- Home
- Panduan kami
- Simpanan & Pelaburan
- Simpanan
- Matlamat Simpanan
Ringkasan
Di sini kami kongsikan beberapa tip asas menyimpan wang:
-
Empat tujuan asas kita menyimpan:
-
- kecemasan
- persaraan
- pendidikan
- perumahan
-
Lagi awal anda mula menyimpan, lagi cerah masa depan!
Guna kalkulator simpanan kami untuk mengira berapa banyak wang yang dapat dikumpul jika anda menyimpan untuk tempoh tambahan selama 10 tahun
-
Sasarkan untuk mempunyai simpanan kecemasan sekurang-kurangnya sebanyak 6 bulan gaji anda
Ini membolehkan anda atau keluarga anda memiliki sedikit dana yang boleh digunakan kalau anda kehilangan pekerjaan, jatuh sakit atau perlu menanggung kos membaiki rumah
-
Jaga kepentingan diri dulu!
Aturkan dengan bank anda untuk memindahkan sebahagian daripada duit gaji anda secara automatik ke dalam satu akaun simpanan yang berasingan untuk tujuan simpanan, sebelum wang itu digunakan untuk perbelanjaan bulanan (kecuali pembayaran balik hutang, yang perlu diutamakan).
-
Simpan dalam akaun yang berasingan
Asingkan akaun-akaun yang anda ada untuk tujuan perbelanjaan bulanan, simpanan kecemasan dan simpanan jangka panjang
-
Buat caruman tambahan dalam KWSP sebagai persediaan persaraan anda
Melaburlah dalam Pengeluaran Akaun 3 KWSP atau anda boleh juga laburkan sejumlah wang yang tetap setiap bulan ke dalam produk pelaburan yang kurang berisiko (baca lebih lanjut di sini)
-
Serendah mana pun pendapatan anda, carilah peluang untuk menyimpan.
Untuk dapatkan panduan tentang bagaimana nak merancang belanjawan agar simpanan anda dapat dimaksimumkan, klik di sini.




