- Home
- Panduan kami
- Merancang Belanjawan
- Kenali Kesemuanya Mengenai Pemfailan Cukai Pendapatan
Apakah pelepasan cukai?
Pelepasan cukai ialah perbelanjaan yang dibenarkan oleh LHDN untuk dipotong daripada pendapatan kena cukai. Anda patut memanfaatkan pelepasan yang diberikan untuk membantu mengurangkan cukai anda.
Contohnya, jika anda membeli komputer peribadi tahun lepas, anda layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM2,500.
Tiga perkara penting yang perlu diingat tentang pelepasan cukai:
- Pelepasan cukai dikemaskini setiap tahun. Periksa senarai pelepasan cukai setiap tahun.
- Ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan pelepasan cukai, jadi pastikan anda memenuhi kriteria untuk membuat tuntutan. Klik pautan LHDN di sini untuk senarai penuh pelepasan cukai dan kriteria yang dikenakan.
- Untuk pelepasan cukai yang anda ingin tuntut, anda perlu simpan resit anda yang berkenaan untuk tempoh tujuh tahun sebagai bukti (sekiranya anda mendapat panggilan untuk menjalani audit cukai).
Berikut senarai beberapa pelepasan cukai yang mungkin terpakai untuk anda:
| No. | Jenis-jenis Pelepasan Cukai Individu | Jumlah (RM) |
| 1 | Fi pendidikan untuk diri sendiri | Sehingga 7,000 |
| 2 | Perbelanjaan perubatan untuk ibu bapa | Sehingga 8,000 |
| 3 | Alat sokongan asas untuk diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa yang kurang upaya | Sehingga 6,000 |
| 4 | Komputer peribadi, telefon bimbit, buku, peralatan sukan dan langganan internet | Sehingga 2,500 |
| 5 | Perbelanjaan yang berkaitan dengan aktiviti sukan untuk diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa | Sehingga 500 |
| 6 | Fi penjagaan anak-anak di pusat penjagaan kanak-kanak atau taska yang berdaftar (Boleh dituntut sama ada oleh suami atau isteri, tidak kedua-duanya) | Sehingga 3,000 |




