3 Sebab Anda Patut Elakkan Pengeluaran Dari Akaun KWSP

3 Sebab Jangan Keluarkan Wang dari Akaun KWSP Anda
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu tabung persaraan bagi ramai rakyat Malaysia, telah memperkenalkan akaun baru yang dikenali sebagai ‘Akaun Fleksibel’. Akaun tersebut membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian kecil daripada wang simpanan persaraan untuk keperluan kewangan terdesak.
Dengan kemudahan seperti i-Lestari, i-Citra, dan pengeluaran penuh pada umur 50, mungkin rasa tergoda untuk keluarkan simpanan anda sekarang. Tapi, adakah ia berbaloi?
Akan tetapi, pengeluaran seperti itu patut dijadikan pilihan terakhir kerana ia akan mengurangkan wang yang sepatutnya disimpan untuk masa tua nanti.
Berikut adalah 3 sebab penting kenapa anda tidak patut keluarkan duit KWSP anda sekarang.
3 Sebab Anda Patut Elakkan Pengeluaran Dari Akaun KWSP
Ini adalah 3 sebab anda patut elak dari mengeluarkan duit simpanan persaraan anda:
![]() |
![]() |
![]() |
| Anda Akan Terlepas Faedah Berganda | Simpanan Persaraan Akan Tidak Mencukupi | Sukar Untuk Membina Semula Simpanan KWSP |
Sebab 1: Anda Akan Terlepas Faedah Berganda
Simpanan KWSP anda berkembang melalui faedah kompaun – anda dapat dividen atas simpanan, dan dividen atas dividen tersebut. Lagi lama wang anda kekal dalam akaun KWSP, lagi banyak ia berkembang.
Ingat: purata dividen yang diberi oleh KWSP dalam tempoh 10 tahun yang lalu adalah 5.95%. Kadar purata tersebut bermakna simpanan persaraan anda boleh menjadi dua kali ganda setiap 12 tahun!
Contohnya, jika anda ada RM10,000 dalam akaun KWSP dan biarkan tanpa usik, pada kadar dividen 5.5% (seperti diumumkan untuk 2024), dalam 10 tahun, ia boleh jadi lebih RM17,000. Jika anda keluarkan sekarang, anda hilang potensi keuntungan itu.
Kerap buat pengeluaran seperti semasa i-Lestari atau KWSP RM10k, bermaksud anda potong sendiri potensi pertumbuhan jangka panjang. Akaun 1 KWSP adalah untuk persaraan – bukan untuk kecemasan.
Sebab 2: Simpanan Persaraan Akan Tidak Mencukupi
Rakyat Malaysia akan memerlukan sekurang-kurangnya RM 240,000 dalam simpanan KWSP mereka untuk menampung kos sara hidup semasa persaraan. Sebab itulah ia juga penting untuk mengelakkan pengeluaran dari simpanan tersebut, kerana kos sara hidup, terutamanya kos perubatan, pasti meningkat setiap tahun.
Simpanan KWSP anda juga boleh bantu anda capai matlamat jangka panjang seperti beli rumah, bayar yuran pengajian anak, atau buka perniagaan kecil. Jika anda keluarkan awal, anda mungkin tak cukup dana untuk keperluan besar ini di masa hadapan.

Sebagai contoh, kos perubatan di Malaysia meningkat sekitar 9% di antara tahun 2013 dan 2018. Kos itu pasti akan terus meningkat, bermakna anda akan perlukan lebih banyak wang untuk menampung kos perubatan selepas bersara.
Sesetengah orang mempertimbangkan untuk melabur di tempat lain selepas membuat pengeluaran – seperti dalam ASB atau PRS. Tapi tanpa perancangan yang betul, perbandingan EPF vs ASB atau EPF vs PRS boleh mengelirukan. Pulangan dijamin daripada KWSP menjadikannya alat simpanan jangka panjang yang berisiko rendah. Walaupun anda melabur di tempat lain, KWSP sepatutnya kekal sebagai teras simpanan anda.

Sebab 3: Sukar Untuk Membina Semula Simpanan KWSP
Persaraan selesa bukan berlaku secara kebetulan – ia perlukan perancangan dan disiplin selama bertahun-tahun.
Memang benar, anda boleh keluarkan sebahagian daripada duit simpanan KWSP dan membayar balik jumlah sama pada masa hadapan. Tetapi, perbuatan itu akan melambatkan sasaran simpanan persaraan anda nanti.
Itu kerana anda akan mempunyai masa yang kurang untuk ganti duit yang telah dikeluarkan, melainkan jika anda membuat caruman bulanan yang jauh lebih besar dari biasa.
Apabila anda membuat pengeluaran daripada KWSP, terutamanya dari Akaun 1, anda mengurangkan jumlah simpanan yang akan anda miliki apabila bersara nanti. Dan apabila usia semakin meningkat, lebih sukar untuk mendapatkan pekerjaan atau menyimpan semula.
Ada yang telah membuat pengeluaran melalui inisiatif khas seperti i-Lestari atau i-Citra semasa waktu sukar. Itu boleh difahami. Tetapi jika anda sentiasa bergantung kepada KWSP setiap kali kekurangan wang, anda sebenarnya sedang mempertaruhkan masa depan kewangan anda sendiri.
Berikut adalah contoh mudah daripada Kalkulator Persaraan Multiply kami untuk menunjukkan betapa banyak lagi anda perlu membayar untuk mencapai sasaran simpanan sama jika mengeluarkan wang persaraan anda.
Andai kata anda ingin menyimpan RM 240,000 untuk persaraan dan bermula pada usia 25 tahun. Dengan anggaran kadar dividen 5% setahun, anda perlu menyumbang sebanyak RM 429 setiap bulan.Tetapi, jika anda keluarkan wang itu dan hanya memulakan simpanan pada usia 35 tahun, anda akan memerlukan sekitar RM 757 setiap bulan untuk mencapai sasaran simpanan yang sama! |
Apa Alternatif Selain Keluarkan Duit KWSP?
Sebaliknya daripada membuat pengeluaran, ini adalah langkah yang lebih bijak:
- Bina dana kecemasan sebanyak 3–6 bulan perbelanjaan
- Laburkan lebihan tunai dalam ASB/PRS/unit trust (bukan KWSP)
- Rancang bajet bulanan dan kawal perbelanjaan
- Tingkatkan caruman sukarela ke KWSP
Soalan Lazim: Kenapa Tak Patut Keluarkan KWSP
- Q: Boleh tak saya keluarkan duit KWSP sebelum umur 50?
A: Hanya dalam kes tertentu dari Akaun 2 – contohnya beli rumah, pendidikan, atau kos perubatan. - Q: Apa beza Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP?
A: Akaun 1 untuk simpanan persaraan (tak boleh keluar kecuali umur 50+), Akaun 2 boleh untuk keperluan penting. - Q: ASB lebih baik dari KWSP ke?
A: ASB berpotensi beri pulangan lebih tinggi, tapi KWSP lebih stabil dan fokus untuk persaraan. - Q: Apa itu i-Lestari dan KWSP RM10k?
A: Ini adalah inisiatif kerajaan semasa COVID-19 yang benarkan pengeluaran sementara dari KWSP.
Kesimpulan
Pengeluaran wang simpanan persaraan daripada akaun KWSP patut dijadikan pilihan terakhir anda. Apa pun keputusan anda, pastikan anda merancang persaraan anda dengan teliti. Gunakan Kalkulator Persaraan Multiply untuk mengira sasaran simpanan yang sesuai untuk masa depan anda!
Nak alternatif yang lebih bijak? Baca juga:







