- Home
- Panduan kami
- Merancang Belanjawan
- Merancang belanjawan
Langkah 1: Kenali diri
Untuk membuat bajet yang sesuai untuk diri, anda perlulah memahami keadaan kewangan semasa anda terlebih dahulu. Jika tidak, anda tidak akan perasan sama ada terdapat sebarang masalah yang perlu diselesaikan.
Berikut ialah dua langkah yang boleh dilakukan oleh anda untuk mulakan proses ini – jika anda sudah bersedia:
1. Gunakan aplikasi belanjawan atau jurnal ringkas untuk merekod perbelanjaan anda
Pantau perbelanjaan anda dalam suatu tempoh masa untuk kenal pasti jika terdapat sebarang corak tertentu. Anda juga akan dapat melihat perbelanjaan terbesar anda.
Terdapat pelbagai cara untuk track perbelanjaan anda sebenarnya. Ada antara anda yang suka buat catatan dalam telefon bimbit anda. Ada pula yang lebih gemar Excel. Anda juga mencuba pelbagai aplikasi belanjawan yang boleh memantau tabiat perbelanjaan anda.
Satu contoh yang baik ialah Money Lover, aplikasi yang praktikal dan mudah digunakan. Pilihan lain yang popular juga termasuk You Need A Budget (YNAB), Spendee, Money Manager oleh Realbyte dan Monefy. Semua ini mempunyai ciri unik yang boleh memenuhi keperluan dan pilihan berbeza untuk anda, jadi pastikan buat research dan buat pilihan yang memenuhi keperluan anda. pastikan buat research anda dan buat pilihan yang memenuhi keperluan anda.
Tak kira cara mana pun, pastikan pantau perbelanjaan anda untuk sekurang-kurangnya satu minggu, ataupun satu hingga dua bulan.
2. Analisis pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda
Setelah mengumpul semua maklumat perbelanjaan, tiba masanya untuk melihat bagaimana sebenarnya anda membelanjakan wang. Cuba semak berapa banyak yang diperuntukkan untuk:
- Perbelanjaan tetap: Bayaran yang mesti dibuat
- Perbelanjaan biasa: Perbelanjaan yang kerap dibuat oleh orang ramai
Anda boleh guna lembaran kerja kami untuk membantu anda! Usah risau tentang data yang mungkin akan didapati.
| Perkara | Tip Belanjawan |
| PERBELANJAAN TETAP: | |
| Sewa | Kalau perjanjian sewa rumah anda akan berakhir tak lama lagi, cuba rundingkan bayaran sewa yang lebih rendah untuk tempoh sewaan yang seterusnya, atau cuba cari rumah/bilik sewa yang lebih murah. |
| Bil utiliti | Jimat bil utiliti anda dengan menggunakan mentol cekap tenaga, menetapkan penghawa dingin anda pada suhu yang lebih tinggi (cth. 25°C), dan mandi dalam masa yang lebih singkat. |
| Makanan | Kurangkan makan di luar untuk menjimatkan perbelanjaan. Adakah anda perlu makan tengahari di luar setiap hari atau mungkin kadang-kadang anda boleh bawa bekal dari rumah? |
| Pembayaran hutang berfaedah tinggi
(Hutang dengan kadar faedah yang tinggi seperti kad kredit, pinjaman sewa beli, pinjaman peribadi) |
Bayar hutang berfaedah tinggi (cth. kad kredit, pinjaman sewa beli, pinjaman peribadi) dengan segera untuk mengelakkan penalti pembayaran lewat dan memastikan hutang anda terkawal.
Membayar hutang yang dikenakan faedah yang tinggi boleh menjimatkan kira-kira 18% faedah setiap tahun, jadi setiap ringgit yang anda bayar ibarat pelaburan yang menjamin pulangan tinggi! |
| Bayaran balik pinjaman yang lain
(Contoh: pinjaman rumah, pinjaman kereta) |
Bayar hutang anda (misalnya pinjaman rumah dan kereta) tepat pada masanya untuk avoid late payment penalties. |
| PERBELANJAAN BIASA: | |
| Pengangkutan harian
(Duit petrol, parkir, tol) |
Gunakan pengangkutan awam. Kalau anda memang perlu memandu, keluar awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan jimatkan kos petrol. |
| Telefon & Internet | Adakah anda menggunakan telefon & pakej internet yang berpadanan dengan keperluan anda? Satu pelan telefon prabayar mungkin lebih murah daripada satu pelan telefon pascabayar. Tinjau-tinjaulah sama ada terdapat tawaran istimewa. |
| Kos berkaitan rumah
(contohnya fi perkhidmatan untuk apartmen, kos membaiki rumah, dan sebagainya) |
Cuba baiki sendiri masalah kerosakan di rumah atau minta bantuan keluarga dan kawan-kawan supaya anda tidak perlu mengupah seseorang untuk melakukannya. |
| Pakaian | Sentiasa cari tawaran murah yang terbaik dan kalau boleh, beli pakaian semasa jualan murah. |
| Perbelanjaan lain
(E.g. Gym membership, courses, etc.) |
Aktiviti tertentu seperti bersenam dan mempelajari kemahiran baru boleh dilakukan dengan percuma, contohnya dengan menonton video dan membaca artikel di internet. |
| PERBELANJAAN BERKAITAN PENDAPATAN: | |
| Cukai ke atas pendapatan lain | Jika anda mempunyai pendapatan sampingan selain daripada gaji anda, pastikan anda mengisytiharkan pendapatan ini dan membayar cukai sepenuhnya setiap tahun bagi mengelakkan dikenakan penalti pada tahun-tahun akan datang. |




