• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Persaraan

      Multiply Terangkan: Semua yang anda perlu tahu tentang Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel)

      • Dihasilkan oleh Multiply
      • Kategori Persaraan, Multiply Terangkan
      • Tarikh Mei 8, 2024
      Graphics of a brand new jar filled with coins showing the newly added EPF account 3 or akaun fleksibel

      Pengenalan

      Apakah yang berubah?

      KWSP baru-baru ini mengumumkan penstrukturan semula Akaun KWSP untuk semua pencarum berumur 55 tahun ke bawah. Ada tiga perubahan:

      1. Penamaan semula Akaun 1 kepada Akaun Persaraan dan Akaun 2 kepada Akaun Sejahtera.
      2. Pengenalan akaun baharu yang dipanggil Akaun Fleksibel (juga dikenali sebagai Akaun 3).
      3. Dari setiap caruman, Akaun 1 (Persaraan) akan menerima lebih (70% hingga 75%), Akaun 2 (Sejahtera) akan menerima kurang (30% hingga 15%) dan Akaun 3 (Fleksibel) akan menerima 10%.

      Perubahan ini akan berkuatkuasa bermula pada 11 Mei 2024 untuk semua KWSP ahli berumur 55 tahun ke bawah. Untuk ahli berumur 55 tahun ke atas, tiada perubahan: semua akaun akan disatukan menjadi Akaun 55, dengan semua sumbangan seterusnya dikreditkan ke dalam Akaun Emas mereka.

       

      Mengapa perubahan ini dilaksanakan?

      KWSP membuat perubahan ini bagi memastikan ahli dapat mengimbangi keperluan kewangan jangka panjang, sederhana dan pendek. Jadi, Akaun Persaraan adalah untuk keperluan kewangan jangka panjang (persaraan), Akaun Sejahtera tersedia untuk perbelanjaan besar tertentu (tiada perubahan dari sebelumnya) dan Akaun Fleksibel tersedia untuk perbelanjaan jangka sederhana dan pendek.

      Jom kita mendalami Akaun Fleksibel (Akaun 3).

       

      Akaun Fleksibel

       

      Apa itu Akaun Fleksibel and Akaun 3?

      Akaun Fleksibel dan Akaun 3 merujuk kepada akaun yang sama. Semua ahli KWSP (berumur di bawah 55 tahun) akan secara automatik didaftarkan untuk memiliki akaun ini pada 11 Mei 2024. Akaun ini akan bermula dengan sifar dana di dalamnya.

      Kini, caruman dibahagikan antara Akaun 1 (Persaraan), Akaun 2 (Sejahtera) - Akaun 1 mendapat 70% and Akaun 2 mendapat 30%. Tetapi, selepas 11 Mei, caruman KWSP akan dibahagikan kepada: Akaun 1 (Persaraan) mendapat 75%, Akaun 2 mendapat 15% and Akaun 3 (Fleksibel) akan mendapat 10%. Akaun 3 (Fleksibel) akan bermula dengan dana sifar.

      Jadi, jika caruman KWSP anda adalah RM500:

      Graphic showing an example explaining the percentage of your EPF contributions before 11 May and after 11 May

      Jika anda tertanya-tanya tentang bagaimana caruman bulanan anda akan dipecahkan ke dalam tiga akaun ini, anda boleh menggunakan Kalkulator Simpanan KWSP kami di sini.

      Apa yang boleh anda lakukan dengan Akaun Fleksibel?

      Ciri utama Akaun Fleksibel adakah ia membenarkan ahli untuk mengeluarkan wang mereka dari sana pada bila-bila masa. Sementara itu, simpanan yang sedia ada, akan terus menerima jumlah kadar dividen yang sama seperti Akaun 1 (Persaraan) dan Akaun 2 (Sejahtera).

      Bagaimanakah dividen berfungsi dengan Akaun Fleksibel?

      Tiada perbezaan dalam kadar dividen antara ketiga-tiga akaun. Contohnya, jika KWSP mengisytiharkan kadar dividen 5.5%, kadar 5.5% ini akan dikenakan pada ketiga-tiga akaun. Jumlah dividen yang anda peroleh akan bergantung pada jumlah baki yang anda ada pada setiap akaun dan tempoh masa ia telah berada di sana. 

      Dividen KWSP juga dibayar setiap tahun, jadi anda hanya akan melihat dividen dibayar ke dalam akaun anda sekali setahun apabila KWSP mengisytiharkan dividen tahunannya. 

      Macam mana nak keluarkan duit daripada Akaun 3 (Fleksibel)? Apakah syarat-syaratnya?

      Anda boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun Fleksibel ini pada bila-bila masa, untuk apa-apa saja. Bagaimanapun, ada satu syarat: jumlah pengeluaran minimum ialah RM50. Anda boleh memohon pengeluaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau mana-mana cawangan KWSP. Anda tidak boleh membatalkan pengeluaran itu sebaik sahaja ia diluluskan. Simpanan akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda (sila pastikan ia aktif dan didaftarkan di bawah nama anda). Duit akan dimasukkan ke dalam bank dalam masa 7 hari selepas kelulusan.

      Boleh tak saya nak pindahkan duit daripada Akaun 1 (Persaraan) dan Akaun 2 (Sejahtera) ke dalam Akaun Fleksibel? 

      KWSP membenarkan pemindahan simpanan sekali sahaja daripada Akaun 2 (Sejahtera) ke Akaun Fleksibel. Duit daripada Akaun 1 (Persaraan) tidak boleh dipindahkan kepada Akaun Fleksibel. Ahli boleh memohon pemindahan antara 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024. Selepas tempoh ini, anda tidak boleh lagi memindahkan simpanan daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel. KWSP hanya mempunyai tiga pilihan pengeluaran dan ia bergantung kepada jumlah baki yang anda ada dalam Akaun 2 (Sejahtera):

      1. Untuk baki di bawah RM 1,000: Jumlah penuh dipindahkan ke Akaun Fleksibel
      2. Untuk baki antara RM1000 dan RM3000: RM 1,000 dipindahkan ke Akaun Fleksibel
      3. Untuk baki melebihi RM3000: 5/30 daripadanya dipindahkan ke Akaun Persaraan, 15/30 daripadanya akan kekal di dalam Akaun Sejahtera dan 10/30 daripadanya akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel.

      Anda boleh memohon pengeluaran melalui i-Akaun KWSP atau mana-mana cawangan KWSP. Proses kelulusan mengambil masa 3-5 hari bekerja, dan simpanan anda akan dipindahkan dalam masa 24 jam.

      Keliru? Berikut ialah jadual yang meringkaskannya:

      Graphic explaining ways you can transfer your saving funds from your akaun sejahtera

      Berikut ialah tiga senario untuk membantu menggambarkan perkara di atas:

      Table explaining an example after a person opt-in on one-off transfer between all 3 EPF accounts

       

      Pening nak kira berapa banyak yang anda boleh pindahkan dari Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3)? Jangan risau, sebab anda boleh gunakan Kalkulator Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP kami di sini.

      Bolehkah saya memindahkan simpanan daripada Akaun Fleksibel kepada Akaun 1 (Persaraan) and Akaun 2 (Sejahtera)?

       

      Ya, pindahan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, KWSP hanya membenarkan pemindahan dilakukan dengan satu cara:

      1. Daripada Akaun Fleksibel ke Akaun 1 dan Akaun 2, atau
      2. Daripada Akaun 2 ke Akaun 1

      Simpanan daripada Akaun 1 tidak boleh dipindahkan ke Akaun 2 atau Akaun Fleksibel. Dan Selepas 31 Ogos, simpanan daripada Akaun 2 tidak boleh dipindahkan ke Akaun Fleksibel. Lihat rajah di bawah:

      Graphic shows one-way transfer between 3 EPF accounts

       

      Bolehkah saya membuat sumbangan sukarela kepada Akaun Fleksibel?

      Ya, boleh. Pembahagian adalah sama iaitu, 75% (Akaun Persaraan), 15% (Akaun Sejahtera) dan 10% (Akaun Fleksibel). Berikut ialah jadual dengan dua contoh:

      Graphic explaining voluntary contribution examples on all 3 EPF Accounts

       

      Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh mencarum terus ke dalam Akaun Fleksibel, caruman akan berpecah secara automatik seperti di atas.

      Apakah yang perlu saya lakukan untuk memilih masuk atau keluar daripada Akaun Fleksibel?

      Tiada pilihan masuk diperlukan untuk Akaun Fleksibel. Semua ahli KWSP di bawah umur 55 tahun akan mendapatnya secara automatik. Berdasarkan maklumat terkini, tiada pilihan untuk menarik diri. Tetapi jangan risau, walaupun sumbangan akan masuk ke dalam Akaun Fleksibel secara automatik, yang paling penting ialah dividen yang anda terima akan tetap sama.

      Apa kata orang ramai tentang Akaun Fleksibel?

      Terdapat pelbagai respons terhadap Akaun Fleksibel. Kami pecahkannya kepada tiga kumpulan:

      1. Orang yang tidak mahu Akaun Fleksibel: Many use EPF as their retirement savings. So they prefer not having the freedom to withdraw and reduce the amount, instead they prefer to let it grow through dividends and compounding interests.
      2. Orang yang mahukan Akaun Fleksibel: Memandangkan kos sara hidup dan perbelanjaan yang semakin meningkat, ramai yang gembira mendapat alternatif untuk memanfaatkannya simpanan untuk menambah mereka perbelanjaan.
      3. Orang yang bimbang tentang orang lain menggunakan Akaun Fleksibel terlalu banyak: Lebih separuh daripada ahli KWSP (bawah 55 tahun) mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka. Ramai yang bimbang bahawa Akaun Fleksibel akan menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia berisiko mengalami masalah kewangan semasa bersara jika mereka mengeluarkan terlalu banyak daripada simpanan persaraan mereka.

       

      Jadi, Apa yang Perlu ANDA Lakukan?

      Kami berpendapat bahawa Akaun Fleksibel memudahkan untuk mengakses simpanan untuk keperluan kecemasan, namun, ia harus diakses sebagai pilihan terakhir. Ini adalah kerana:

      1. Ia adalah pengeluaran yang 'mahal'. Setiap pengeluaran bermakna anda akan kehilangan dividen tinggi KWSP dan kesan pengkompaunan daripadanya.
      2. Ia mengurangkan jumlah yang anda ada untuk persaraan anda. Jangka hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun. Jadi, persaraan pada umur 55 bermakna itu anda perlukan RM240,000 untuk hidup dengan RM1,000 sebulan untuk 20 tahun seterusnya.
      3. Ada alternatif yang "lebih murah” untuk pembelian yang diperlukan, seperti kad kredit dan pelan pembayaran mudah (dengan kadar faedah sifar). Jika mereka dibayar tepat pada masanya, anda sebenarnya tidak membayar apa-apa faedah ke atas pembelian ini.

      Untuk memahami lebih lanjut mengenai KWSP, pergi ke panduan terperinci kami tentang pelaburan dalam KWSP di sini.

      Tag:Persaraan, Pengeluaran Akaun 3 KWSP

      Kongsikannya:


      User Avatar
      Multiply

      Sebelumnya

      5 Pelepasan Cukai Untuk Pekerja Freelance, Pekerja Gig Dan Pemilik PKMS yang Anda Mungkin Tak Tahu
      Mei 8, 2024

      Seterusnya

      3 Sebab Anda Patut Elakkan Pengeluaran Dari Akaun KWSP
      Mei 20, 2024

      Anda Mungkin Berminat

      AI Article #3_ Feature Images
      Multiply Terangkan: Bagaimana Cara Melindungi Diri Anda Daripada AI Scam?
      22 Julai, 2024
      ENG_How Do I Identify AI Scams
      Multiply Terangkan: 5 Cara Mengesan Kandungan Janaan AI Yang Digunakan Dalam AI Scam
      18 Julai, 2024
      AI_Feature Image
      Multiply Terangkan: Apa Itu AI Scam?
      15 Julai, 2024

      Cari

      Artikel Terkini

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      03Mac2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      04Okt2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      01Okt2024

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Mengenali Scams

      Panduan terkini

      Multiply Guides: How To Read Your Payslip & Why Is It Important?

      Panduan Multiply: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

        newsletter-subscribe-multiply

        logo-multiply-learn-investing-for-free

        hello@multiply.org.my

        Maklumat

        • Laman Utama
        • Blog
        • Tentang Kami
        • Hubungi

        Kategori

        • Merancang Belanjawan
        • Simpanan & Pelaburan
        • Menguruskan Hutang
        • Membeli Kenderaan

        Kategori

        • Membeli Rumah
        • Insurans
        • Persaraan
        • Semua Panduan

        Instagram Feed

        🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web 🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web Multiply yang serba baharu!Kami sedang mencari rakyat Malaysia yang berumur 20-35 tahun untuk menguji laman web terbaharu kami.💡Akses awal💬 Maklum balas jujur📈 Bantu kami tambah baikTap pada link di bio untuk mendaftar sekarang!- - - - - -🚨Be the first to experience the all-new Multiply page!We’re looking for testers aged 20-35 to try our new website and tell us what you think.💡Early access💬 Honest feedback📈 Real impactTap the link in our bio to sign up now!#Finance #PersonalFinance #financialliteracy #Testers #Multiply
        ✨ 2025, we see you! ✨ Selamat Tahun Baru, Mul ✨ 2025, we see you! ✨Selamat Tahun Baru, Multipliers! 🎉 Here’s to leveling up, smashing goals, and keeping that duit game strong 💸🔥New year, new vibes, but still the same Multiply fam ready to support you every step of the way. 💪What’s your big goal for 2025? 👀 Drop it in the comments—let’s make it happen together! 🚀#MultiplyMY #NewYearVibes #2025HereWeCome
        As 2024 wraps up, let's look back at all we accomp As 2024 wraps up, let's look back at all we accomplished together, Multipliers! 🎉From our top 5 articles to the most popular tools on our site—korang memang power! 💪 THANK YOU for an amazing year 🫶Psst... 2025 is bringing something HUGE 🤫 Stay tuned and hold on to that hype! 🚀#MultiplyMY #MultiplyWrapped #2025Excitement
        We’re focused on enhancing your experience and b We’re focused on enhancing your experience and bringing you exciting updates tailored just for you.Stay tuned—we can’t wait to share what’s coming next!If you have any questions or need assistance in the meantime, feel free to reach out to us at hello@creador-foundation.com. Thank you for your support—we’re excited to reveal what we’ve been working on soon!

        Multiply by Creador Foundation.

        • Privasi
        • Terma
        • Peta laman

        Facebook Google

        Log masuk dengan akaun laman anda

        three × four =

        Lupa kata laluan anda?

        Belum jadi ahli? Daftar sekarang

        Daftar akaun baru

        7 − 1 =

        Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

        popup

        scam quiz_types of scams

         

        Uji pengetahuan korang tentang scam dan tengok korang boleh kalahkan scammer ke tak! Adakah anda level Budak Terer, Budak Standard, atau Budak Baru?

        Dah sedia untuk jawab kuiz? Klik "Mulakan Kuiz" kat bawah!

        1. 
        Ok, jom kita mula! Kekasih online korang (yang korang tak pernah jumpa depan-depan) bagitau yang dia ada hantar satu barang kat korang. Tapi korang kena bayar caj pelepasan di laman web “Kastam” untuk menuntutnya. Korang akan bayar ke tak?

        2. 
        Korang terima pautan dalam e-mel dari bank yang mintak korang set balik kata laluan sebab ada orang cuba hack akaun korang. Apa tindakan korang?

        3. 
        Pegawai penyiasat telefon dan bagitahu maklumat peribadi korang telah digunakan dalam aktiviti pengubahan wang haram. Jika tak nak dilanda masalah, korang kena bayar denda RM10,000 ke bank akaun.

        4. 
        Sebuah syarikat di Jakarta mendesak korang untuk melabur dengan segera, tapi takde maklumat lengkap mengenai diorang kat dalam talian. Jadi, nak melabur ke tak?

        5. 
        Seorang penganjur meminta derma daripada anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir, malah menunjukkan gambar individu yang terlibat. Patut derma atau tidak?

        6. 
        Ada orang dalam group WhatsApp menawarkan pekerjaan sambilan dengan gaji sebanyak RM5,000, tapi korang kena bayar wang pendahuluan dulu. Apa tindakan korang?

        7. 
        Ada pihak nak sewa bank akaun anda dengan harga RM500 untuk setiap transaksi yang dibuat. Nak ke tak?

        8. 
        Korang dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali, tetapi suaranya macam bos korang. Dia minta korang transfer RM10,000 ke akaun yang tak dikenali. Korang transfer tak?

        9. 
        Seorang peniaga di Mudah.my sedang menjual telefon bimbit yang baru dilancarkan dengan diskaun 90%. Tapi, korang buat bayaran segera kerana terdapat pembeli lain yang berminat. Apa yang akan korang buat?

        10. 
        Iklan di Instagram telah mempromosikan agensi perkhidmatan membersihkan rumah yang murah. Apabila korang menghubungi agensi tersebut, agensi tu minta korang buat tempahan melalui aplikasi APK khas yang perlu dimuat turun. Patutkah korang muat turun aplikasi APK tersebut?

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Ambil kuiz kami!



        Apakah personaliti kewangan Anda?

        Terbaru


        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apakah personaliti Kewangan Anda?

        Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

        1. It's the end of the month, you are thinking...

        2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….

        3. So you crashed your car and it's going to cost RM1,000 to fix, you

        4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…

        5. After months of saving (see "sikit -sikit, lama-lama jadi bukit" really is true), you've got cash sitting in the bank. You then

        6. You're buying a new car (yes, imagine away - Toyota, Proton, or BMW). You take

        7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

        1. 
        Bagaimana anda memperoleh pendapatan?

        2. 
        Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?

        3. 
        Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?

        4. 
        Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?

        5. 
        Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?

        6. 
        If you're taking money from your EPF account during the MCO/CMCO (under i-Lestari), how are you using it?

        7. 
        Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:

        8. 
        Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?

        9. 
        Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?

        10. 
        Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?

        11. 
        How do you think you'll manage your money in 2021?

        12. 
        Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?

        13. 
        Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:

        14. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:

        15. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?

        clock.png

        Time's up