• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Insurans

      Apa Skim Insurans Kerajaan Yang Boleh Anda Dapat?

      • Dihasilkan oleh Multiply
      • Kategori Insurans, Blog
      • Tarikh April 14, 2021
      What Government Insurance Schemes Can You Get? 1 - Multiply - Insurance, Blog

      Skim Insurans Kerajaan Malaysia: mySalam dan Perlindungan Tenang

      Krisis COVID-19 yang melanda telah menjadikan kita lebih sedar tentang kepentingan insurans. Jika anda mengalami penyakit yang serius, rawatan di hospital swasta akan menelan kos perbelanjaan yang tinggi. Walaupun perkhidmatan kesihatan awam lebih murah, ada jenis-jenis rawatan atau pembedahan tertentu yang tidak akan dibiayai oleh kerajaan, jadi dalam kes seperti ini anda masih perlu mengeluarkan wang untuk membayar kos rawatan di klinik atau hospital kerajaan. 

      Walaupun syarikat majikan anda ada menyediakan pelan insurans perubatan, ada kemungkinan anda masih perlu membiayai sebahagian daripada kos rawatan dengan duit anda sendiri. Jadi, kalau anda tidak ada insurans perubatan, anda mungkin terpaksa menanggung beban hutang untuk membiayai kos perubatan. 

      Kalau anda mempunyai keluarga yang bergantung kepada anda dari segi kewangan, anda harus membuat persediaan sekiranya apa-apa yang tak diingini berlaku kepada anda, contohnya jika anda hilang keupayaan untuk bekerja atau meninggal dunia. Untuk mendapatkan perlindungan dalam kes ini, anda perlu mengambil pelan insurans hayat. 

      Jika anda sebahagian daripada kumpulan pendapatan B40 dan tidak mampu membayar insurans perubatan atau hayat swasta, kerajaan Malaysia menawarkan dua skim untuk membantu: mySalam dan Perlindungan Tenang, yang disediakan oleh syarikat insurans dan Takaful. Ini direka bentuk untuk menyediakan perlindungan asas—dengan sedikit atau tanpa kos—untuk individu dan keluarga yang paling memerlukannya. 


      Apa itu mySalam and Perlindungan Tenang?

      mySalam Perlindungan Tenang
      mySalam ialah skim perubatan Takaful percuma untuk mereka yang mengalami penyakit kritikal. mySalam diberikan secara automatik kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang tergolong dalam salah satu kategori di bawah:

      Siapa yang layak mendapat mySalam?

      • Individu yang sudah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 65 tahun.
      • Individu bujang yang berumur antara 40 dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun (RM2,000 sebulan). 
      • Individu kurang upaya yang berumur antara 18 dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun (RM2,000 sebulan).
      Perlindungan Tenang ialah inisiatif insurans yang disokong kerajaan yang menawarkan pelan perlindungan yang mudah dan mampu milik untuk kumpulan B40. Ia termasuk pilihan insurans hayat, takaful dan am.

       


      Bagaimanakah mySalam atau Perlindungan Tenang berfungsi?

      mySalam Perlindungan Tenang
      • Kalau anda sudah berdaftar di bawah BSH dan telah menerima bantuan tunai BSH, anda sepatutnya sudah menerima pemberitahuan melalui SMS tentang perlindungan mySalam anda. Jika anda tidak menerima apa-apa pemberitahuan, anda boleh hantarkan e-mel kepada info@mysalam.com.my atau talian bantuan mySalam di 1-300-888-938. 
      • Skim ini hanya boleh digunakan di hospital kerajaan atau hospital universiti dan tentera yang diluluskan. Klik di sini untuk melihat senarai penuh hospital berkenaan. 
      • Hampir kesemua pelan Perlindungan Tenang boleh didapati secara dalam talian sepenuhnya atau melalui mana-mana agen berdaftar. Ada juga bank tertentu seperti Agrobank yang menjual pelan-pelan ini. Anda boleh dapatkan maklumat tentang di mana untuk mendapatkan pelan anda di sini. 
      • Semua pelan di bawah Perlindungan Tenang sepatutnya senang untuk difahami dengan proses tuntutan yang mudah. Selalunya, tuntutan akan diproses dan bayaran akan dibuat dalam masa 5 hari bekerja. 


      Apakah jenis perlindungan yang boleh anda dapat dari mySalam atau Perlindungan Tenang?

      mySalam Perlindungan Tenang
      • Perlindugan perubatan 
      • mySalam menyediakan bayaran tunai sekali bayar sebanyak RM8,000 sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana 45 penyakit kritikal serta bayaran RM50 sehari sehingga 14 hari setahun jika anda perlu dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan. 
      • Sekarang, pelan ini turut memberi perlindungan untuk COVID-19, jadi jika anda dimasukkan ke hospital, anda boleh membuat tuntutan RM50 sehari sehingga 14 hari. Anda juga boleh membuat tuntutan penyakit kritikal jika anda mengalami komplikasi kesihatan akibat COVID-19 yang membawa kepada mana-mana daripada 45 penyakit kritikal yang dilindungi oleh mySalam. 
      • Insurans hayat

      Jika anda mengambil pelan insurans hayat, tanggungan anda akan menerima sejumlah wang (bergantung kepada nilai perlindungan yang anda ambil) sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal. 

      Klik di sini untuk mendapatkan senarai penuh pelan insurans hayat di bawah Perlindungan Tenang.

       

      • Takaful Keluarga

      Takaful Keluarga ialah satu pelan insurans patuh Shariah yang membolehkan tanggungan anda menerima sejumlah wang sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal. 

      Klik di sini untuk melihat senarai penuh Pelan Takaful Keluarga di bawah Perlindungan Tenang.

      Baca panduan ini jika anda ingin faham lebih lanjut tentang Takaful dan perbezaannya dengan insurans konvensional.

       

      • Insurans am

      Pelan insurans am selalunya meliputi perlindungan bagi perkara seperti insurans kebakaran untuk rumah anda. Klik di sini untuk mendapatkan senarai penuh pelan insurans am di bawah Perlindungan Tenang.


      Berapa harga premium/caruman Takaful yang perlu dibayar?

      mySalam Perlindungan Tenang
      Percuma
      • Insurans Nyawa: Bermula daripada RM6 sehingga RM25 sebulan, dengan jumlah perlindungan daripada RM10,000 sehingga RM100,000. 
      • Pelan Takaful Keluarga: Daripada RM39 sehingga RM195 setahun dengan jumlah perlindungan antara RM7,500 dan RM40,000.
      • Insurans am:Lebih kurang RM75 setahun untuk jumlah perlindungan sebanyak RM10,000.


      Apa yang anda perlu tahu

      mySalam Perlindungan Tenang
      • Semak jika nama anda berdaftar sebagai penerima BSH. 
      • Jika anda mahu membuat satu tuntutan, pergi ke portal tuntutan mySalamyang boleh diakses melalui laman web mySalam.Untuk membuat tuntutan bagi penyakit kritikal, doktor anda perlu mengisi satu borang tertentu untuk anda hantar. Jika anda telah dimasukkan ke hospital, anda perlu hantarkan satu borang yang lain. 
      • Jika tuntutan anda diluluskan, anda akan menerima bayaran anda dalam masa dua minggu setelah menghantar semua dokumen berkaitan. Wang tuntutan anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang sama seperti yang telah didaftarkan untuk skim BSH. Jadi jika butiran bank anda yang didaftarkan untuk skim tersebut belum dikemas kini, jangan lupa untuk berbuat demikian!
      • Di bawah Belanjawan 2021, perlindungan mySalam diperluaskan untuk turut meliputi kos peranti perubatan seperti sten jantung dan prostetik. 
      • Pastikan anda berurusan hanya dengan ejen atau syarikat yang berdaftar. Jika anda berurusan dengan sebuah syarikat, semak pautan yang diberi untuk syarikat insurans hayat dan syarikat insurans am yang berdaftar. Anda boleh juga klik di sini untuk semak apa pelan Takaful yang boleh anda ambil. 
      • Buat perbandingan antara beberapa pelan untuk mengenal pasti pelan yang mana paling sesuai untuk anda, mengikut belanjawan anda. Jika anda ada keluarga yang disara sepenuhnya oleh anda, pastikan anda ambil pelan dengan jumlah perlindungan yang lebih besar. 
      • Namakan salah seorang daripada tanggungan anda sebagai penerima (benefisiari). Jika apa-apa berlaku kepada anda, wang insurans itu akan diterima oleh orang yang anda namakan itu. Pastikan anda maklumkan perkara ini kepada penama yang anda pilih itu! 
      • Minta ejen atau syarikat insurans anda untuk menerangkan hak dan tanggungjawab anda, dan pastikan anda betul-betul memahami penerangan tersebut. 
      • Belajar bagaimana untuk membuat tuntutan, dan ajarkan caranya kepada orang yang anda namakan sebagai penerima (benefisiari). Cara untuk membuat tuntutan berbeza-beza bergantung kepada penyedia insurans/Takaful yang anda ambil pelannya. 
      • Di bawah Belanjawan 2021, bermula 1 April 2021, penerima daripada golongan B40 yang layak boleh mendapatkan baucer bernilai RM50 untuk membeli produk Perlindungan Tenang. Pengecualian duti setem untuk produk Perlindungan Tenang dengan premium tahunan atau nilai caruman sehingga RM100 juga telah dilanjutkan tempohnya sehingga 2025. 

       

      Soalan Lazim (FAQ)

      1. Apa itu mySalam dan untuk siapa?
        mySalam ialah skim takaful perubatan percuma untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang layak di bawah BSH.
      2. Macam mana cara memohon Perlindungan Tenang?
        Mohon secara dalam talian, melalui ejen bertauliah, atau di bank seperti Agrobank.
      3. Bolehkah saya menggunakan mySalam untuk tuntutan berkaitan COVID?
        Ya. Kemasukan hospital dan penyakit kritikal yang disebabkan oleh COVID-19 dilindungi.
      4. Boleh saya memohon kedua-dua skim ini?
        Ya. Setiap satu menawarkan jenis perlindungan yang berbeza dan boleh saling melengkapi.
      5. Saya masih perlu mempunyai insurans saya sendiri ke?
        Skim ini menawarkan perlindungan asas. Pertimbangkan insurans persendirian jika anda memerlukan perlindungan yang lebih komprehensif.

       

      Fikiran Akhir: Patutkah Saya Dapatkan Insurans Saya Sendiri Juga?

      Skim kerajaan seperti mySalam dan Perlindungan Tenang adalah titik permulaan yang sangat baik untuk individu yang tidak mampu membeli insurans biasa. Walau bagaimanapun, anda harus tahu bahawa pelan ini mungkin tidak memberi anda perlindungan dan faedah sebanyak pelan insurans/Takaful biasa. Jika anda mempunyai tanggungan, gadai janji, atau keperluan perubatan khusus, pertimbangkan untuk meneroka pilihan insurans yang lebih komprehensif.

      Walaupun pelan insurans kerajaan akan membantu kalau anda tak mampu membeli pelan insurans biasa/Takaful, harus disedari bahawa perlindungan dan manfaat yang boleh didapati di bawah pelan-pelan ini tidak dapat meyamai perlindungan dan manfaat yang lebih baik di bawah pelan insurans/Takaful yang biasa. Namun, memiliki insurans dengan jumlah perlindungan yang sedikit adalah lebih baik daripada tiada langsung perlindungan. Jadi, kalau anda kurang mampu atau baru sahaja mengambil tahu tentang insurans, cuba lihat sama ada anda layak menyertai mySalam or Perlindungan Tenang supaya anda tetap ada perlindungan perubatan dan kewangan! 

      Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang mySalam, layari https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=main_BMe-mel info@mysalam.com.my atau talian bantuan mySalam di 1-300-888-938. 

      Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Perlindungan Tenang, layari  www.liam.org.my atau www.malaysiantakaful.org.my. 

      Jika anda ingin belajar lagi tentang insurans, sila baca mana-mana panduan kami di bawah:

      • Pengenalan kepada Takaful
      • Insurans Perubatan
      • Insurans Hayat
      • Apa yang perlu dipertimbangkan apabila membeli insurans

      Tag:Insurans

      Kongsikannya:


      User Avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Ini Cara Mendapatkan Bantuan Tunai Daripada Kerajaan Jika Anda Seorang Muflis
      April 14, 2021

      Seterusnya

      Enam Angka Kewangan Ini Boleh Mengubah Kehidupan Anda. Tahukah Anda Apa Enam Angka Kewangan Ini?
      April 21, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      3 Mac, 2025
      Minimum Wage Explainer_Feature Image
      Jangan Kurang: Ini Gaji Paling Sikit Yang Anda Sepatutnya Dapat
      19 September, 2024
      Career Lifestyle_Feature Image
      Nak Skip Uni Untuk Jadi The Next Khairul Aming? Baca Ni
      4 September, 2024

      Cari

      Artikel Terkini

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      03Mac2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      04Okt2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      01Okt2024

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Mengenali Scams

      Panduan terkini

      Multiply Guides: How To Read Your Payslip & Why Is It Important?

      Panduan Multiply: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

        newsletter-subscribe-multiply

        logo-multiply-learn-investing-for-free

        hello@multiply.org.my

        Maklumat

        • Laman Utama
        • Blog
        • Tentang Kami
        • Hubungi

        Kategori

        • Merancang Belanjawan
        • Simpanan & Pelaburan
        • Menguruskan Hutang
        • Membeli Kenderaan

        Kategori

        • Membeli Rumah
        • Insurans
        • Persaraan
        • Semua Panduan

        Instagram Feed

        🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web 🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web Multiply yang serba baharu!Kami sedang mencari rakyat Malaysia yang berumur 20-35 tahun untuk menguji laman web terbaharu kami.💡Akses awal💬 Maklum balas jujur📈 Bantu kami tambah baikTap pada link di bio untuk mendaftar sekarang!- - - - - -🚨Be the first to experience the all-new Multiply page!We’re looking for testers aged 20-35 to try our new website and tell us what you think.💡Early access💬 Honest feedback📈 Real impactTap the link in our bio to sign up now!#Finance #PersonalFinance #financialliteracy #Testers #Multiply
        ✨ 2025, we see you! ✨ Selamat Tahun Baru, Mul ✨ 2025, we see you! ✨Selamat Tahun Baru, Multipliers! 🎉 Here’s to leveling up, smashing goals, and keeping that duit game strong 💸🔥New year, new vibes, but still the same Multiply fam ready to support you every step of the way. 💪What’s your big goal for 2025? 👀 Drop it in the comments—let’s make it happen together! 🚀#MultiplyMY #NewYearVibes #2025HereWeCome
        As 2024 wraps up, let's look back at all we accomp As 2024 wraps up, let's look back at all we accomplished together, Multipliers! 🎉From our top 5 articles to the most popular tools on our site—korang memang power! 💪 THANK YOU for an amazing year 🫶Psst... 2025 is bringing something HUGE 🤫 Stay tuned and hold on to that hype! 🚀#MultiplyMY #MultiplyWrapped #2025Excitement
        We’re focused on enhancing your experience and b We’re focused on enhancing your experience and bringing you exciting updates tailored just for you.Stay tuned—we can’t wait to share what’s coming next!If you have any questions or need assistance in the meantime, feel free to reach out to us at hello@creador-foundation.com. Thank you for your support—we’re excited to reveal what we’ve been working on soon!

        Multiply by Creador Foundation.

        • Privasi
        • Terma
        • Peta laman

        Facebook Google

        Log masuk dengan akaun laman anda

        four × 3 =

        Lupa kata laluan anda?

        Belum jadi ahli? Daftar sekarang

        Daftar akaun baru

        15 − 2 =

        Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

        popup

        scam quiz_types of scams

         

        Uji pengetahuan korang tentang scam dan tengok korang boleh kalahkan scammer ke tak! Adakah anda level Budak Terer, Budak Standard, atau Budak Baru?

        Dah sedia untuk jawab kuiz? Klik "Mulakan Kuiz" kat bawah!

        1. 
        Ok, jom kita mula! Kekasih online korang (yang korang tak pernah jumpa depan-depan) bagitau yang dia ada hantar satu barang kat korang. Tapi korang kena bayar caj pelepasan di laman web “Kastam” untuk menuntutnya. Korang akan bayar ke tak?

        2. 
        Korang terima pautan dalam e-mel dari bank yang mintak korang set balik kata laluan sebab ada orang cuba hack akaun korang. Apa tindakan korang?

        3. 
        Pegawai penyiasat telefon dan bagitahu maklumat peribadi korang telah digunakan dalam aktiviti pengubahan wang haram. Jika tak nak dilanda masalah, korang kena bayar denda RM10,000 ke bank akaun.

        4. 
        Sebuah syarikat di Jakarta mendesak korang untuk melabur dengan segera, tapi takde maklumat lengkap mengenai diorang kat dalam talian. Jadi, nak melabur ke tak?

        5. 
        Seorang penganjur meminta derma daripada anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir, malah menunjukkan gambar individu yang terlibat. Patut derma atau tidak?

        6. 
        Ada orang dalam group WhatsApp menawarkan pekerjaan sambilan dengan gaji sebanyak RM5,000, tapi korang kena bayar wang pendahuluan dulu. Apa tindakan korang?

        7. 
        Ada pihak nak sewa bank akaun anda dengan harga RM500 untuk setiap transaksi yang dibuat. Nak ke tak?

        8. 
        Korang dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali, tetapi suaranya macam bos korang. Dia minta korang transfer RM10,000 ke akaun yang tak dikenali. Korang transfer tak?

        9. 
        Seorang peniaga di Mudah.my sedang menjual telefon bimbit yang baru dilancarkan dengan diskaun 90%. Tapi, korang buat bayaran segera kerana terdapat pembeli lain yang berminat. Apa yang akan korang buat?

        10. 
        Iklan di Instagram telah mempromosikan agensi perkhidmatan membersihkan rumah yang murah. Apabila korang menghubungi agensi tersebut, agensi tu minta korang buat tempahan melalui aplikasi APK khas yang perlu dimuat turun. Patutkah korang muat turun aplikasi APK tersebut?

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Ambil kuiz kami!



        Apakah personaliti kewangan Anda?

        Terbaru


        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apakah personaliti Kewangan Anda?

        Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

        1. It's the end of the month, you are thinking...

        2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….

        3. So you crashed your car and it's going to cost RM1,000 to fix, you

        4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…

        5. After months of saving (see "sikit -sikit, lama-lama jadi bukit" really is true), you've got cash sitting in the bank. You then

        6. You're buying a new car (yes, imagine away - Toyota, Proton, or BMW). You take

        7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

        1. 
        Bagaimana anda memperoleh pendapatan?

        2. 
        Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?

        3. 
        Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?

        4. 
        Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?

        5. 
        Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?

        6. 
        If you're taking money from your EPF account during the MCO/CMCO (under i-Lestari), how are you using it?

        7. 
        Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:

        8. 
        Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?

        9. 
        Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?

        10. 
        Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?

        11. 
        How do you think you'll manage your money in 2021?

        12. 
        Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?

        13. 
        Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:

        14. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:

        15. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?

        clock.png

        Time's up