• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Merancang Belanjawan

      Apa Bantuan Tunai daripada Kerajaan yang Anda Layak Terima dalam Tahun 2021?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Merancang Belanjawan
      • Tarikh Januari 25, 2021
      What Government Cash Assistance Can You Get in 2021? 1 - Multiply - Planning & Budgeting

      Infografik

      What Government Cash Assistance Can You Get in 2021? 3 - Multiply - Planning & BudgetingWhat Government Cash Assistance Can You Get in 2021? 5 - Multiply - Planning & BudgetingWhat Government Cash Assistance Can You Get in 2021? 7 - Multiply - Planning & BudgetingWhat Government Cash Assistance Can You Get in 2021? 9 - Multiply - Planning & BudgetingWhat Government Cash Assistance Can You Get in 2021? 11 - Multiply - Planning & Budgeting

      Kita semua mengharapkan yang tahun 2021 akan membawa sinar baharu selepas mengharungi tahun 2020 yang begitu mencabar. Namun, warga Malaysia mungkin perlu berhadapan dengan cabaran kewangan lagi apabila semua negeri kecuali Sarawak diletakkan di bawah PKP sehingga 4 Februari.

      Jika anda memerlukan wang tunai tambahan untuk membantu situasi kewangan anda, teruskan membaca dan lihat sama ada terdapat bantuan tunai dari kerajaan yang anda layak terima.

      Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai)
      Pada 18 Januari 2021, Perdana Menteri telah mengumumkan pakej bantuan baharu yang dipanggil Permai, yang turut meliputi bantuan tunai.

      Apa yang anda boleh dapat?

      • Bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada petugas kesihatan barisan hadapan dan RM300 kepada petugas barisan hadapan yang lain dalam suku pertama 2021
      • Pelanjutan tempoh bayaran elaun bulanan khas sebanyak RM600 untuk petugas kesihatan barisan hadapan dan RM200 kepada petugas barisan hadapan yang lain sehingga pandemik Covid-19 berakhir
      • Bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, serta pemandu bas persiaran, teksi, bas sekolah, kereta sewa dan e-hailing.

      Bantuan Prihatin Rakyat (BPR):
      Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), yang akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH), ialah program bantuan tunai terkini yang diperkenalkan untuk membantu golongan B40.

      Siapa yang boleh mendapatkannya?
      Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 ke bawah dan mereka yang pernah menerima BSH 2020 dan Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2 (BPN 2.0). Klik di sini untuk semak sama ada anda layak menerima BPR.

      Apa yang anda boleh dapat? 

      Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 ke bawah Isi rumah dengan pendapatan antara RM2,501 dan RM4,000 Isi rumah dengan pendapatan antara RM4,001 dan RM5000 Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah (berumur 21 sehingga 59 tahun, sebelum ini penerima mesti berumur sekurang-kurangnya 40 tahun)
      Dengan seorang anak:

      RM1,200

      Dengan dua orang anak atau lebih:

      RM1,800

      Dengan seorang anak: 

      RM800

      Dengan dua orang anak atau lebih:

      RM1,200

      Dengan seorang anak:

      RM500

      Dengan dua orang anak atau lebih:

      RM750

      RM350

      Bagaimana anda boleh memohon?
      Kalau sebelum ini anda tidak menerima bantuan tunai BSH 2020 atau BPN 2.0, anda perlu membuat permohonan baharu untuk menjadi penerima BPR. Sementara itu, mereka yang telah menerima BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini tidak perlu membuat permohonan tetapi perlu mengemaskini maklumat mereka dalam tempoh yang sama dengan tempoh permohonan. Anda boleh memohon atau mengemaskini maklumat anda bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021. 

      Memandangkan pandemik Covid-19 masih berlarutan, para pemohon dinasihatkan untuk memohon secara dalam talian dan menyemak maklumat terkini di bpr.hasil.gov.my atau dengan menggunakan aplikasi mudah alih BPR 2021. Anda juga boleh memohon secara bersemuka dengan mengisi borang yang dimuat turun dari portal rasmi BPR dan menyerahkannya kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN.

      Bila anda akan menerimanya?
      Bayaran akan dibuat dalam dua fasa:

      • bayaran pertama dalam bulan Februari 2021
      • bayaran kedua dalam bulan September/Oktober 2021

      Bayaran BPR akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank anda. Jika anda tidak mempunyai akaun bank, anda boleh menerima wang tersebut melalui cawangan Bank Simpanan Nasional. 

      Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian utama BPR LHDN di 1-800-88-2747 atau talian utama BPR Kementerian Kewangan di 03-8882 4565/03-8882 4566. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada mereka di bpr@treasury.gov.my.

      Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2 (BPN 2.0)
      Bayaran ansuran kedua bantuan tunai BPN 2.0 akan dibayar kepada penerima sebelum hujung bulan Januari 2021, selepas bayaran pertama telah selesai dibuat pada bulan Oktober 2020. Jadi, kalau anda telah menerima bayaran pertama pada bulan Oktober 2020, anda dijangka akan menerima bayaran berikutnya tidak lama lagi. 

      Jika anda telah memohon untuk menerima BPN 2.0 sebagai pemohon baharu dalam tempoh 15 Oktober sehingga 15 November 2020, atau anda telah memohon semula selepas permohonan BPN anda ditolak untuk kali pertama, anda akan menerima jumlah penuh bantuan tunai itu mulai 21 Januari 2021 sekiranya permohonan anda berjaya.

      Pemohon boleh memeriksa status permohonan mereka di portal rasmi BPN mulai 15 Januari 2021. 

      Berikut maklumat tentang jumlah bantuan tunai yang akan diberikan:

      Kategori Pemohon B40 M40 
      Kelayakan Pendapatan isi rumah RM 4,000 ke bawah

      ATAU

      Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah

      Pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000

      ATAU

      Individu bujang berpendapatan RM2,001 sehingga RM4,000

      Berapa bayaran yang anda boleh dapat? Isi rumah: RM1,000

      Fasa 1 (Oktober 2020): RM700

      Fasa 2 (Januari 2021): RM300

      Individu bujang: RM500

      Fasa 1 (October 2020): RM350

      Fasa 2 (Januari 2021): RM150

      *Nota: Mereka yang membuat permohonan antara 15 Okt-15 Nov 2020 akan menerima bayaran penuh pada bulan Januari 2021

      Isi rumah: RM600

      Fasa 1 (Oktober 2020): RM400

      Fasa 2 (Januari 2021): RM200

      Individu bujang: RM300

      Fasa 1 (Oktober 2020): RM200

      Fasa 2 (Januari 2021): RM100

      *Nota: Mereka yang membuat permohonan antara 15 Okt-15 Nov 2020 akan menerima bayaran penuh pada bulan Januari 2021

      Bila anda akan terima bayaran? 21 Januari 2021 ke atas

      *Individu yang tiada akaun bank akan menerima bayaran bermula 25 Januari 2021 ke atas

      **Individu di Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan menerima bayaran bermula awal Februari sehingga 1 April 2021

      25 Januari 2021 ke atas

      *Individu yang tiada akaun bank akan menerima bayaran bermula 25 Januari 2021 ke atas

      **Individu di Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan menerima bayaran bermula awal Februari sehingga 1 April 2021

      Bagaimana cara anda boleh menerima bayaran? Dikreditkan ke dalam akaun bank anda

      ***Individu yang tiada akaun bank akan menerima bayaran di cawangan Bank Simpanan Nasional

      Dikreditkan ke dalam akaun bank anda

      ***Individu yang tiada akaun bank akan menerima bayaran di cawangan Bank Simpanan Nasional

      Untuk maklumat lanjut tentang bantuan yang boleh didapati, siapa yang layak menerimanya , bagaimana serta bila anda akan menerima bayaran, bacalah hantaran blog kami tentang BPN 2.0. Untuk maklumat lanjut tentang BPN, anda boleh hubungi LHDN di 03-89111000 atau 1800-88-2747.

      Jadi, jika anda hilang punca pendapatan akibat krisis Covid-19 dan memerlukan wang tunai, anda boleh semak sama ada anda layak menerima bantuan daripada kerajaan. Ambil peluang memohon untuk BPR sekiranya anda layak. Sementara itu jika anda ada memohon untuk BPN 2.0 pada Oktober-November 2020, jangan lupa semak sama ada permohonan anda telah diluluskan.

      Selain daripada bantuan tunai, kerajaan juga telah mengumumkan bantuan lain, antaranya moratorium pinjaman, pelepasan cukai dan subsidi. Untuk melihat senarai penuh bantuan kerajaan yang diberikan, anda boleh baca teks ucapan Perdana Menteri di sini.baca ucapan Perdana Menteri di sini.

      Berminat nak belajar bagaimana untuk menetapkan dan mencapai sasaran simpanan wang anda?

      Anda juga boleh guna kalkulator matlamat simpanan untuk membantu anda merancang sasaran simpanan anda, serta kalkulator belanjawan untuk menolong anda uruskan belanjawan anda.

      Jika anda ada mengambil pinjaman yang perlu dibayar balik, kami kongsikan beberapa tip untuk mengurangkan bebanan hutang anda.

      Tag:Merancang Belanjawan

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Apa itu Kadar Dasar Semalaman (OPR)?
      Januari 25, 2021

      Seterusnya

      Apa Yang Patut Anda Tahu Tentang Caruman KWSP
      Februari 3, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      ENG Budget Visuals 1
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22 Februari, 2023
      where-can-i-get-help-if-i-am-struggling-financially
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13 Februari, 2023
      Carousel – Budgeting 1-01
      Nak kembangkan simpanan anda?
      1 Disember, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Ready for Malaysia's Budget 2023? 13 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023
      Where can I get help if I'm struggling financially? 15 - Multiply - Blog, Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13Feb2023
      Want to grow your savings? 17 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      Ready to simplify your finances and achieve financ Ready to simplify your finances and achieve financial independence? 🔥💰 Swipe to learn more about the FIRE concept as part of our Multiply Simplifies series. Discover how you can retire early and live the life you want by following these simple steps.#FIRE #retirement #multiplysimplifies #financialfreedom #financialindependence #financemadesimple #financialliteracy #financialeducation #multiplymalaysia #malaysia
      EPF savings will always be enough for my retiremen EPF savings will always be enough for my retirement - do you think this is a fact or a myth? 🤔Check out our reel to find out the answer, and the recommended retirement savings amount you should have! 🏦#mythbusters #mythbusting #mythbustingmonday #retirement #retirementplanning #retirementsavings #retire #epf #kwsp #personalfinance #malaysia #financialliteracy
      Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Simplifies - your one-stop destination for all things finance! 💰💸 From budgeting to savings, we've got you covered. Today its about EPF, also known as KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Follow us for weekly bite-sized explanations that make financial concepts & elements easy to understand. #multiplysimplifies #financemadesimple #moneytalk #financialliteracy #financialeducation #kewangan #financemalaysia #epf #kwsp #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untu Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untuk suri rumah? 🤔 Tonton reel ini, biar kami jelaskan, dan beritahu pendapat anda di ruangan komen di bawah!👇#mythbustingmonday #multiplymalaysia #celikkewangan #pendidikankewangan #surirumah #wanitaperlutahu #duit #kewangan #wanita #isayang #kwsp

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      1 × four =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      11 + 9 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!