- Home
- Panduan kami
- Merancang Belanjawan
- Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer
Bagaimanakah Scammer Menghubungi Mangsa?
Dalam panduan ini, anda telah belajar mengenai mangsa yang disasarkan oleh scammer dan cara mereka berbuat demikian. Satu lagi perkara penting untuk anda faham adalah bagaimana scammer menghubungi mangsa mereka.
Ingat: Bukan semua scammer menyasarkan mangsa dalam talian; ada yang masih menggunakan pendekatan tradisional seperti bersemuka dengan mangsa secara terus.
Berikut ialah tiga saluran yang scammer gunakan untuk mencari dan menyasarkan mangsa mereka:
1. Melalui Panggilan, Mesej Dan E-mel

Kajian menunjukkan bahawa scammer lazimnya menyasarkan mangsa melalui panggilan telefon, penghantaran teks (contohnya, WhatsApp) dan juga SMS.
Contohnya, scammer juga mungkin menghubungi mangsa secara terus melalui panggilan telefon atau menghantar pautan berbahaya kepada mereka melalui mesej WhatsApp atau SMS.
2. Melalui Platform Dalam Talian

Platform media sosial dan e-dagang dalam talian juga merupakan satu lagi saluran popular bagi scammer yang mencari mangsa.
Sebagai contoh, scammer sering menyiarkan iklan di Facebook dan media sosial lain untuk menarik mangsa ke dalam penipuan mereka.
Sementara itu, scammer e-dagang juga mungkin menyamar sebagai penjual di laman web beli-belah popular untuk mengambil wang daripada pelanggan tanpa menghantar produk yang dipesan.
3. Melalui Interaksi Langsung

Walaupun jarang berlaku, terdapat scammer yang masih menyasarkan mangsa melalui interaksi secara langsung. Sesetengah mungkin menyasarkan rakan dan ahli keluarga mereka sendiri, manakala yang lain mungkin mendekati mangsa secara peribadi di tempat awam.
Contohnya, penipu boleh mengutip derma daripada rakan, keluarga atau orang yang tidak dikenali untuk badan amal yang sebenarnya tidak wujud. Sebaliknya, mereka akan menyimpan wang derma tersebut untuk kepentingan sendiri.




