Kadar Faedah Efektif (EIR)
Kita semua tahu apa itu kadar faedah. Bagi simpanan, kadar faedah merujuk kepada berapa banyak yang pihak bank bayar kepada anda untuk meletakkan duit anda ke dalam sebuah akaun simpanan. Untuk pinjaman, kadar faedah merujuk kepada berapa banyak caj yang dikenakan oleh bank terhadap anda untuk wang yang anda pinjam daripadanya.
Tapi sebenarnya pinjaman yang berlainan mempunyai jenis kadar faedah yang berbeza-beza dan keadah pengiraan jumlah bayaran faedah juga tidak sama. Sebagai contoh, kadar faedah tahunan rata sebanyak 2% tidak sama dengan kadar faedah baki berkurangan (Apa tu? Ketahui lebih lanjut di bawah) sebanyak 2%.
Jadi, untuk perbandingan kos sebuah pinjaman secara konsisten, cari Kadar Faedah Efektif (EIR) atau Kadar Keuntungan Efektif (untuk pinjaman patuh Syariah).