Ringkasan
Unit amanah ialah gabungan pelbagai jenis pelaburan yang dihimpunkan dan diuruskan oleh pengurus dana. Contoh unit amanah ialah Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Ada empat (4) perkara penting yang anda perlu tahu: reputasi, unit amanah, berapa banyak risiko yang anda rasa anda sanggup, macam mana prestasi lampauunit amanah dan nisbah belanja.
-
Reputasi
Jangan hanya bergantung kepada tip keluarga dan kawan-kawan. Rujuk unit amanah yang diluluskan oleh KWSP atau semak Morningstar yang ada senarai penarafan mereka sendiri untuk unit amanah
-
Keutamaan Risiko Anda
Perkataan ‘risiko’ secara mudah merujuk kepada kemungkinan pelaburan anda rugi. Untuk faham tahap toleransi anda terhadap risiko, tanya diri anda berapa banyak wang yang anda sanggup rugi atau terikat dengan pelaburan untuk jangka masa yang lama. Lebih banyak yang anda sanggup rugi, dan lebih lama anda sanggup terikat dengan pelaburan, lebih tinggi toleransi anda terhadap risiko. Ingat, sesetengah unit amanah mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada yang lain.
-
Prestasi Masa Lampau
Masa lampau tak semestinya sama dengan masa depan, tapi prestasi lampau unit amanah boleh memberi anda idea tentang betapa bagus wang anda akan diuruskan jika dilaburkan di situ.
Paling bagus untuk lihat prestasi dana untuk 3 atau 5 tahun.
-
Fi
Anda perlu tahu berapa ‘nisbah belanja’ sesuatu unit amanah kerana ia secara kasar memberitahu anda fi yang anda akan bayar untuk melabur dalam dana yang anda pilih. Nisbah belanja unit amanah adalah antara 0.3% hingga lebih 3%.
Fi ini mungkin nampak kecil tapi ia akan memakan pulangan anda!




