Langkah 1: Pastikan kredibiliti dana
Pengeluaran Akaun 3 KWSP
Cara yang bagus untuk semak kredibiliti sesuatu dana adalah dengan merujuk kepada senarai dana yang diluluskan oleh KWSP, klik di sini dan turun ke artikel ‘Di Mana Anda Boleh Melabur’.. Dana yang tersenarai di situ mesti memenuhi pemarkahan minimum KWSP SACR 2.33. Secara asas, pemarkahan ini mengukur betapa stabil prestasi sesuatu dana dalam tempoh tertentu. Dana yang mempunyai markah rendah daripada SACR 2.33 tidak dimasukkan kerana prestasinya yang tidak stabil.
Bercakap tentang Pengeluaran Akaun 3 KWSPanda mungkin boleh memindahkan sehingga 30% daripada jumlah lebihan Simpanan Asas dalam Akaun KWSP anda untuk melabur dalam dana yang diluluskan oleh KWSP!
Morningstar
Selain itu, anda juga boleh semak penarafan dana Morningstar dengan pergi ke laman web mereka di sini. Morningstar menggunakan kriteria mereka sendiri untuk menyediakan penarafan yang jelas yang menunjukkan betapa prestasi sesuatu dana boleh dipercayai, jadi anda tak perlu mengiranya sendiri.
Di laman web, pergi ke Fund Tools, kemudian Funds to Explore, dan klik Snapshot . Di sini anda akan lihat senarai unit amanah dan penarafan Morningstar di sebelah nama masing-masing. Klik lajur penarafan Morningstar untuk susun senarai mengikut penarafan, jadi anda akan lihat dana dengan penarafan tertinggi berada paling atas dalam senarai.

Sumber: Morningstar




