• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Merancang Belanjawan

      BUDI MADANI: Bagaimana Program Subsidi Diesel Bersasar Ini Membantu Anda

      • Dihasilkan oleh Multiply
      • Kategori Merancang Belanjawan
      • Tarikh Jun 10, 2024
      Graphic showing multiple icons consist of petrol, diesel, a farmer and cash aid from BUDI MADANI

      Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan penarikan subsidi pukal bagi diesel atas dua sebab utama: untuk menguruskan kos subsidi yang telah meningkat lebih dari sepuluh kali ganda dalam 5 tahun lalu, selain dapat mengurangkan ketirisan subsidi.

      Perubahan ini akan memberikan impak besar terhadap pemilik kenderaan diesel persendirian dan petani skala kecil hingga sederhana yang bergantung kepada minyak diesel untuk menghidupkan jentera mereka.

      Apakah Budi Madani?

      Untuk menangani isu ini, program bantuan subsidi diesel bersasar yang dipanggil BUDI MADANI telah diperkenalkan. Individu yang layak, terutamanya pengguna minyak diesel bersubsidi sedia ada, akan menerima wang tunai RM200 yang dikreditkan terus ke akaun mereka setiap bulan setelah harga minyak diesel diapungkan semula.

      Bagaimanakah Subsidi Diesel Bersasar BUDI MADANI Dapat Membantu Anda?

      Subsidi diesel bersasar ini bakal mengurangkan kos sara hidup bagi pemilik kenderaan diesel persendirian, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam menghadapi keadaan di mana harga minyak yang akan sentiasa berubah.

      Penjimatan dari subsidi ini juga boleh digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, perumahan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan selain meningkatkan kualiti hidup anda. Selain itu, subsidi ini juga akan membantu mengimbangi kos pertanian, membantu para petani dalam menjadikan kos pertanian mereka kekal rendah.

      Walau bagaimanapun, insentif BUDI MADANI ini tidak merangkumi Malaysia Timur iaitu di Labuan, Sabah, dan Sarawak. Selain daripada dua kategori ini, kerajaan tetap meneruskan subsidi diesel untuk perniagaan tertentu termasuklah bagi kenderaan diesel komersial untuk mengelakkan kenaikan harga mendadak ke atas barang dan perkhidmatan melalui Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS).

      Adakah Anda Layak Menerima Bantuan BUDI MADANI?

      Jika anda termasuk dalam dua kategori ini, anda layak untuk inisiatif ini. Program BUDI MADANI merangkumi dua kategori penerima; BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi:

      1. Jika anda seorang pemilik kenderaan diesel peribadi, anda perlu memenuhi beberapa syarat khusus untuk layak menerima bantuan BUDI Individu.
      2. Jika anda seorang petani, penternak, atau pekebun komoditi skala kecil, anda perlu menepati beberapa syarat yang ditetapkan untuk layak mendapatkan bantuan BUDI Agri-Komoditi. 

      Kategori BUDI Individu

      BUDI MADANI: How Will This Targeted Diesel Subsidy Programme Benefits You 2 - Multiply - Planning & Budgeting

      Inisiatif Kategori BUDI Individu memerlukan anda memiliki kenderaan diesel peribadi yang didaftarkan menggunakan nombor kad pengenalan anda. Kenderaan anda juga harus mempunyai cukai jalan yang sah. Selain itu, pendapatan tahunan anda persendirian atau bersama pasangan anda juga tidak boleh melebihi RM100,000.00.

      Setiap permohonan juga akan disemak melalui data LHDN untuk mengecualikan pemilik kenderaan mewah di bawah umur 10 tahun dan individu berpendapatan tinggi (T20).

      BUDI Agri-Komuniti

      BUDI MADANI: How Will This Targeted Diesel Subsidy Programme Benefits You 4 - Multiply - Planning & Budgeting

      Inisiatif Kategori BUDI Agri-Komoditi mempunyai dua syarat khas:

      1. Pertama, anda mesti menjadi petani atau pekebun komoditi skala kecil yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan atau Kementerian Pertanian dan Komoditi, mengikut syarat yang ditetapkan.
      2. Kedua, anda mestilah seorang petani yang aktif atau pekebun komoditi skala kecil (microentrepreneur) dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 sehingga RM300,000. 

      Ini untuk membantu petani dan pekebun komoditi skala kecil untuk mengekalkan kos pengeluaran mereka kerana mereka menggunakan minyak diesel untuk jentera seperti traktor, generator diesel dan pam air.

      Tetapi, Adakah Bayaran Tunai RM200 Ini Cukup Untuk Anda?

      Secara ringkas, jika anda memiliki kenderaan diesel dan memandu kurang dari 2500 km sebulan, kemungkinan besar jumlah ini sudah memadai. 

      Kenapa? Jom kita kira. Dengan harga diesel semasa adalah RM3.35 bagi setiap liter (tanpa subsidi) dan RM2.15 bagi harga diesel bersubsidi sebelum ini, bantuan tunai RM200 ini sebenarnya bersamaan dengan jumlah subsidi diesel untuk 166.7 liter diesel sebulan.

      BUDI MADANI: How Will This Targeted Diesel Subsidy Programme Benefits You 6 - Multiply - Planning & Budgeting

      RM3.35 – RM2.15 = RM1.20

      RM200 / RM1.20 = 166.7 L

      Untuk setiap RM200, jumlah diesel yang akan disubsidi (RM1.20 bagi satu liter) adalah 166.7L.

      Tetapi berapa jauh jarak dalam kilometer yang telah disubsidi?

      Bayangkan anda memandu sebuah Toyota Hilux Double Cab 2.8L tahun 2020, dengan purata 15 km per liter bagi diesel Euro 5. 

      166.7 x 15 km/L = 2500 km

      BUDI MADANI: How Will This Targeted Diesel Subsidy Programme Benefits You 8 - Multiply - Planning & Budgeting

      Berdasarkan corak pemanduan, dijangkakan bantuan tunai RM200 ini sebenarnya sudah merangkumi keperluan subsidi bagi 80% pemilik kenderaan diesel, menurut Jabatan Perangkaan. Walau bagaimanapun, jika subsidi ini tidak mencukupi, anda boleh merayu kepada kementerian untuk bantuan tambahan.

      Secara purata, jarak antara Arau, Perlis ke JB, Johor ialah 822 km. Oleh itu, anda boleh pergi balik: 2500 / 822 km > 3 kali.

      Secara teori, dengan purata 15 km/L, anda boleh memandu sejauh kira-kira 2500 km sebulan sebelum subsidi diesel itu habis. Itu bersamaan dengan membuat lebih dari tiga kali perjalanan dari Arau, Perlis ke JB! Taklah teruk sangat, kan?

      Ingat bahawa pengiraan ini berdasarkan harga diesel tanpa subsidi sewaktu artikel ini ditulis. Harga diesel akan berubah dari semasa ke semasa, jadi pengiraannya bakal berbeza.

      Jika anda perlu mengira bajet bulanan anda disebabkan perubahan harga minyak diesel, anda boleh menggunakan Kalkulator Belanjawan Bulanan kami di sini. 

      Sekarang, dengan semua maklumat ini, ada beberapa soalan penting yang mungkin anda fikirkan:

      1. Anda dah mendaftar untuk PADU, patut tak anda mendaftar untuk BUDI?
      2. Macam mana cara nak daftar BUDI, jika anda belum mendaftar?
      3. Apa itu Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)?

      Anda dah mendaftar untuk PADU, patut tak anda mendaftar untuk BUDI?

      Jika anda merupakan sebahagian daripada dua kategori sasaran yang disebutkan, kami sangat mengesyorkan anda mendaftar untuk inisiatif ini.

      Ini kerana Pangkalan Data Utama (PADU) menyimpan profil dan data isi rumah bagi warganegara Malaysia dan penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas, yang dikemas kini secara berkala dengan maklumat dari pelbagai sumber.

      Sebaliknya, BUDI MADANI menyasarkan pemilik kereta diesel peribadi, petani skala kecil, dan pekebun kecil komoditi, dengan mengumpul butiran kenderaan dan pertanian. Berbeza dengan PADU, BUDI MADANI tidak memberi tumpuan kepada maklumat pendapatan individu dan isi rumah.

      Walaupun berbeza, kedua-dua ini melengkapi satu sama lain dalam meningkatkan pengagihan subsidi kepada audiens yang disasarkan. Bayangkan PADU sebagai sistem pangkalan data utama, manakala BUDI berfungsi sebagai inisiatif yang lebih spesifik dalam pelaksanaan subsidi diesel bersasar.

      Table shows the similarities and differences between PADU and BUDI MADANI

      Macam mana cara nak daftar BUDI, jika anda belum mendaftar?

      Pendaftaran telah dibuka sejak 28 Mei dan masih terbuka sepanjang tahun melalui portal ‘budimadani.gov.my'.

      Untuk permohonan yang dihantar dan diluluskan menjelang 3 Jun 2024, bayaran pertama akan diterima menjelang pertengahan Jun. Bayaran bagi permohonan yang lebih lambat dari tarikh tersebut akan dikreditkan dalam tempoh dua minggu.

      Bantuan tunai akan dikreditkan ke akaun bank anda setiap bulan. Mereka yang tiada akaun bank boleh menuntut bantuan tunai BUDI Individu mereka di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

      Anda Pernah Dengar Tentang Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Apa Benda Tu?

      Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) merupakan platform khusus untuk kenderaan awam terpilih dan pengangkutan barangan untuk terus menerima subsidi diesel melalui "fleet card."

      Inisiatif SKDS adalah untuk bantuan subsidi diesel untuk syarikat, manakala BUDI MADANI pula menyasarkan pemilik kenderaan diesel individu, petani dan pekebun kecil komoditi. Pemohon yang ingin memohon bantuan subsidi diesel boleh memohon sama ada untuk bantuan melalui SKDS atau BUDI MADANI, tetapi tidak kedua-duanya.

      Jadi, setelah anda belajar banyak benda baru mengenai BUDI MADANI, jangan lepaskan peluang untuk menerima bantuan subsidi diesel - daftar sekarang!

      Tag:BUDI MADANI, Subsidi, SKDS

      Kongsikannya:


      User Avatar
      Multiply

      Sebelumnya

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)
      Jun 10, 2024

      Seterusnya

      4 Langkah Mudah Untuk Memindahkan Dana KWSP Akaun 2 Ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel) 
      Jun 12, 2024

      Anda Mungkin Berminat

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      3 Mac, 2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      4 Oktober, 2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      1 Oktober, 2024

      Cari

      Artikel Terkini

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      03Mac2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      04Okt2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      01Okt2024

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Mengenali Scams

      Panduan terkini

      Multiply Guides: How To Read Your Payslip & Why Is It Important?

      Panduan Multiply: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

        newsletter-subscribe-multiply

        logo-multiply-learn-investing-for-free

        hello@multiply.org.my

        Maklumat

        • Laman Utama
        • Blog
        • Tentang Kami
        • Hubungi

        Kategori

        • Merancang Belanjawan
        • Simpanan & Pelaburan
        • Menguruskan Hutang
        • Membeli Kenderaan

        Kategori

        • Membeli Rumah
        • Insurans
        • Persaraan
        • Semua Panduan

        Instagram Feed

        🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web 🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web Multiply yang serba baharu!Kami sedang mencari rakyat Malaysia yang berumur 20-35 tahun untuk menguji laman web terbaharu kami.💡Akses awal💬 Maklum balas jujur📈 Bantu kami tambah baikTap pada link di bio untuk mendaftar sekarang!- - - - - -🚨Be the first to experience the all-new Multiply page!We’re looking for testers aged 20-35 to try our new website and tell us what you think.💡Early access💬 Honest feedback📈 Real impactTap the link in our bio to sign up now!#Finance #PersonalFinance #financialliteracy #Testers #Multiply
        ✨ 2025, we see you! ✨ Selamat Tahun Baru, Mul ✨ 2025, we see you! ✨Selamat Tahun Baru, Multipliers! 🎉 Here’s to leveling up, smashing goals, and keeping that duit game strong 💸🔥New year, new vibes, but still the same Multiply fam ready to support you every step of the way. 💪What’s your big goal for 2025? 👀 Drop it in the comments—let’s make it happen together! 🚀#MultiplyMY #NewYearVibes #2025HereWeCome
        As 2024 wraps up, let's look back at all we accomp As 2024 wraps up, let's look back at all we accomplished together, Multipliers! 🎉From our top 5 articles to the most popular tools on our site—korang memang power! 💪 THANK YOU for an amazing year 🫶Psst... 2025 is bringing something HUGE 🤫 Stay tuned and hold on to that hype! 🚀#MultiplyMY #MultiplyWrapped #2025Excitement
        We’re focused on enhancing your experience and b We’re focused on enhancing your experience and bringing you exciting updates tailored just for you.Stay tuned—we can’t wait to share what’s coming next!If you have any questions or need assistance in the meantime, feel free to reach out to us at hello@creador-foundation.com. Thank you for your support—we’re excited to reveal what we’ve been working on soon!

        Multiply by Creador Foundation.

        • Privasi
        • Terma
        • Peta laman

        Facebook Google

        Log masuk dengan akaun laman anda

        12 + thirteen =

        Lupa kata laluan anda?

        Belum jadi ahli? Daftar sekarang

        Daftar akaun baru

        eighteen − 17 =

        Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

        popup

        scam quiz_types of scams

         

        Uji pengetahuan korang tentang scam dan tengok korang boleh kalahkan scammer ke tak! Adakah anda level Budak Terer, Budak Standard, atau Budak Baru?

        Dah sedia untuk jawab kuiz? Klik "Mulakan Kuiz" kat bawah!

        1. 
        Ok, jom kita mula! Kekasih online korang (yang korang tak pernah jumpa depan-depan) bagitau yang dia ada hantar satu barang kat korang. Tapi korang kena bayar caj pelepasan di laman web “Kastam” untuk menuntutnya. Korang akan bayar ke tak?

        2. 
        Korang terima pautan dalam e-mel dari bank yang mintak korang set balik kata laluan sebab ada orang cuba hack akaun korang. Apa tindakan korang?

        3. 
        Pegawai penyiasat telefon dan bagitahu maklumat peribadi korang telah digunakan dalam aktiviti pengubahan wang haram. Jika tak nak dilanda masalah, korang kena bayar denda RM10,000 ke bank akaun.

        4. 
        Sebuah syarikat di Jakarta mendesak korang untuk melabur dengan segera, tapi takde maklumat lengkap mengenai diorang kat dalam talian. Jadi, nak melabur ke tak?

        5. 
        Seorang penganjur meminta derma daripada anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir, malah menunjukkan gambar individu yang terlibat. Patut derma atau tidak?

        6. 
        Ada orang dalam group WhatsApp menawarkan pekerjaan sambilan dengan gaji sebanyak RM5,000, tapi korang kena bayar wang pendahuluan dulu. Apa tindakan korang?

        7. 
        Ada pihak nak sewa bank akaun anda dengan harga RM500 untuk setiap transaksi yang dibuat. Nak ke tak?

        8. 
        Korang dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali, tetapi suaranya macam bos korang. Dia minta korang transfer RM10,000 ke akaun yang tak dikenali. Korang transfer tak?

        9. 
        Seorang peniaga di Mudah.my sedang menjual telefon bimbit yang baru dilancarkan dengan diskaun 90%. Tapi, korang buat bayaran segera kerana terdapat pembeli lain yang berminat. Apa yang akan korang buat?

        10. 
        Iklan di Instagram telah mempromosikan agensi perkhidmatan membersihkan rumah yang murah. Apabila korang menghubungi agensi tersebut, agensi tu minta korang buat tempahan melalui aplikasi APK khas yang perlu dimuat turun. Patutkah korang muat turun aplikasi APK tersebut?

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Ambil kuiz kami!



        Apakah personaliti kewangan Anda?

        Terbaru


        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apakah personaliti Kewangan Anda?

        Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

        1. It's the end of the month, you are thinking...

        2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….

        3. So you crashed your car and it's going to cost RM1,000 to fix, you

        4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…

        5. After months of saving (see "sikit -sikit, lama-lama jadi bukit" really is true), you've got cash sitting in the bank. You then

        6. You're buying a new car (yes, imagine away - Toyota, Proton, or BMW). You take

        7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

        1. 
        Bagaimana anda memperoleh pendapatan?

        2. 
        Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?

        3. 
        Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?

        4. 
        Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?

        5. 
        Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?

        6. 
        If you're taking money from your EPF account during the MCO/CMCO (under i-Lestari), how are you using it?

        7. 
        Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:

        8. 
        Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?

        9. 
        Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?

        10. 
        Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?

        11. 
        How do you think you'll manage your money in 2021?

        12. 
        Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?

        13. 
        Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:

        14. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:

        15. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?

        clock.png

        Time's up