Langkah 2: Tetapkan keutamaan anda (keperluan & kehendak)
Jangka Pendek | Jangka Panjang | |
Keperluan (Apa yang diperlukan) |
Makanan yang dimasak di rumah Sewa mampu bayar Barang dapur mampu bayar Dana kecemasan Pakaian asas Utiliti asas Langganan telefon asas Telefon bimbit asas |
Persaraan
Pendidikan awam Perumahan asas Insurans nyawa (jika anda mempunyai tanggungan) Kereta/motosikal asas Insurans perubatan asas Perkakas rumah asas |
Kehendak (Tambahan kepada keperluan) | Netflix
Telefon pintar terkini Kopi Starbucks Percutian keluarga Rokok Jam mahal Baju mahal Makanan di restoran Penyaman udara |
Percutian Kereta/motosikal premium Rumah mewah Perabot mahal Pendidikan swasta Rawatan Perubatan Swasta Insurans perubatan kelas tinggi |
Buat keputusan tentang beberapa keutamaan belanjawan anda bulan depan. Gunakan rajah di bawah untuk membantu anda mengenal pasti keutamaan jangka pendek dan jangka panjang anda.
Sukuan Belanjawan
- Keperluan (Apa yang diperlukan)
Keperluan anda ialah perkara penting untuk membolehkan anda meneruskan kehidupan harian anda. Ini merupakan item yang anda perlukan untuk hidup seperti makanan, tempat tinggal, pengangkutan dan sebagainya.
- Kehendak (Tambahan kepada keperluan)
Kehendak ialah item yang anda ingin beli untuk kepuasan diri atau untuk kemudahan anda. Contohnya makanan yang dimasak di rumah ialah satu keperluan, tapi makan di restoran ialah satu kehendak, kerana anda tak semestinya perlu makan di luar. Ia hanyalah kehendak atau keinginan anda. Memandu boleh menjadi satu keperluan jika tiada pilihan lain, tapi selalunya ia juga satu kehendak kerana anda tak suka menaiki pengangkutan awam.
- Jangka Pendek
Pertimbangkan item yang memerlukan perbelanjaan untuk minggu-minggu atau bulan-bulan seterusnya.
- Jangka Panjang
Item jangka panjang ialah pembelian yang akan anda gunakan untuk beberapa dekad yang akan datang.
Dengan memikirkan tentang apa yang anda perlukan untuk jangka pendek dan jangka panjang, anda akan lebih peka tentang berapa banyak wang yang perlu anda simpan untuk masa depan anda.
Kami telah menyenaraikan beberapa contoh dalam setiap bahagian sukuan untuk membantu anda memulakan proses ini, sila buat pindaan mengikut situasi anda sendiri.