- Home
- Panduan kami
- Merancang Belanjawan
- Kenali Kesemuanya Mengenai Pemfailan Cukai Pendapatan
Apakah kadar cukai?
Kadar cukai ialah peratusan yang digunakan untuk mengira cukai yang anda perlu bayar ( cukai kena bayar) daripada jumlah pendapatan kena cukai anda. Lebih tinggi pendapatan kena cukai anda, lebih tinggi kadar cukai, dan lebih banyak cukai yang anda harus bayar.
Contohnya, jika pendapatan bersih anda ialah RM80,000 dan anda telah menuntut pelepasan yang ada, pendapatan kena cukai anda ialah RM57,100. Lihat cara pengiraan cukai anda di bawah:
| Pendapatan Tahunan yang Kena Cukai (RM) | Pengiraan (RM) | Kadar % | Cukai (RM) |
| 0 – 5,000 | Untuk 5,000 pertama | 0 | 0 |
| 5,001 – 20,000 | 15,000 berikutnya | 1 | 150 |
| 20,001 – 35,000 | 15,000 berikutnya | 3 | 450 |
| 35,001 – 50,000 | 15,000 berikutnya | 6 | 900 |
| 50,001 – 70,000 | 20,000 berikutnya | 11 | 2,200 |
Jumlah cukai kena bayar will be RM0 + RM150 + RM450 + RM900 + (11% * RM57,100 – RM50,000) = RM2,281
Anda boleh mendapatkan pengiraan cukai anda dengan mudah apabila membuat pemfailan di laman web LHDN.
Bagi kadar cukai untuk tahun taksiran 2023, sila klik di sini.




