• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Menguruskan Hutang

      Pajak Gadai: Apa Patut Anda Tahu?

      • Dihasilkan oleh Multiply
      • Kategori Menguruskan Hutang, Merancang Belanjawan
      • Tarikh September 8, 2024
      Pawnbroking: What Should You Know? 1 - Multiply - Tackling Debt, Planning & Budgeting

      Dengan keadaan ekonomi yang sering kembang kuncup dan masa depan kewangan yang penuh dengan ketidakpastian, ramai antara kita yang sukar meneruskan kehidupan. Sama ada ia kehilangan pekerjaan, pengurangan pendapatan, atau perlukan belanja kecemasan, mendapatkan wang tunai segera boleh menjadi sesuatu yang sukar.

      Menambahkan hutang baru mungkin salah satu cara untuk meneruskan hidup. Tetapi, perlukah kita membuat permohonan pinjaman dari bank atau haruskah kita ke pajak gadai?

      Jom kita pelajari lebih lanjut tentang pajak gadai, untuk menilai sama ada ia cara yang terbaik untuk mendapatkan pinjaman wang. 

      Apakah pajak gadai dan macam mana cara operasinya?


      Aktiviti pajak gadai dikawal selia oleh Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Pemegang pajak gadai melakukan dua perkara: Membeli barang berharga anda atau menawarkan pinjaman berasaskan cagaran. Pinjaman berasaskan cagaran bermaksud anda diberikan pinjaman wang yang ditukarkan dengan barang berharga yang anda miliki sebagai cagaran sekiranya anda tak dapat bayar balik pinjaman wang itu.

      Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendapatkan pinjaman berasaskan cagaran daripada kedai pajak gadai:

      1. Ambil barang berharga anda, seperti barang kemas, dan bawa ke kedai pajak gadai.
      2. Pemegang pajak gadai menilai barang anda.
      3. Pemegang pajak gadai menawarkan anda satu pinjaman (dengan faedah).
      4. Anda ambil pinjaman itu dan tinggalkan barang anda di kedai pajak gadai tersebut (Mereka akan berikan anda satu slip pajak gadai yang mengandungi butiran tentang barang anda, jumlah pinjaman dan butiran peribadi anda).
      5. Bayar pinjaman berserta faedah dan setelah itu anda boleh ambil balik barang berharga anda.

      Apa yang boleh anda pajak gadai?


      Kebanyakan kedai pajak gadai menerima emas. Tapi ada juga kedai pajak gadai yang menerima barangan lain seperti jam tangan mewah dan beg tangan mewah, telefon bimbit dan komputer riba. Anda disarankan membuat pertanyaan dulu dengan kedai pajak gadai tentang barangan apa yang mereka boleh terima.

      Perkara untuk dipertimbangkan

      • Hanya pergi ke kedai pajak gadai yang berlesen. Semua kedai pajak gadai dikehendaki mempamerkan lesen mereka. Lihat di sini untuk senarai kedai pajak gadai yang berlesen.
      • Inisiatif Jumlah pinjaman maksimum yang boleh didapati daripada kedai pajak gadai ialah RM10,000 dengan kadar faedah rata maksima 2% sebulan atau 24% setahun. Jika ada kedai pajak gadai yang mengenakan faedah lebih tinggi, itu sudah menyalahi undang-undang..
      • Selalunya, pinjaman diberi untuk tempoh sehingga 6 bulan. Anda boleh pilih untuk membuat bayaran balik secara bulanan atau apabila tempoh 6 bulan itu tamat.
        • Kalau anda tak dapat bayar balik pinjaman anda dalam tempoh 6 bulan pertama, anda boleh dapatkan tempoh lanjutan. Tak ada tempoh lanjutan maksimum, tapi tempoh ini perlu dipersetujui antara anda dengan pemegang pajak gadai anda. Anda mungkin terpaksa bayar sedikit kos tambahan, seperti kos faedah yang anda berhutang atau fi pemprosesan.
        • Kalau anda masih tak boleh langsaikan hutang selepas tempoh pinjaman anda tamat, barang yang anda cagarkan akan menjadi milik kedai pajak gadai itu.
        • Untuk barang bernilai lebih daripada RM200, pemegang pajak gadai sepatutnya mengadakan acara lelong untuk menjual barang anda. Kalau wang yang diperoleh daripada jualan itu lebih daripada jumlah pinjaman anda, bakinya sepatutnya dipulangkan kepada anda.
      • Pastikan anda terima slip pajak gadai, semak yang butirannya betul dan simpan di tempat yang selamat. Slip pajak gadai ini ialah bukti yang anda telah mencagarkan barang berharga anda, dan anda akan perlukan slip ini untuk mendapatkannya semula.
        • Kalau anda lanjutkan tempoh pinjaman, pastikan lanjutan tempoh pinjaman itu direkodkan dalam buku pemegang pajak gadai tersebut dan juga di atas slip anda. Kalau anda terlupa untuk pastikan slip anda dan rekod pemegang pajak gadai sudah dikemaskinikan, lanjutan tempoh itu tidak sah dan anda akan dikira sudah terlepas tarikh luput pinjaman anda.
      • Kedai pajak gadai akan meletakkan nilai barang anda lebih rendah daripada nilainya yang sebenar. Ini dilakukan untuk mengambil kira kos faedah yang kemungkinan anda tak akan bayar.
      • Barang anda mungkin mengalami kerosakan apabila anda mengambilnya semula. Kami pernah dengar ada kes barang yang dipulangkan rosak, ataupun berat emas yang dipulangkan kurang daripada berat asal semasa ia diserahkan sebagai cagaran. Jadi jangan lupa periksa barang anda betul-betul!

      Terdapat juga pajak gadai yang patuh Shariah. Untuk Muslim yang ingin mengelakkan riba, pajak gadai patuh Shariah, atau dikenali sebagai Ar-Rahnu, wujud sebagai satu alternatif. Dengan tidak membuat pembayaran riba, anda hanya akan membayar upah simpan, demi memastikan bahawa barangan berharga anda dipulangkan dalam keadaan selamat.

      Ia berbeza dengan kedai pajak gadai konvensional dengan ciri-ciri ini:

      1. Tak ada faedah dikenakan, jadi anda hanya bayar jumlah yang anda pinjam
      2. Terdapat fi penjagaan yang dikenakan untuk menyimpan barang berharga anda. Dalam kes tertentu, apabila barang anda dipulangkan, mungkin terdapat sedikit kerosakan. Fi penjagaan ini adalah untuk memastikan tiada kerosakan yang berlaku kepada barang anda.

      Perbandingan antara pajak gadai dengan pinjaman peribadi dan kad kredit

      Sumber pinjaman Pemegang Pajak Gadai Kad Kredit Pinjaman Peribadi
      Jumlah pinjaman (RM) 5,000 5,000 5,000
      Tempoh pinjaman 1 tahun 1 tahun 1 tahun
      Kadar faedah setahun % 24 18 10
      Kadar faedah efektif % 50.57* 18 19.43*
      Memberi kesan kepada skor kredit anda Tidak Ya Ya

      *Kadar berdasarkan kalkulator Kadar Faedah Efektif kami

      Kelebihan dan kekurangan pajak gadai


      Walaupun pajak gadai mengenakan kos faedah yang paling tinggi, terdapat beberapa kelebihan menggunakannya:

      1. Kalau anda tak dapat membayar balik pinjaman, paling teruk pun anda akan kehilangan barang berharga yang anda cagar. Tapi, untuk kad kredit dan pinjaman peribadi, penalti faedah akan terus bertambah.
      2. Kalau anda tak bayar balik pinjaman, skor kredit anda tak akan terjejas.
      3. Anda tak perlu buat bayaran bulanan dan boleh pilih untuk membuat bayaran balik pada hujung tempoh pinjaman.
      4. Anda tak perlu tunjukkan slip gaji atau dokumen lain yang selalunya diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi dan kad kredit.

      Sebelum anda teruskan niat untuk pajak gadai barang berharga anda, anda perlu sedar tentang kekurangan pajak gadai, iaitu:

      1. Kadar faedah untuk pajak gadai lebih dua kali ganda tingginya berbanding pinjaman peribadi, jadi ia adalah kaedah yang paling mahal untuk meminjam wang.
      2. Kalau anda gunakan pajak gadai sebagai cara untuk menampung gaya hidup anda, ini boleh menyebabkan anda menggadai semua barang berharga anda dan akhirnya tiada apa lagi yang tinggal.
      3. Kedai pajak gadai akan memberi pinjaman kepada anda tanpa mengambil kira keadaan kewangan anda. Kalau anda tak mampu membayar balik pinjaman, akhirnya anda akan kehilangan barang berharga anda.

      Apa pilihan yang anda ada kalau perlukan wang tunai?


      Kedai pajak gadai hanya patut dikunjungi jika anda terdesak untuk mendapatkan wang tunai tapi tak dapat nak ambil pinjaman kerana skor kredit anda tak elok. Anda masih ada pilihan lain, iaitu:

      • Pertimbangkan menjual barang berharga anda supaya anda tidak perlu bayar apa-apa faedah.
      • Gunakan kad kredit anda kalau anda menghadapi masalah kewangan jangka pendek dan anda pasti yang anda boleh bayar balik hutang kad kredit itu. Faedah yang dikenakan oleh kad kredit lebih rendah berbanding faedah pinjaman pajak gadai.
      • Dapatkan pinjaman peribadi kalau anda menghadapi masalah kewangan jangka panjang dan anda tak pasti bila anda akan dapat mengatasi masalah itu.

      Tambahan pula, kini telah wujud perkhidmatan pajak gadai digital, membolehkan anda melakukannya secara dalam talian. Platform ini menawarkan kemudahan dan boleh menawarkan kadar bayar balik pinjaman yang lebih kompetitif dan tempoh pemprosesan yang lebih pantas.

      Namun, pastikan anda berhati-hati dengan pajak gadai yang tidak berlesan bila berurusan secara dalam talian. Pastikan anda mengesahkan lesen dan reputasi sesebuh pajak gadau sebelum anda berurusan dengan mereka.

      Tag:Menguruskan Hutang, pajak gadai, gold

      Kongsikannya:


      User Avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Nak Skip Uni Untuk Jadi The Next Khairul Aming? Baca Ni
      September 8, 2024

      Seterusnya

      Jangan Kurang: Ini Gaji Paling Sikit Yang Anda Sepatutnya Dapat
      September 19, 2024

      Anda Mungkin Berminat

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      3 Mac, 2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      4 Oktober, 2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      1 Oktober, 2024

      Cari

      Artikel Terkini

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      03Mac2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      04Okt2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      01Okt2024

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Mengenali Scams

      Panduan terkini

      Multiply Guides: How To Read Your Payslip & Why Is It Important?

      Panduan Multiply: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

        newsletter-subscribe-multiply

        logo-multiply-learn-investing-for-free

        hello@multiply.org.my

        Maklumat

        • Laman Utama
        • Blog
        • Tentang Kami
        • Hubungi

        Kategori

        • Merancang Belanjawan
        • Simpanan & Pelaburan
        • Menguruskan Hutang
        • Membeli Kenderaan

        Kategori

        • Membeli Rumah
        • Insurans
        • Persaraan
        • Semua Panduan

        Instagram Feed

        🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web 🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web Multiply yang serba baharu!Kami sedang mencari rakyat Malaysia yang berumur 20-35 tahun untuk menguji laman web terbaharu kami.💡Akses awal💬 Maklum balas jujur📈 Bantu kami tambah baikTap pada link di bio untuk mendaftar sekarang!- - - - - -🚨Be the first to experience the all-new Multiply page!We’re looking for testers aged 20-35 to try our new website and tell us what you think.💡Early access💬 Honest feedback📈 Real impactTap the link in our bio to sign up now!#Finance #PersonalFinance #financialliteracy #Testers #Multiply
        ✨ 2025, we see you! ✨ Selamat Tahun Baru, Mul ✨ 2025, we see you! ✨Selamat Tahun Baru, Multipliers! 🎉 Here’s to leveling up, smashing goals, and keeping that duit game strong 💸🔥New year, new vibes, but still the same Multiply fam ready to support you every step of the way. 💪What’s your big goal for 2025? 👀 Drop it in the comments—let’s make it happen together! 🚀#MultiplyMY #NewYearVibes #2025HereWeCome
        As 2024 wraps up, let's look back at all we accomp As 2024 wraps up, let's look back at all we accomplished together, Multipliers! 🎉From our top 5 articles to the most popular tools on our site—korang memang power! 💪 THANK YOU for an amazing year 🫶Psst... 2025 is bringing something HUGE 🤫 Stay tuned and hold on to that hype! 🚀#MultiplyMY #MultiplyWrapped #2025Excitement
        We’re focused on enhancing your experience and b We’re focused on enhancing your experience and bringing you exciting updates tailored just for you.Stay tuned—we can’t wait to share what’s coming next!If you have any questions or need assistance in the meantime, feel free to reach out to us at hello@creador-foundation.com. Thank you for your support—we’re excited to reveal what we’ve been working on soon!

        Multiply by Creador Foundation.

        • Privasi
        • Terma
        • Peta laman

        Facebook Google

        Log masuk dengan akaun laman anda

        nineteen + 6 =

        Lupa kata laluan anda?

        Belum jadi ahli? Daftar sekarang

        Daftar akaun baru

        2 × one =

        Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

        popup

        scam quiz_types of scams

         

        Uji pengetahuan korang tentang scam dan tengok korang boleh kalahkan scammer ke tak! Adakah anda level Budak Terer, Budak Standard, atau Budak Baru?

        Dah sedia untuk jawab kuiz? Klik "Mulakan Kuiz" kat bawah!

        1. 
        Ok, jom kita mula! Kekasih online korang (yang korang tak pernah jumpa depan-depan) bagitau yang dia ada hantar satu barang kat korang. Tapi korang kena bayar caj pelepasan di laman web “Kastam” untuk menuntutnya. Korang akan bayar ke tak?

        2. 
        Korang terima pautan dalam e-mel dari bank yang mintak korang set balik kata laluan sebab ada orang cuba hack akaun korang. Apa tindakan korang?

        3. 
        Pegawai penyiasat telefon dan bagitahu maklumat peribadi korang telah digunakan dalam aktiviti pengubahan wang haram. Jika tak nak dilanda masalah, korang kena bayar denda RM10,000 ke bank akaun.

        4. 
        Sebuah syarikat di Jakarta mendesak korang untuk melabur dengan segera, tapi takde maklumat lengkap mengenai diorang kat dalam talian. Jadi, nak melabur ke tak?

        5. 
        Seorang penganjur meminta derma daripada anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir, malah menunjukkan gambar individu yang terlibat. Patut derma atau tidak?

        6. 
        Ada orang dalam group WhatsApp menawarkan pekerjaan sambilan dengan gaji sebanyak RM5,000, tapi korang kena bayar wang pendahuluan dulu. Apa tindakan korang?

        7. 
        Ada pihak nak sewa bank akaun anda dengan harga RM500 untuk setiap transaksi yang dibuat. Nak ke tak?

        8. 
        Korang dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali, tetapi suaranya macam bos korang. Dia minta korang transfer RM10,000 ke akaun yang tak dikenali. Korang transfer tak?

        9. 
        Seorang peniaga di Mudah.my sedang menjual telefon bimbit yang baru dilancarkan dengan diskaun 90%. Tapi, korang buat bayaran segera kerana terdapat pembeli lain yang berminat. Apa yang akan korang buat?

        10. 
        Iklan di Instagram telah mempromosikan agensi perkhidmatan membersihkan rumah yang murah. Apabila korang menghubungi agensi tersebut, agensi tu minta korang buat tempahan melalui aplikasi APK khas yang perlu dimuat turun. Patutkah korang muat turun aplikasi APK tersebut?

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Ambil kuiz kami!



        Apakah personaliti kewangan Anda?

        Terbaru


        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apakah personaliti Kewangan Anda?

        Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

        1. It's the end of the month, you are thinking...

        2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….

        3. So you crashed your car and it's going to cost RM1,000 to fix, you

        4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…

        5. After months of saving (see "sikit -sikit, lama-lama jadi bukit" really is true), you've got cash sitting in the bank. You then

        6. You're buying a new car (yes, imagine away - Toyota, Proton, or BMW). You take

        7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

        1. 
        Bagaimana anda memperoleh pendapatan?

        2. 
        Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?

        3. 
        Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?

        4. 
        Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?

        5. 
        Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?

        6. 
        If you're taking money from your EPF account during the MCO/CMCO (under i-Lestari), how are you using it?

        7. 
        Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:

        8. 
        Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?

        9. 
        Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?

        10. 
        Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?

        11. 
        How do you think you'll manage your money in 2021?

        12. 
        Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?

        13. 
        Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:

        14. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:

        15. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?

        clock.png

        Time's up