- Home
- Panduan kami
- Persaraan
- Merancang persaraan anda
Langkah 4: Jangan sentuh simpanan persaraan anda
Sangat penting untuk anda kekalkan simpanan persaraan anda khusus untuk tujuan persaraan. Menurut KWSP, 70% daripada ahli yang mengeluarkan wang mereka pada usia 55 tahun menghabiskan wang simpanan mereka dalam masa kurang daripada satu dekad selepas bersara. Ini merupakan masalah besar kerana purata jangka hayat rakyat Malaysia ialah 74.5 tahun.
Ada masanya kita mungkin rasa seperti mengambil simpanan persaraan kita adalah satu-satunya pilihan yang kita ada untuk melangsaikan bayaran tertentu seperti wang pendahuluan untuk rumah atau kos perubatan kecemasan. Seboleh-bolehnya, elakkan daripada berada dalam situasi begini. Anda boleh hindari keadaan ini dengan menyediakan wang simpanan yang mencukupi untuk perbelanjaan yang boleh diramalkan (seperti kos perumahan & pendidikan), serta mengasingkan sedikit dana untuk digunakan semasa berada dalam kesusahan.
Baca Pelaburan 101 untuk pelajari dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk mula melabur.




