Ringkasan
1) Kenali diri
Sebelum anda mula merancang belanjawan anda, ambil sedikit masa untuk memerhatikan dan merekodkan pendapatan, perbelanjaan dan tabiat berbelanja anda sekarang.
Ambil perhatian tentang perkara berikut:
- Aset – benda bernilai yang anda miliki seperti kereta, motosikal, komputer, dan lain-lain.
- Liabiliti – apa yang anda berhutang kepada orang lain, contohnya pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, bil yang belum dibayar, dan lain-lain.
2) Tetapkan keutamaan anda (keperluan & kehendak)
Bezakan antara apa yang anda perlu dan apa yang anda mahu. Keperluan anda tentulah lebih penting daripada kehendak anda. Kenal pasti 3 matlamat anda yang paling utama, contohnya perancangan persaraan, duit muka untuk membeli rumah dan simpanan kecemasan.
3) Rancang belanjawan anda
Lihat perbelanjaan semasa anda dan cuba fikirkan bagaimana anda boleh berjimat serta kenal pasti item yang sebenarnya tidak diperlukan. Pada masa yang sama, kenal pasti perbelanjaan apa yang perlu diutamakan, seperti melangsaikan hutang kad kredit atau membeli insurans perubatan.