- Home
- Panduan kami
- Merancang Belanjawan
- Kenali Kesemuanya Mengenai Pemfailan Cukai Pendapatan
Apakah bayaran balik cukai?
Bayaran balik cukai ialah bayaran balik yang anda patut terima setelah terlebih bayar cukai anda. Ini sering terjadi kerana PCB anda tidak mengambil kira semua pelepasan cukai anda lebih rendah daripada jumlah keseluruhan PCB anda untuk tahun tersebut. Jadi, jika cukai kena bayar anda, anda layak mendapat bayaran balik cukai. Tapi jika ia lebih tinggi, anda perlu bayar perbezaannya. Jika majikan anda tidak membuat potongan PCB untuk anda (cuba tanya mengapa), anda hendaklah membayar jumlah cukai yang penuh.
Jika anda menggunakan e-Filing, bayaran balik cukai anda akan didepositkan secara terus ke dalam akaun bank anda. Namun demikian, jika anda tidak memberikan butiran bank anda, anda akan menerima bayaran balik cukai dalam bentuk baucar. dari sistem baucar bayaran balik cukai pendapatan (BBBC). Sila ambil perhatian, anda hanya boleh membuat bank in atau menukarnya dengan wang tunai di mana-mana cawangan CIMB di Malaysia. Ada juga kemungkinan bahawa cukai terlebih bayar anda tidak akan dikembalikan dan sebaliknya akan digunakan untuk mengimbangi cukai masa hadapan.




