Lembaran kerja
Cuba isi lembaran kerja ini untuk melihat bagaimana wang anda dibelanjakan. Buat keputusan tentang item mana yang boleh dikurangkan perbelanjaannya.
Langkah 1: Mula-mula, kita lihat berapa pendapatan anda setiap bulan
Isikan maklumat tentang pendapatan anda di bawah:
PENDAPATAN | JUMLAH (RM) |
Pendapatan bawa pulang
(Jumlah gaji yang anda terima selepas potongan cukai, KWSP, EIS, & SOCSO) |
|
Pendapatan lain
(Jumlah gaji yang anda terima selepas potongan cukai, KWSP, EIS, & SOCSO) |
|
Tolak: | |
Cukai atas pendapatan lain (jika terpakai) | |
Pendapatan bersih |
Langkah 2: Lihat perbelanjaan anda
Jika anda ada menggunakan aplikasi untuk menjejak perbelanjaan anda, anda boleh masukkan maklumat daripada aplikasi tersebut ke sini. Jika tidak, isi saja maklumat yang anda tahu.
PERBELANJAAN | JUMLAH (RM) |
PERBELANJAAN TETAP: | |
Sewa | |
Pembayaran hutang dengan faedah tinggi
(Hutang dengan kadar faedah yang tinggi seperti kad kredit, pinjaman sewa beli, pinjaman peribadi) |
|
Bayaran balik pinjaman yang lain
(Contoh: pinjaman rumah, pinjaman kereta) |
|
Insurans | |
PERBELANJAAN BIASA: | |
Bil utiliti | |
Barangan dapur | |
Perbelanjaan lain untuk makanan
(e.g. makanan bungkus, snek, kopi, makan di restoran, dan sebagainya) |
|
Pengangkutan harian
(Duit petrol, parkir, tol) |
|
Telefon & Internet | |
Kos berkaitan rumah
(contohnya fi perkhidmatan untuk apartmen, kos membaiki rumah, dan sebagainya) |
|
Pakaian | |
Perbelanjaan lain
(Contohnya gimnasium, kursus, langganan penstriman TV, dan lain-lain) |
|
JUMLAH PERBELANJAAN: |
Langkah 3: Bandingkan pendapatan bersih anda dengan jumlah perbelanjaan anda
Adakah jumlah perbelanjaan anda lebih daripada pendapatan bersih anda?
Jika jawapannya ya, anda mungkin sudah mula terjerumus dalam kancah hutang. Cari jalan untuk kurangkan ‘kehendak’ anda’.
Jika jawapannya tidak, maknanya anda mampu menyimpan sedikit wang setiap bulan. Fikirkan tujuan simpanan anda untuk jangka panjang.
Untuk maklumat lanjut, baca semula Langkah 2 & 3 Merancang Belanjawan dan baca artikel kami yang lain tentang simpanan dan pelaburan!