nak dilanda masalah, korang kena bayar denda RM10,000 ke bank akaun.

        4. 
        Sebuah syarikat di Jakarta mendesak korang untuk melabur dengan segera, tapi takde maklumat lengkap mengenai diorang kat dalam talian. Jadi, nak melabur ke tak?

        5. 
        Seorang penganjur meminta derma daripada anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir, malah menunjukkan gambar individu yang terlibat. Patut derma atau tidak?

        6. 
        Ada orang dalam group WhatsApp menawarkan pekerjaan sambilan dengan gaji sebanyak RM5,000, tapi korang kena bayar wang pendahuluan dulu. Apa tindakan korang?

        7. 
        Ada pihak nak sewa bank akaun anda dengan harga RM500 untuk setiap transaksi yang dibuat. Nak ke tak?

        8. 
        Korang dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali, tetapi suaranya macam bos korang. Dia minta korang transfer RM10,000 ke akaun yang tak dikenali. Korang transfer tak?

        9. 
        Seorang peniaga di Mudah.my sedang menjual telefon bimbit yang baru dilancarkan dengan diskaun 90%. Tapi, korang buat bayaran segera kerana terdapat pembeli lain yang berminat. Apa yang akan korang buat?

        10. 
        Iklan di Instagram telah mempromosikan agensi perkhidmatan membersihkan rumah yang murah. Apabila korang menghubungi agensi tersebut, agensi tu minta korang buat tempahan melalui aplikasi APK khas yang perlu dimuat turun. Patutkah korang muat turun aplikasi APK tersebut?

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Ambil kuiz kami!



        Apakah personaliti kewangan Anda?

        Terbaru


        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apakah personaliti Kewangan Anda?

        Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

        1. It's the end of the month, you are thinking...

        2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….

        3. So you crashed your car and it's going to cost RM1,000 to fix, you

        4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…

        5. After months of saving (see "sikit -sikit, lama-lama jadi bukit" really is true), you've got cash sitting in the bank. You then

        6. You're buying a new car (yes, imagine away - Toyota, Proton, or BMW). You take

        7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

        1. 
        Bagaimana anda memperoleh pendapatan?

        2. 
        Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?

        3. 
        Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?

        4. 
        Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?

        5. 
        Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?

        6. 
        If you're taking money from your EPF account during the MCO/CMCO (under i-Lestari), how are you using it?

        7. 
        Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:

        8. 
        Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?

        9. 
        Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?

        10. 
        Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?

        11. 
        How do you think you'll manage your money in 2021?

        12. 
        Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?

        13. 
        Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:

        14. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:

        15. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?

        clock.png

        Time's up