- Home
- Panduan kami
- Persaraan
- Merancang persaraan anda
Langkah 2: Asingkan simpanan yang mencukupi untuk persaraan anda
Penting untuk mula menyimpan secepat mungkin. Anda patut mula menyimpan untuk tujuan persaraan sebaik saja anda mula bekerja. Kalau anda dapat mencapai jumlah simpanan tahunan yang dinyatakan oleh kalkulator, bagus! Itu menandakan anda berada di landasan yang betul dalam menuju persaraan. Tapi, kalau anda tak dapat capai sasaran tersebut, anda kena lakukan beberapa perubahan pada gaya hidup semasa anda. Jadi, apa yang boleh anda buat?
Ada beberapa cara untuk merapatkan jurang antara simpanan dan sasaran anda:
- Cari jalan untuk potong beberapa perbelanjaan tertentu supaya anda dapat menambah simpanan anda bagi tujuan persaraan
- Anda boleh buat penyesuaian pada gaya hidup yang anda harapkan semasa persaraan anda.. Menjalani kehidupan yang lebih sederhana setelah anda bersara adalah lebih baik supaya wang persaraan dalam jumlah yang lebih kecil diperlukan untuk mengekalkan gaya hidup anda
Dan anda juga boleh ambil langkah untuk tingkatkan simpanan dan pelaburan anda:
- Meletakkan jumlah yang lebih banyak daripada pendapatan bulanan anda ke dalam pelaburan (yang baik dan selamat) seperti KWSP yang akan memberi pulangan yang baik dengan peredaran masa




