- Home
- Panduan kami
- Merancang Belanjawan
- Kenali Kesemuanya Mengenai Pemfailan Cukai Pendapatan
Kesalahan cukai dan penalti
Kita selalu dengar tentang amaun denda yang besar dikenakan kepada mereka yang melanggar undang-undang cukai, walaupun tanpa sengaja. Mari kita lihat kesalahan-kesalahan tertentu melalui soalan-soalan yang anda mungkin ingin tanya.
- Apa akan jadi kalau anda tidak memfailkan cukai anda?
Anda boleh didenda dari RM200 hingga RM20,000, dan/atau dipenjarakan sehingga 6 bulan.
- Apa akan jadi jika anda lewat memfailkan cukai dan membayar cukai anda selepas tamat tempoh?
Jika membuat bayaran lewat, penalti 10% akan dikenakan atas jumlah cukai kena bayar.
- Apa akan jadi jika anda mendaftar untuk memfailkan cukai anda selepas tamat tempoh?
Ini akan dianggap sebagai pemfailan cukai yang lewat dan dikenakan penalti yang sama seperti di atas.
- Apa akan jadi jika anda membuat kesilapan dalam memfailkan cukai?
Anda boleh dikenakan denda antara RM1,000 hingga RM10,000 serta penalti. Ini memang boleh terjadi kepada kita jika kita secara tak sengaja mengambil pelepasan cukai yang terlalu banyak atau mengisytiharkan pendapatan yang kurang daripada pendapatan yang sebenar. Jadi, pastikan anda boleh tunjukkan bukti semua pelepasan yang anda tuntut atau anda boleh dikenakan penalti!
Untuk senarai penuh kesalahan dan penalti, sila klik di sini.
Jadi, jangan lupa memfailkan cukai anda, dan lakukannya sebelum tamat tempoh! Jika anda memanfaatkan pelepasan dan rebat apabila memfailkan cukai anda, ada kemungkinan anda tak perlu bayar apa-apa cukai pun untuk tahun yang berkenaan. Sekarang anda dah pun selesai mengikuti panduan Kenali Pemfailan Cukai. Selepas ini, silalah baca Panduan Langkah demi Langkah Pemfailan Cukai untuk membantu anda memahami proses yang terlibat.




