Nasihat berguna
-
Macam mana saya nak cari apa EIR sebuah pinjaman?
Anda boleh dapatkan maklumat ini dalam cetakan halus Lembaran Pendedahan Produk atau dalam laman pinjaman itu. Kadangkala maklumat ini mungkin susah untuk dicari atau ia memang tidak ada dipamerkan di mana-mana. Dalam kes ini, hubungi pemberi pinjaman dan minta padanya!
-
Macam mana saya nak minimumkan kos keseluruhan pinjaman saya?
-
- Kadar faedah rata
Untuk kadar faedah rata, apabila anda sudah setuju dengan tempoh pinjaman (contohnya 3, 5, 6 tahun), anda perlu membayar faedah untuk seluruh tempoh pinjaman. Walaupun anda dah bayar pinjaman itu sepenuhnya lebih awal!
Selain daripada itu, anda juga mungkin juga perlu membayar fi penalti kerana membuat pembayaran awal.
Untuk menjimatkan kos satu pinjaman dengan kadar faedah rata (contohnya pinjaman kenderaan, pinjaman sewa beli atau pinjaman peribadi), cuba dapatkan pinjaman untuk tempoh yang lebih pendek tetapi dengan kadar bayaran balik bulanan yang masih mampu anda bayar. Dan buatlah pembayaran bulanan tepat pada masanya untuk mengelakkan daripada dikenakan penalti pembayaran awal mahupun pembayaran lewat.
-
- Pinjaman kadar faedah baki berkurangan
Bagi pinjaman kadar faedah baki berkurangan, anda boleh menjimatkan bayaran faedah dengan membuat bayaran balik awal. Kalau anda ada duit lebih, anda boleh buat bayaran balik sekali sahaja untuk kurangkan lagi jumlah prinsipal. Ini akan mengurangkan faedah yang anda bayar.
Tapi sebelum itu, anda perlu semak sama ada pilihan ini dibenarkan oleh pemberi pinjaman anda.