• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    [email protected]
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Merancang Belanjawan

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang BPN 2.0

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Merancang Belanjawan
      • Tarikh Oktober 2, 2020
      What You Need to Know About BPN 2.0 1 - Multiply - Planning & Budgeting

      Pada 23 September 2020, kerajaan telah mengumumkan satu lagi pusingan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), yang merupakan salah satu daripada program bantuan tambahan untuk membantu negara kita terus menempuh fasa pemulihan daripada pandemik Covid-19.

      Apa yang anda boleh dapat?
      BPN yang baru ini, dipanggil BPN 2.0, ialah bantuan utama yang boleh meringankan beban anda dengan pembayaran wang tunai seperti berikut:

      •   RM1,000 untuk isi rumah B40
      •   RM500 untuk orang bujang B40
      •   RM600 untuk isi rumah M40
      •   RM300 untuk orang bujang M40

      Pembayaran akan dibuat secara ansuran sebanyak dua kali iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021 seperti berikut:

      Kategori Oct 2020 Jan 2021
      B40

      Isi Rumah RM700 RM300
      Bujang RM350 RM150
      M40 Isi Rumah RM400 RM200
      Bujang RM200 RM100

       Penerima yang menetap di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan tidak mempunyai akaun bank akan menerima pembayaran tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) pada bulan Januari 2021.

      Siapa yang layak menerima BPN 2.0?
      Anda layak menerima bantuan tunai ini jika pendapatan anda dalam kategori berikut:

      Kategori Pendapatan
      B40

      Isi Rumah RM4,000 ke bawah
      Bujang RM2,000 ke bawah
      M40 Isi Rumah RM4,001-RM8,000
      Bujang RM2,001-RM4,000

       Selain daripada kategori pendapatan, kerajaan juga telah mengenal pasti sub-kategori berikut untuk Isi Rumah dan Bujang:

      •       Isi Rumah: Berkahwin/Ibu atau Bapa Tunggal/Bercerai/Balu atau Duda dengan anak
      •       Bujang: Tidak berkahwin/Bercerai/Balu atau Duda tanpa anak

      Untuk semua kategori pendapatan, penerima perlu berumur 21 tahun ke atas (termasuk warga emas berumur 60 tahun ke atas).

      Macam mana saya akan terima BPN 2.0?
      Kalau anda telah menerima BPN 1.0 sewaktu program tersebut diperkenalkan oleh kerajaan pada bulan April 2020, anda akan turut menerima BPN 2.0 secara automatik.

      Kalau anda tak memohon sebelum ini atau permohonan anda telah ditolak, anda boleh memohon untuk BPN2.0 bermula dari 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020. Permohonan boleh dibuat dalam talian atau dengan menghantar borang permohonan ke pejabat LHDN. Anda boleh cari pejabat LHDN yang terdekat dengan anda di sini.

      Layari https://bpn.hasil.gov.my untuk semak status BPN anda, dapatkan borang permohonan dan hantar permohonan anda dalam talian.

      Ke mana duit tersebut akan dibayar?
      Kalau anda telah menerima BPN 1.0, wang bantuan akan dihantar ke akaun bank yang sama seperti yang telah didaftarkan sebelum ini. Jika akaun bank anda tak aktif, telah ditutup atau jika anda tak mempunyai akaun bank, anda boleh menuntut bayaran tunai di cawangan BSN. Tapi jika akaun bank anda tak aktif atau telah ditutup, anda perlu tunggu sehingga 15 Oktober 2020 iaitu tarikh paling awal untuk menyemak status pembayaran anda dan mendapatkan nombor siri untuk menuntut bayaran tunai anda di BSN.

      Buat masa sekarang, satu-satunya cara untuk rakyat Malaysia yang tak mempunyai akaun bank atau yang berada di kawasan pedalaman untuk mendapatkan bayaran tunai ialah dengan mengunjungi cawangan BSN. Walaupun BSN ada ejen-ejen bank yang membolehkan ia bekerjasama dengan tempat-tempat seperti kedai runcit untuk anda membuat transaksi bank, anda tak boleh menerima pembayaran BPN daripada ejen-ejen ini. Sebaliknya, anda tetap perlu pergi ke cawangan BSN. Anda boleh cari cawangan BSN yang terdekat dengan anda di sini.

      Jangan lupa bawa kad pengenalan anda bersama kalau anda ingin mengambil bayaran tunai di BSN! 

      Macam mana kalau anda telah menerima BPN 1.0 tapi pendapatan anda atau status perkahwinan anda dah berubah?
      Kalau anda telah menerima BPN 1.0 untuk kategori M40, tapi anda sekarang berada dalam kategori B40, anda tak boleh memohon untuk menukar kategori pendapatan anda bagi BPN 2.0. Menurut LHDN, pembayaran BPN 2.0 kepada anda akan dilakukan berdasarkan kategori pendapatan anda di bawah BPN 1.0.

      Kalau anda telah berkahwin atau bercerai sejak menerima bayaran BPN 1.0 dan anda memenuhi syarat tertentu, anda boleh buat permohonan dengan LHDN untuk mengubah status perkahwinan anda dan menukar jumlah bayaran BPN 2.0 kepada yang sepatutnya.

      Untuk maklumat lanjut tentang BPN 2.0, anda boleh layari laman web BPN atau hubungi talian khidmat pelanggan mereka di 03-8911 1000 (atau +603 8911 1100 jika anda membuat panggilan dari luar Malaysia) dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi-5 petang.

      Tag:Merancang Belanjawan

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Moratorium Pinjaman Tamat Hari Ini! Adakah Anda Bersedia Untuk Membayar Balik?
      Oktober 2, 2020

      Seterusnya

      Moratorium Pinjaman Telah Tamat, Tapi Anda Masih Boleh Dapatkan Bantuan Untuk Menguruskan Pinjaman Anda
      Oktober 2, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      inflasi
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21 Julai, 2022
      EN Thumbnail
      5 Tip Untuk Dapatkan Kenaikan Gaji
      23 Mei, 2022
      muslim people praying before having their food
      4 Cara Elakkan Berbelanja Berlebihan Semasa Ramadan dan Hari Raya Ini
      15 April, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      How Do You Respond to Inflation? 3 - Multiply - Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21Jul2022
      Should I Get A Motorcycle 5 - Multiply - Buying a Vehicle
      Patutkah Saya Beli Sebuah Motosikal
      02Jun2022
      5 Tips to Increase Your Salary 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      5 Tip Untuk Dapatkan Kenaikan Gaji
      23Mei2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      [email protected]

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      We are looking for people who are eager to make im We are looking for people who are eager to make impact in the nonprofit space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply.If you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      We’re looking for people who are eager to create We’re looking for people who are eager to create movements in the social impact space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply and more.So if you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on the bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      Want to own a credit card? Here's what you should Want to own a credit card? Here's what you should consider before becoming a credit card user. To learn more check out the link in our bio.
      Faster, easier, cheaper. But you will have to fact Faster, easier, cheaper. But you will have to factor in key aspects of your situation before deciding on a motorcycle.Find out what they are in our latest infographic! Click the link in our bio to check it out.

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      2 × one =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      fourteen + ten =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!