- Home
- Panduan kami
- Merancang Belanjawan
- Kenali Kesemuanya Mengenai Pemfailan Cukai Pendapatan
Apakah PCB – Potongan Cukai Bulanan?
PCB ialah potongan gaji anda secara bulanan, yang dibuat oleh majikan anda untuk tujuan membayar cukai anda. Katakan anda sedang membuat pengiraan cukai dan anda dapati cukai kena bayar anda adalah sebanyak RM4,380. Ini tidak semestinya bermaksud yang anda perlu bayar jumlah penuh RM4,380.
Untuk Aminah , memandangkan dia seorang pekerja, majikannya telah membuat potongan PCB daripada gaji bulanannya untuk tujuan pembayaran cukainya. Jadi, ada kemungkinan Aminah perlu menambah bakinya, atau sudahpun membayar sepenuhnya cukainya melalui potongan PCB ataupun mungkin mendapat bayaran balik kerana dia telah terlebih bayar cukainya.
Kadar PCB berbeza berdasarkan jumlah gaji, sama ada anda mempunyai pasangan (yang bekerja atau tidak bekerja) dan jika anda mempunyai anak. Ini adalah contoh jadual potongan yang digunakan oleh LHDN.




