-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Apa itu pembiayaan semula?
- Bila anda patut pertimbangkan membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan anda?
- Apakah fi yang anda harus tanggung?
- Apa yang akan dipertimbangkan oleh bank sebelum memberi anda pinjaman baru?
- Apa anda perlu buat sebelum mengambil keputusan untuk membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan?
- Bagaimana cara membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan anda?
Apa itu pembiayaan semula?
Pembiayaan semula pinjaman perumahan bermaksud mengambil pinjaman baru untuk melangsaikan pinjaman perumahan yang sedia ada, dengan menggunakan rumah anda sebagai cagaran. Ada tiga sebab utama mengapa seseorang mungkin membuat pembiayaan semula rumah mereka:
- Untuk mengurangkan bayaran balik bulanan jika anda boleh mendapat pinjaman baru dengan kadar faedah yang lebih rendah.
- Untuk mengurangkan jumlah bayaran balik bulanan dengan melanjutkan tempoh pinjaman.
- Untuk mendapatkan wang tunai dengan membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan.