- Home
- Panduan kami
- Merancang Belanjawan
- Merancang belanjawan
Tip Berguna
Akhir sekali, beberapa tips penting pengurusan wang yang anda boleh gunakan:
-
Kewangan anda adalah tanggungjawab anda, dan anda harus yakin bahawa anda boleh memperbaikinya. Ingat: ANDA mampu mengawal keadaan, jadi jangan biarkan situasi kewangan anda ditentukan oleh faktor-faktor luaran.
-
Pastikan simpan wang setiap bulan, tidak kira walaupun amaun itu kurang. Apabila anda dapat berjaya mengurangkan sebarang perbelanjaan, terus simpankan wang ekstra itu dalam akaun bank yang ditetapkan khas untuk simpanan anda. Secara beransur-ansur, anda akan berjaya menyimpan sejumlah amaun yang boleh digunakan untuk keperluan anda.
-
Kadang kala, anda mungkin akan tersilap sangka dan mengkategorikan kehendak anda sebagai keperluan. Oleh itu, pastikan bersikap kritis semasa menilai perbelanjaan anda. Sebagai contoh, anda rasa teh tarik itu mesti ada ketika anda makan roti canai ketika sarapan, tapi sebenarnya anda boleh jimat banyak wang jika anda tidak memesan minuman!
-
Set matlamat anda agar bebas dari hutang. Hutang sebenarnya menyekat kebebasan kita. Hutang kad kredit, terutamanya, sangat berbahaya dan mesti dielakkan sehabis boleh.
Tiada jalan pintas untuk keluar daripada kesempitan kewangan, tapi proses menguruskan kewangan dengan mengenal pasti dan memotong perbelanjaan tertentu, melangsaikan hutang, dan menyimpan wang untuk masa depan akan menjadi sesuatu yang berharga buat diri kita, walaupun terpaksa mengharungi situasi kewangan yang buruk . Yang penting, anda perlu mengambil langkah pertama dan pergi ke tempat yang betul untuk mendapatkan bantuan.
-
Rancang untuk langsaikan semua pinjaman, terutamanya pinjaman rumah, sebelum anda bersara! Lebih mudah untuk melangsaikan pinjaman rumah terlebih dahulu berbanding melaburkan wang anda dan melangsaikan pinjaman rumah kemudian.
(Perakuan: Beberapa bahagian isi kandungan ini diinspirasikan oleh nasihat daripada Suze Orman.)




