• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Insurans

      Patut Ke Anda Ambil Insurans Banjir untuk Kereta Anda?

      • Dihasilkan oleh Multiply
      • Kategori Insurans
      • Tarikh Februari 10, 2021
      Should You Get Flood Insurance for Your Car? 1 - Multiply - Insurance

      Bila anda membeli kereta, anda diwajibkan untuk mengambil perlindungan insurans. Polisi insurans motor yang biasa selalunya akan menanggung kos membaiki kereta atau memberi gantirugi kepada anda sekiranya berlaku kemalangan, kecurian atau kebakaran.

      Kita tahu bahawa beberapa buah negeri di Malaysia telah mengalami banjir yang agak teruk baru-baru ini. Anda mungkin tak sedar bahawa kebanyakan polisi insurans motor tak akan secara automatik menanggung kos pembaikian jika kereta anda mengalami kerosakan akibat bencana alam, seperti banjir!

      Jadi, kalau anda ingin mendapatkan perlindungan untuk kereta anda dalam situasi bencana alam dalam negara, terutamanya jika anda tinggal di kawasan yang kerap mengalami banjir, anda perlu membayar premium tambahan.

      Bagaimana perlindungan tambahan dapat membantu anda dari segi kewangan?

      Apabila anda mengambil perlindungan tambahan untuk banjir, kenderaan anda akan dilindungi sekiranya berlaku banjir, pokok tumbang, atau angin taufan. Walaupun angin taufan tak selalu berlaku di Malaysia, anda tentu pernah dengar cerita tentang kereta yang rosak akibat banjir dan kejadian pokok tumbang yang menghempap kereta. Melainkan anda ada wang simpanan yang banyak untuk menangani kecemasan seperti ini, anda mungkin tak mampu menampung kos membaiki kereta anda atau paling teruk, anda mungkin tak ada lagi kenderaan untuk digunakan.

      Kalau anda mengambil insurans banjir, polisi anda akan menanggung apa-apa kos membaiki kenderaan anda atau wang gantirugi akan diberikan kepada anda sekiranya kereta anda sudah tidak dapat dibaiki.

      Tapi anda perlu ingat, polisi insurans selalunya mengandungi terma-terma khas yang perlu diikuti kalau anda mahu membuat tuntutan. Contohnya, kalau anda memandu dengan sengaja ke tempat yang sedang banjir atau anda meletakkan kereta anda di tempat selain daripada tempat letak kenderaan yang betul dan akibatnya kereta anda rosak disebabkan banjir, insurans anda tidak akan menanggung kos kerosakan sedemikian. Maksudnya, dalam situasi seperti itu, anda kena bayar sendiri kos membaiki kereta anda. Oleh itu, pastikan anda sentiasa letak kenderaan anda di tempat letak kenderaan yang sepatutnya dan bukan hanya di tepi jalan!

      Berapa kos membeli insurans banjir untuk kenderaan anda?

      Pada masa sekarang, harga untuk pertambahan perlindungan banjir ialah 0.25%-0.3% daripada nilai kenderaan anda diinsuranskan. Contohnya, kalau kenderaan anda diinsuranskan untuk RM50,000, perlindungan banjir akan berharga RM150 (pada 0.3%), sebagai tambahan kepada kos premium insurans kenderaan yang biasa. Jadi kalau anda biasanya membayar RM1,500, jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar ialah RM1,650 bagi mendapatkan perlindungan tambahan untuk banjir.

      Anda perlu faham, apabila anda membayar untuk mendapatkan perlindungan tambahan, ini tak mengubah nilai insurans untuk kenderaan anda. Ia hanya memperluaskan skop perlindungan untuk turut meliputi bencana alam seperti banjir. Jadi, nilai keseluruhan insurans kenderaan anda kekal pada RM50,000.

      Patut ke anda ambil perlindungan tambahan untuk banjir?

      Ramai orang tak ambil perlindungan tambahan untuk banjir kerana mereka rasa kawasan tempat tinggal dan sekelliling mereka jarang mengalami banjir. Tapi bencana alam selalunya tak dapat diduga dan dielakkan, jadi perlindungan tambahan boleh jadi sangat berguna untuk memastikan kenderaan anda sentiasa terlindung. Dengan adanya insurans banjir, kalau kereta anda tersangkut dalam banjir dan mengalami kerosakan, anda tak perlu keluarkan wang simpanan untuk menanggung kos membaiki kereta anda. Jadi, dengan adanya perlindungan tambahan, anda boleh mengelak daripada membayar kos membaiki kereta yang tinggi pada masa hadapan.

      Apa perkara yang anda perlu peka?

      Apa perkara yang anda perlu peka?Kebanyakan syarikat insurans akan mengenakan caj sebanyak 0.25%-0.3% daripada nilai keseluruhan insurans kereta anda. Jadi, pastikan anda membuat perbandingan untuk mendapatkan premium insurans yang sesuai dengan belanjawan anda dan yang dapat memberikan perlindungan yang terbaik.

      Apabila anda membandingkan polisi insurans, pastikan anda campurkan kedua-dua kos tambahan dan kos premium biasa. Bandingkan dengan apa yang anda mampu bayar supaya anda tetap patuh pada belanjawan anda!

      Pengambilan insurans dapat memberikan perlindungan kewangan jika sesuatu terjadi kepada anda atau harta-benda anda. Untuk belajar lebih lanjut tentang insurans, bacalah panduan kami dan kiriman blog di bawah:

      Membeli insurans motor dan membuat tuntutan

      Apa yang perlu dipertimbangkan apabila membeli insurans

      Pengenalan kepada Takaful

      Tag:Insurans

      Kongsikannya:


      User Avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Berhati-hati dengan Scam Pelaburan!
      Februari 10, 2021

      Seterusnya

      Apa Lagi Yang Anda Perlu Tahu Tentang Moratorium Pinjaman?
      Februari 17, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      mother housewife and married woman
      2 Inisiatif Setiap Suri Rumah dan Wanita Berkeluarga Perlu Pęka
      31 Mac, 2023
      car-g170fb26f6_1920 (1)
      Patut Ke Anda Ambil Insurans Banjir untuk Kereta Anda?
      13 Januari, 2022
      3-insurance-plans-you-need-to-get-now-to-protect-your-older-self
      3 Pelan Insurans Yang Anda Perlu Dapatkan Sekarang Untuk Lindungi Diri Anda Pada Hari Tua
      19 November, 2021

      Cari

      Artikel Terkini

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      03Mac2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      04Okt2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      01Okt2024

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Mengenali Scams

      Panduan terkini

      Multiply Guides: How To Read Your Payslip & Why Is It Important?

      Panduan Multiply: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

        newsletter-subscribe-multiply

        logo-multiply-learn-investing-for-free

        hello@multiply.org.my

        Maklumat

        • Laman Utama
        • Blog
        • Tentang Kami
        • Hubungi

        Kategori

        • Merancang Belanjawan
        • Simpanan & Pelaburan
        • Menguruskan Hutang
        • Membeli Kenderaan

        Kategori

        • Membeli Rumah
        • Insurans
        • Persaraan
        • Semua Panduan

        Instagram Feed

        🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web 🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web Multiply yang serba baharu!Kami sedang mencari rakyat Malaysia yang berumur 20-35 tahun untuk menguji laman web terbaharu kami.💡Akses awal💬 Maklum balas jujur📈 Bantu kami tambah baikTap pada link di bio untuk mendaftar sekarang!- - - - - -🚨Be the first to experience the all-new Multiply page!We’re looking for testers aged 20-35 to try our new website and tell us what you think.💡Early access💬 Honest feedback📈 Real impactTap the link in our bio to sign up now!#Finance #PersonalFinance #financialliteracy #Testers #Multiply
        ✨ 2025, we see you! ✨ Selamat Tahun Baru, Mul ✨ 2025, we see you! ✨Selamat Tahun Baru, Multipliers! 🎉 Here’s to leveling up, smashing goals, and keeping that duit game strong 💸🔥New year, new vibes, but still the same Multiply fam ready to support you every step of the way. 💪What’s your big goal for 2025? 👀 Drop it in the comments—let’s make it happen together! 🚀#MultiplyMY #NewYearVibes #2025HereWeCome
        As 2024 wraps up, let's look back at all we accomp As 2024 wraps up, let's look back at all we accomplished together, Multipliers! 🎉From our top 5 articles to the most popular tools on our site—korang memang power! 💪 THANK YOU for an amazing year 🫶Psst... 2025 is bringing something HUGE 🤫 Stay tuned and hold on to that hype! 🚀#MultiplyMY #MultiplyWrapped #2025Excitement
        We’re focused on enhancing your experience and b We’re focused on enhancing your experience and bringing you exciting updates tailored just for you.Stay tuned—we can’t wait to share what’s coming next!If you have any questions or need assistance in the meantime, feel free to reach out to us at hello@creador-foundation.com. Thank you for your support—we’re excited to reveal what we’ve been working on soon!

        Multiply by Creador Foundation.

        • Privasi
        • Terma
        • Peta laman

        Facebook Google

        Log masuk dengan akaun laman anda

        one × one =

        Lupa kata laluan anda?

        Belum jadi ahli? Daftar sekarang

        Daftar akaun baru

        2 × 4 =

        Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

        popup

        scam quiz_types of scams

         

        Uji pengetahuan korang tentang scam dan tengok korang boleh kalahkan scammer ke tak! Adakah anda level Budak Terer, Budak Standard, atau Budak Baru?

        Dah sedia untuk jawab kuiz? Klik "Mulakan Kuiz" kat bawah!

        1. 
        Ok, jom kita mula! Kekasih online korang (yang korang tak pernah jumpa depan-depan) bagitau yang dia ada hantar satu barang kat korang. Tapi korang kena bayar caj pelepasan di laman web “Kastam” untuk menuntutnya. Korang akan bayar ke tak?

        2. 
        Korang terima pautan dalam e-mel dari bank yang mintak korang set balik kata laluan sebab ada orang cuba hack akaun korang. Apa tindakan korang?

        3. 
        Pegawai penyiasat telefon dan bagitahu maklumat peribadi korang telah digunakan dalam aktiviti pengubahan wang haram. Jika tak nak dilanda masalah, korang kena bayar denda RM10,000 ke bank akaun.

        4. 
        Sebuah syarikat di Jakarta mendesak korang untuk melabur dengan segera, tapi takde maklumat lengkap mengenai diorang kat dalam talian. Jadi, nak melabur ke tak?

        5. 
        Seorang penganjur meminta derma daripada anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir, malah menunjukkan gambar individu yang terlibat. Patut derma atau tidak?

        6. 
        Ada orang dalam group WhatsApp menawarkan pekerjaan sambilan dengan gaji sebanyak RM5,000, tapi korang kena bayar wang pendahuluan dulu. Apa tindakan korang?

        7. 
        Ada pihak nak sewa bank akaun anda dengan harga RM500 untuk setiap transaksi yang dibuat. Nak ke tak?

        8. 
        Korang dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali, tetapi suaranya macam bos korang. Dia minta korang transfer RM10,000 ke akaun yang tak dikenali. Korang transfer tak?

        9. 
        Seorang peniaga di Mudah.my sedang menjual telefon bimbit yang baru dilancarkan dengan diskaun 90%. Tapi, korang buat bayaran segera kerana terdapat pembeli lain yang berminat. Apa yang akan korang buat?

        10. 
        Iklan di Instagram telah mempromosikan agensi perkhidmatan membersihkan rumah yang murah. Apabila korang menghubungi agensi tersebut, agensi tu minta korang buat tempahan melalui aplikasi APK khas yang perlu dimuat turun. Patutkah korang muat turun aplikasi APK tersebut?

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Ambil kuiz kami!



        Apakah personaliti kewangan Anda?

        Terbaru


        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apakah personaliti Kewangan Anda?

        Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

        1. It's the end of the month, you are thinking...

        2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….

        3. So you crashed your car and it's going to cost RM1,000 to fix, you

        4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…

        5. After months of saving (see "sikit -sikit, lama-lama jadi bukit" really is true), you've got cash sitting in the bank. You then

        6. You're buying a new car (yes, imagine away - Toyota, Proton, or BMW). You take

        7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

        1. 
        Bagaimana anda memperoleh pendapatan?

        2. 
        Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?

        3. 
        Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?

        4. 
        Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?

        5. 
        Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?

        6. 
        If you're taking money from your EPF account during the MCO/CMCO (under i-Lestari), how are you using it?

        7. 
        Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:

        8. 
        Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?

        9. 
        Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?

        10. 
        Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?

        11. 
        How do you think you'll manage your money in 2021?

        12. 
        Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?

        13. 
        Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:

        14. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:

        15. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?

        clock.png

        Time's up