-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Dekat mana patut saya letakkan wang yang saya simpan?
Dana Kecemasan: Anda mungkin akan perlukan wang ini dengan segera, jadi anda patut simpan dalam sebuah akaun yang membolehkan anda mengeluarkan wang tersebut dengan cepat seperti deposit tetap. Anda boleh buka beberapa jenis deposit tetap yang mempunyai tempoh masa yang berbeza-beza. Jadi, kalau anda hanya perlukan sebahagian saja daripada wang tersebut, anda boleh ambil sedikit simpanan daripada satu akaun tanpa mengorbankan faedah daripada akaun-akaun yang lain.
Hati-hati: Meletakkan dana kecemasan anda dalam pelaburan saham atau unit amanah membawa risiko yang tinggi. Kalau anda terpaksa jual saham anda apabila pasaran sedang turun, anda boleh kehilangan jumlah wang yang besar!
Jika anda berura-ura untuk meletakkan wang simpanan dalam Patut ke anda letak simpanan anda dalam KWSP?, pastikan anda tahu tentang syarat-syarat pengeluaran – bila anda boleh keluarkan wang tersebut dan berapa banyak wang yang boleh dikeluarkan daripada akaun KWSP anda
Sepatutnya, simpanan kecemasan anda harus mencapai jumlah minimum 6 bulan gaji anda, tapi boleh saja kalau anda nak simpan lebih daripada itu untuk meningkatkan kestabilan kewangan anda.
Dana Persaraan: Untuk dana persaraan, kami sarankan pendekatan yang berlawanan. Memandangkan dana ini akan diperlukan dalam tempoh 20 ke 40 tahun lagi, adalah sangat penting untuk anda gunakan tempoh yang masih ada untuk mengembangkan lagi himpunan wang ini.
Paling penting, anda perlu pastikan nilai dana persaraan anda tidak dimamah inflasi. Anda pernah tak dengar ibu bapa anda mengimbau kembali zaman dulu apabila sepinggan mi goreng boleh dibeli dengan harga 20 sen? Dan sekarang sepinggan mi yang sama harganya lebih kurang RM7? Itulah inflasi!
Memang kita rasa selamat apabila ada wang tunai dalam tangan, tapi harga yang meningkat bererti semakin kurang barang yang boleh dibeli dengan jumlah wang tunai yang sama. Akaun simpanan, sebagai contoh, TIDAK terlepas daripada inflasi..
Tempat yang sesuai untuk melaburkan wang simpanan persaraan anda ialah dalam Patut ke anda letak simpanan anda dalam KWSP?, yang menjamin pulangan minimum (sebelum inflasi) sebanyak 2.5%. Pelaburan KWSP dipelbagaikan dengan baik dan risikonya juga kurang berbanding dengan produk pelaburan lain dalam pasaran.
Sebagai alternatif, anda boleh juga melabur dalam produk pelaburan yang kurang berisiko seperti Amanah Saham Nasional..
Mahu dapatkan maklumat lanjut tentang pelaburan untuk tujuan persaraan? Baca artikel kami Pelaburan 101 dan Merancang untuk persaraan.