- Home
- Panduan kami
- Merancang Belanjawan
- Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer
Bagaimana Scammer Memilih Mangsa?
Adalah mudah untuk mengandaikan bahawa hanya golongan tertentu yang akan menjadi mangsa penipuan, contohnya mereka yang terdesak untuk menjadi kaya dengan cepat atau yang kurang celik ilmu kewangan.
Sebenarnya, banyak laporan berita yang menunjukkan bahawa penipu menyasarkan semua lapisan masyarakat, termasuklah mereka dalam komuniti B40 dan M40 dan merentas semua jenis kerjaya, seperti pesara, kakitangan kerajaan, akauntan, jurutera, doktor, dan usahawan.
Ini bermakna anda mesti berjaga-jaga untuk melindungi diri dan orang disayangi daripada menjadi mangsa, terutamanya mereka yang berada dalam salah satu kategori berisiko tinggi berikut:
1. Warga emas

Warga emas lebih cenderung menjadi mangsa penipuan atas beberapa sebab. Sebagai contoh, kekurangan kesedaran mengenai taktik penipuan serta tidak dapat membuat keputusan kewangan yang baik.
Sementara itu, warga emas berumur 55 tahun ke atas juga mempunyai akses kepada simpanan persaraan mereka, yang menyebabkan mereka menjadi sasaran scammer.
2. Orang yang nampak kaya

Orang yang terlalu banyak berkongsi di media sosial juga boleh menyebabkan diri mereka terdedah kepada ramai penjenayah, termasuk scammer.
Scammer boleh menyasarkan mereka dengan melalui foto, lokasi dan butiran tentang keselamatan peribadi yang dikongsikan dalam talian.
3. Bekas mangsa scam

Akhir sekali, penjenayah juga menyasarkan orang yang pernah menjadi mangsa kepada penipuan. Scammer beranggapan bahawa mangsa yang telah jatuh ke dalam perangkap mereka boleh diperdaya sekali lagi.




