-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Apa itu pembiayaan semula?
- Bila anda patut pertimbangkan membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan anda?
- Apakah fi yang anda harus tanggung?
- Apa yang akan dipertimbangkan oleh bank sebelum memberi anda pinjaman baru?
- Apa anda perlu buat sebelum mengambil keputusan untuk membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan?
- Bagaimana cara membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan anda?
Bila anda patut pertimbangkan membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan anda?
1. Kadar faedah yang lebih rendah
Kadang-kadang, bank mungkin boleh menawarkan anda pinjaman baru dengan kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman sedia ada. Pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah bermaksud anda akan membayar jumlah yang kurang untuk faedah dan bayaran bulanan.
Rasa macam bijak tak?
Bayangkan tempoh pinjaman perumahan anda tinggal 10 tahun lagi dan anda ada baki RM100,00 untuk dibayar balik pada kadar faedah 3.8%. Contohnya, jika bank menawarkan anda pinjaman baru berjumlah RM100,000 dengan kadar faedah 3.1% untuk 10 tahun, penjimatan anda adalah seperti berikut:
Pinjaman pada kadar 3.8% | Pinjaman pada kadar 3.1% | |
Bayaran balik bulanan (RM) | 1,003 | 970 |
Penjimatan bulanan (RM) | – | 33 |
Jumlah faedah untuk tempoh 10 tahun (RM) | 20,357 | 16,428 |
Jumlah penjimatan (RM) | – | 3,929 |
Guna kalkulator pinjaman perumahan kami untuk mengira jumlah yang anda dapat jimat dengan kadar faedah pinjaman yang lebih rendah.
2. Jika nilai hartanah anda telah meningkat dan anda perlukan wang tunai tambahan
Jika nilai hartanah anda meningkat, anda boleh membuat pembiayaan semula pinjaman untuk melangsaikan pinjaman sedia ada. Anda akan mendapat wang tunai jika ada baki wang setelah melangsaikan pinjaman sedia ada anda itu.
Rasa macam bijak tak?
Contohnya, katakan 10 tahun yang lalu, anda telah membeli rumah pada harga RM300,000. Anda mengambil pinjaman perumahan sebanyak RM250,000 dan setakat ini telah pun membayar RM125,000 untuk rumah tersebut. Sekarang nilai rumah anda telah meningkat kepada RM350,000. Anda boleh membuat pembiayaan semula rumah anda pada jumlah RM350,000 untuk melangsaikan baki RM125,000 yang anda berhutang dengan bank dan menerima baki wang sebanyak RM125,000 dalam bentuk wang tunai. Tapi jangan lupa, anda perlu membayar faedah untuk pinjaman RM350,000 yang baru itu. Jadi, anda patut buat pembiayaan semula untuk jumlah yang perlu sahaja. Tak perlu ambil jumlah penuh tanpa sebab yang kukuh. Walaupun kadar faedah mungkin lebih rendah daripada pinjaman lain, pinjaman perumahan biasanya adalah untuk tempoh yang panjang.
3. Jika anda mahu mengurangkan bayaran balik bulanan
Anda boleh buat pembiayaan semula pinjaman anda untuk melanjutkan tempoh pinjaman supaya jumlah bayaran balik bulanan anda dapat dikurangkan. Ini satu pilihan yang anda ada kalau anda rasa tak mampu nak bayar hutang rumah anda setiap bulan. Namun walaupun jumlah bayaran bulanan anda berkurangan, anda mungkin membayar lebih faedah untuk tempoh pinjaman yang lebih lama.
Rasa macam bijak tak?
Contohnya, pinjaman asal anda ialah sebanyak RM250,000 untuk tempoh 25 tahun dengan kadar faedah 3.5% dan bayaran balik bulanan anda pula ialah RM1,347. Jika anda membuat pembiayaan semula pinjaman anda dan memanjangkan tempoh kepada 30 tahun, bayaran balik bulanan anda berkurangan tetapi anda sebenarnya membayar lebih untuk faedah pinjaman.
Tempoh pinjaman 25 tahun | Tempoh pinjaman 30 tahun | |
Jumlah pinjaman (RM) | 250,000 | 250,000 |
Jumlah faedah (RM) | 125,468 | 154,140 |
Bayaran balik (RM) | 1,252 | 1,123 |
Pertambahan Jumlah Faedah (RM) | – | 28,672 |
Guna kalkulator pinjaman perumahan kami untuk mengira jumlah kos jika anda mengambil pinjaman untuk tempoh yang lebih lama.