• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Menguruskan Hutang

      Apa Lagi Yang Anda Perlu Tahu Tentang Moratorium Pinjaman?

      • Dihasilkan oleh Multiply
      • Kategori Menguruskan Hutang
      • Tarikh Februari 17, 2021
      What Else Do You Need to Know About the Loan Moratorium? 1 - Multiply - Tackling Debt

      Sejak moratorium pinjaman yang automatik dan menyeluruh telah tamat pada September 2020, pihak bank menawarkan bantuan bersasar kepada warga Malaysia yang masih memerlukan bantuan untuk membayar balik pinjaman mereka disebabkan hilang punca pendapatan atau pendapatan mereka terjejas.

      Pada 18 Januari 2021, bank juga mengumumkan bahawa mereka yang terkesan akibat banjir yang berlaku di beberapa tempat di Malaysia baru-baru ini serta akibat pelaksanaan PKP 2.0 juga layak menerima bantuan bayaran balik pinjaman.

      Berikut maklumat terkini tentang jenis-jenis bantuan bayaran balik yang disediakan, dan kategori orang yang layak menerimanya:

      Siapa yang terkesan? Apa yang anda boleh dapat?
      Mangsa kejadian banjir baru-baru ini ● Moratorium pinjaman dilanjutkan lagi sehingga 6 bulan; atau

      ● Penangguhan ansuran pinjaman dengan penepian caj bayaran lewat

      Peminjam yang hilang pekerjaan dalam tahun 2020 atau 2021 ● Penangguhan ansuran pinjaman, tempoh pinjaman dipanjangkan atau jumlah bayaran ansuran bulanan dikurangkan selama 3 bulan.
      Individu bekerja yang pendapatannya terjejas akibat pandemik Covid-19 ● Jumlah bayaran ansuran yang lebih rendah

      ● Jika anda seorang individu penjana pendapatan dalam kumpulan pertengahan 40% (M40) yang merupakan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), kini anda hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri kehilangan pendapatan. Sebelum ini anda perlu menunjukkan bukti kehilangan pendapatan kepada bank anda.

      Penjana pendapatan dalam kumpulan 40% paling rendah (B40) yang telah mendaftar dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)  

      ● Penangguhan bayaran ansuran selama 3 bulan; atau

      ● Pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50% untuk tempoh 6 bulan

      Syarat-syarat:

      • Bantuan bayaran balik hanya terpakai untuk pinjaman yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020.
      • Bayaran ansuran pinjaman anda tidak tertunggak untuk lebih daripada 90 hari pada masa anda membuat permohonan untuk bantuan bayaran balik.

      Selain daripada syarat-syarat di atas, peminjam lain yang tidak tergolong dalam kategori-kategori di atas tetapi mengalami kesukaran untuk membayar balik pinjaman mereka masih boleh menghubungi bank masing-masing untuk membincangkan pelan bayaran balik yang lain mengikut keperluan khusus mereka.

      Bagaimana moratorium/bantuan bayaran balik akan memberi kesan terhadap pinjaman anda?

      • Jika anda mengambil moratorium atau pelan bayaran balik yang baru, anda tak akan dikenakan fi bayaran lewat.
      • Untuk pinjaman kadar faedah rata seperti pinjaman sewa beli atau pinjaman peribadi, anda tak akan dikenakan faedah tambahan. Walau bagaimanapun, tempoh pinjaman anda akan dilanjutkan.
      • Untuk pinjaman baki berkurangan (seperti pinjaman perumahan atau gadai janji), anda akan dikenakan faedah terakru sepanjang tempoh moratorium atau bantuan bayaran balik tersebut. Anda mungkin perlu melanjutkan tempoh pinjaman anda untuk tujuan melangsaikan faedah tambahan.

      Berikut beberapa soalan berguna yang anda boleh tanya kepada bank anda:

      • Berapa jumlah bayaran ansuran bulanan saya yang baru?
      • Bila bayaran ansuran saya yang baru akan bermula?
      • Untuk berapa lama tempoh pinjaman saya akan dilanjutkan?
      • Berapa banyak faedah atau keuntungan tambahan yang saya perlu bayar?
      • Adakah saya perlu membuat bayaran tambahan sekaligus pada hujung tempoh bantuan bayaran balik atau pada hujung tempoh pinjaman?
      • Apa yang perlu saya lakukan jika pendapatan saya masih terjejas selepas bantuan yang diberikan tamat?

      Sumber: Bank Negara Malaysia

      Apa yang anda perlu tahu?

      Dengan memanjangkan tempoh pinjaman anda, secara keseluruhannya anda akan membayar jumlah wang yang lebih, walaupun bayaran ansuran bulanan anda akan jadi lebih rendah. Jadi, jika anda masih mampu membayar ansuran anda seperti biasa, mungkin lebih baik anda pilih untuk kekal dengan pelan bayaran balik yang sama untuk mengelakkan pertambahan jumlah hutang dalam jangka masa panjang.

      Tapi jika anda hilang pekerjaan dan mengalami kesusahan untuk membayar balik pinjaman anda, pertimbangkan untuk tangguhkan bayaran ansuran anda.

      Kalau anda mengalami pemotongan gaji, anda mungkin boleh menangguhkan bayaran ansuran pinjaman anda melalui salah satu cara di bawah:

      • Mengurangkan bayaran ansuran bulanan anda
      • Hanya membayar faedah/keuntungan untuk tempoh yang tertentu
      • Bertukar kepada kemudahan lain seperti pinjaman bertempoh untuk kad kredit

      Jika anda menerima bantuan bayaran balik bersasar dalam tempoh ini, laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS) anda tak akan terjejas. Jadi, kalau anda risau tentang skor kredit andaanda, anda boleh rasa selamat di bawah moratorium pinjaman, asalkan anda menghubungi bank anda dan kedua-dua pihak mempersetujui satu pelan yang baru.

      Ingat, jika anda gagal membayar balik pinjaman anda tanpa menghubungi bank atau peminjam anda, anda akan menanggung akibat seperti skor kredit yang terjejas, fi dan penalti, tarik balik pemilikan, malah tindakan undang-undang juga!

      Pada waktu artikel ini ditulis, anda masih boleh menghubungi bank anda untuk membincangkan pelan bantuan sehingga 30 Jun 2021.

      Bagaimana kalau anda tak termasuk dalam mana-mana kategori ini atau tak dapat penuhi syarat-syarat yang dikenakan?

      Jika anda perlukan nasihat tentang pilihan lain yang boleh diterokai, hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

      Jika anda ingin memohon bantuan bayaran balik dan mahu bank anda menghubungi anda, atau anda ingin membuat aduan tentang pelan bantuan bayaran balik yang ditawarkan oleh bank anda, anda boleh hubungi BNMTELELINK melalui bnm.my/RASurvey.

      Berminat untuk mengurangkan jumlah pinjaman anda tetapi mengalami kesukaran untuk menguruskan kewangan? Mungkin anda boleh mendapat manfaat daripada panduan merancang belanjawan kami.

      Untuk memahami bagaimana jenis pinjaman akan memberi kesan kepada kadar faedah efektif yang dikenakan, sila baca panduan kami tentang kadar faedah efektifes. Guna kalkulator faedah efektif kami untuk mengira efektif pinjaman anda.

      Kalau anda risau yang anda tak mampu nak bayar ansuran bulanan selepas moratorium berakhir, pertimbangkan sama ada anda perlu mengubah pelan bayaran balik pinjaman anda untuk mengelakkan skor kredit yang buruk pada masa hadapan.

      Tag:Menguruskan Hutang

      Kongsikannya:


      User Avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Patut Ke Anda Ambil Insurans Banjir untuk Kereta Anda?
      Februari 17, 2021

      Seterusnya

      Lima langkah untuk memfailkan cukai anda
      Mac 3, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      Pawnbroking-
      Pajak Gadai: Apa Patut Anda Tahu?
      8 September, 2024
      Debt Avalanche Feature Image
      Bagaimana Untuk Melangsaikan Hutang Anda Menggunakan Kaedah “Debt Avalanche”
      20 Julai, 2023
      Recover-after-pandemicENG
      4 Cara Untuk Memulihkan Kedudukan Kewangan Anda Selepas Pandemik
      8 Februari, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      03Mac2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      04Okt2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      01Okt2024

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Mengenali Scams

      Panduan terkini

      Multiply Guides: How To Read Your Payslip & Why Is It Important?

      Panduan Multiply: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

        newsletter-subscribe-multiply

        logo-multiply-learn-investing-for-free

        hello@multiply.org.my

        Maklumat

        • Laman Utama
        • Blog
        • Tentang Kami
        • Hubungi

        Kategori

        • Merancang Belanjawan
        • Simpanan & Pelaburan
        • Menguruskan Hutang
        • Membeli Kenderaan

        Kategori

        • Membeli Rumah
        • Insurans
        • Persaraan
        • Semua Panduan

        Instagram Feed

        🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web 🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web Multiply yang serba baharu!Kami sedang mencari rakyat Malaysia yang berumur 20-35 tahun untuk menguji laman web terbaharu kami.💡Akses awal💬 Maklum balas jujur📈 Bantu kami tambah baikTap pada link di bio untuk mendaftar sekarang!- - - - - -🚨Be the first to experience the all-new Multiply page!We’re looking for testers aged 20-35 to try our new website and tell us what you think.💡Early access💬 Honest feedback📈 Real impactTap the link in our bio to sign up now!#Finance #PersonalFinance #financialliteracy #Testers #Multiply
        ✨ 2025, we see you! ✨ Selamat Tahun Baru, Mul ✨ 2025, we see you! ✨Selamat Tahun Baru, Multipliers! 🎉 Here’s to leveling up, smashing goals, and keeping that duit game strong 💸🔥New year, new vibes, but still the same Multiply fam ready to support you every step of the way. 💪What’s your big goal for 2025? 👀 Drop it in the comments—let’s make it happen together! 🚀#MultiplyMY #NewYearVibes #2025HereWeCome
        As 2024 wraps up, let's look back at all we accomp As 2024 wraps up, let's look back at all we accomplished together, Multipliers! 🎉From our top 5 articles to the most popular tools on our site—korang memang power! 💪 THANK YOU for an amazing year 🫶Psst... 2025 is bringing something HUGE 🤫 Stay tuned and hold on to that hype! 🚀#MultiplyMY #MultiplyWrapped #2025Excitement
        We’re focused on enhancing your experience and b We’re focused on enhancing your experience and bringing you exciting updates tailored just for you.Stay tuned—we can’t wait to share what’s coming next!If you have any questions or need assistance in the meantime, feel free to reach out to us at hello@creador-foundation.com. Thank you for your support—we’re excited to reveal what we’ve been working on soon!

        Multiply by Creador Foundation.

        • Privasi
        • Terma
        • Peta laman

        Facebook Google

        Log masuk dengan akaun laman anda

        13 − nine =

        Lupa kata laluan anda?

        Belum jadi ahli? Daftar sekarang

        Daftar akaun baru

        five × one =

        Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

        popup

        scam quiz_types of scams

         

        Uji pengetahuan korang tentang scam dan tengok korang boleh kalahkan scammer ke tak! Adakah anda level Budak Terer, Budak Standard, atau Budak Baru?

        Dah sedia untuk jawab kuiz? Klik "Mulakan Kuiz" kat bawah!

        1. 
        Ok, jom kita mula! Kekasih online korang (yang korang tak pernah jumpa depan-depan) bagitau yang dia ada hantar satu barang kat korang. Tapi korang kena bayar caj pelepasan di laman web “Kastam” untuk menuntutnya. Korang akan bayar ke tak?

        2. 
        Korang terima pautan dalam e-mel dari bank yang mintak korang set balik kata laluan sebab ada orang cuba hack akaun korang. Apa tindakan korang?

        3. 
        Pegawai penyiasat telefon dan bagitahu maklumat peribadi korang telah digunakan dalam aktiviti pengubahan wang haram. Jika tak nak dilanda masalah, korang kena bayar denda RM10,000 ke bank akaun.

        4. 
        Sebuah syarikat di Jakarta mendesak korang untuk melabur dengan segera, tapi takde maklumat lengkap mengenai diorang kat dalam talian. Jadi, nak melabur ke tak?

        5. 
        Seorang penganjur meminta derma daripada anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir, malah menunjukkan gambar individu yang terlibat. Patut derma atau tidak?

        6. 
        Ada orang dalam group WhatsApp menawarkan pekerjaan sambilan dengan gaji sebanyak RM5,000, tapi korang kena bayar wang pendahuluan dulu. Apa tindakan korang?

        7. 
        Ada pihak nak sewa bank akaun anda dengan harga RM500 untuk setiap transaksi yang dibuat. Nak ke tak?

        8. 
        Korang dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali, tetapi suaranya macam bos korang. Dia minta korang transfer RM10,000 ke akaun yang tak dikenali. Korang transfer tak?

        9. 
        Seorang peniaga di Mudah.my sedang menjual telefon bimbit yang baru dilancarkan dengan diskaun 90%. Tapi, korang buat bayaran segera kerana terdapat pembeli lain yang berminat. Apa yang akan korang buat?

        10. 
        Iklan di Instagram telah mempromosikan agensi perkhidmatan membersihkan rumah yang murah. Apabila korang menghubungi agensi tersebut, agensi tu minta korang buat tempahan melalui aplikasi APK khas yang perlu dimuat turun. Patutkah korang muat turun aplikasi APK tersebut?

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Ambil kuiz kami!



        Apakah personaliti kewangan Anda?

        Terbaru


        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apakah personaliti Kewangan Anda?

        Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

        1. It's the end of the month, you are thinking...

        2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….

        3. So you crashed your car and it's going to cost RM1,000 to fix, you

        4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…

        5. After months of saving (see "sikit -sikit, lama-lama jadi bukit" really is true), you've got cash sitting in the bank. You then

        6. You're buying a new car (yes, imagine away - Toyota, Proton, or BMW). You take

        7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

        1. 
        Bagaimana anda memperoleh pendapatan?

        2. 
        Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?

        3. 
        Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?

        4. 
        Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?

        5. 
        Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?

        6. 
        If you're taking money from your EPF account during the MCO/CMCO (under i-Lestari), how are you using it?

        7. 
        Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:

        8. 
        Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?

        9. 
        Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?

        10. 
        Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?

        11. 
        How do you think you'll manage your money in 2021?

        12. 
        Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?

        13. 
        Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:

        14. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:

        15. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?

        clock.png

        Time's up