• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Multiply Terangkan

      Multiply Menjelaskan – Apa itu PERKESO?

      • Dihasilkan oleh Multiply
      • Kategori Multiply Terangkan
      • Tarikh Oktober 14, 2020
      Multiply Explains – What is SOCSO? 1 - Multiply - Multiply Explains

      Apa Itu PERKESO?

      Anda mungkin pernah lihat potongan untuk PERKESO pada slip gaji anda setiap bulan, tetapi adakah anda betul-betul tahu untuk apa ia digunakan? Ramai antara kita tidak tahu.

      PERKESO ialah singkatan bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial (dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai SOCSO – Social Security Organisation). Ia menyediakan perlindungan kepada pekerja melalui dua skim utama: Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

      Mari kita fahami apa yang dilindungi di bawah skim ini, berapa jumlah caruman, dan apakah faedah yang anda mungkin layak terima.

       

      Mengenali PERKESO

      PERKESO (ataupun nama penuhnya Pertubuhan Keselamatan Sosial) menguruskan program perlindungan kewangan untuk golongan pekerja. Potongan gaji bulanan anda untuk PERKESO dibuat bagi tujuan mencarum dalam Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Employment Injury Insurance and Invalidity Scheme.

      SOCSO juga turut menyediakan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri untuk pekerja yang bekerja sendiri serta Skim Insurans Pekerjaan untuk memberi pampasan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan atas sebab-sebab tertentu.

       

      Apakah Skim-skim PERKESO?

      1. Skim Bencana Pekerjaan
      Skim ini melindungi pekerja daripada kemalangan atau penyakit yang berlaku akibat kerja atau semasa dalam perjalanan untuk tujuan kerja. Ini termasuk kemalangan semasa dalam perjalanan pergi atau balik dari tempat kerja (tetapi tidak termasuk jika anda membuat persinggahan peribadi). Skim Bencana Pekerjaan memberi manfaat perubatan dan kewangan kepada pekerja sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan atau jatuh sakit akibat pekerjaan. Perlindungan ini merangkumi:

      1. Kemalangan industri, contohnya jika anda bekerja di sebuah kilang atau tapak pembinaan
      2. Kemalangan semasa dalam perjalanan, iaitu perjalanan ke tempat kerja, daripada rumah anda ke tempat kerja anda, atau daripada tempat kerja anda ke tempat makan pada waktu rehat. Tapi ingat, anda hanya akan dilindungi semasa anda dalam perjalanan pergi ke tempat kerja atau dari tempat kerja. Anda tak dilindungi jika anda singgah di bank atau pejabat pos selepas makan tengah hari!
      3. Kemalangan semasa kecemasan di tempat kerja, contohnya jika anda membantu rakan sekerja anda meninggalkan bangunan pejabat apabila berlaku kebakaran.
      4. Penyakit berkaitan pekerjaan seperti kehilangan pendengaran akibat terlalu banyak terdedah kepada bunyi bising, dan penyakit lelah (asthma) akibat terlalu banyak menyedut habuk atau bahan kimia berbahaya di tempat kerja

      2. Skim Keilatan
      Skim ini melindungi pekerja yang menjadi kurang upaya secara kekal dan tidak dapat bekerja serta tidak mampu menjana sekurang-kurangnya 1/3 daripada pendapatan biasa seseorang yang sihat. Tidak seperti Skim Bencana Pekerjaan, Skim Keilatan meliputi ketidakupayaan atau kematian yang tidak berkaitan dengan pekerjaan, selagi berlaku sebelum umur 60 tahun.

       

      Apakah Faedah di Bawah PERKESO?
      Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan memberikan bantuan perubatan dan kewangan jangka pendek dan jangka panjang, bergantung kepada tahap kesakitan atau bencana yang dialami. Orang tanggungan anda juga akan mendapat faedah jika anda meninggal dunia. 

      Faedah khusus di bawah setiap skim adalah seperti berikut: 

      Skim Bencana Pekerjaan Skim Keilatan
      1.       Faedah Hilang Upaya Sementara:

      • Rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan sehingga anda sembuh sepenuhnya. Senarai klinik panel mereka boleh didapati di sini.
      • Penjagaan perubatan dan rawatan di wad kelas kedua di hospital kerajaan untuk kecederaan parah.
      • Rawatan pakar jika diperlukan.
      • Untuk rawatan di klinik yang bukan panel PERKESO, anda boleh membuat tuntutan bayaran balik daripada PERKESO untuk perbelanjaan perubatan anda.

      2.       Faedah Hilang Upaya Sementara:

      • Kalau anda diberi sekurang-kurangnya empat hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor, PERKESO akan membayar antara RM30 dan RM105.33 sehari, bergantung kepada gaji anda.

      3.       Faedah Hilang Upaya Kekal:

      • Kalau anda mengalami hilang upaya kekal disebabkan oleh kemalangan di tempat kerja, anda boleh mendapat RM30 and RM118.50 sehari daripada PERKESO. Pastikan anda membuat tuntutan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh anda mula mengalami hilang upaya kekal!
      • Bergantung kepada jumlah bayaran, anda akan menerima sama ada bayaran penuh sekaligus, atau anda akan dapat sebahagian bayaran dan bakinya akan dibayar kepada anda secara bulanan sepanjang hayat.

      4.       Elaun Layanan Sentiasa:

      • Kalau anda mengalami hilang upaya kekal dan anda memerlukan seorang pekerja perubatan bertauliah untuk menjaga anda sepanjang masa, anda layak menerima elaun bulanan sebanyak RM500.

      5.       Pemulihan jasmani/vokasional:

      • Fisioterapi, terapi pekerjaan, pembedahan rekonstruktif, bekalan prostetik, ortotik dan peralatan lain, serta perkakas seperti kerusi roda, tongkat, bantuan pendengaran, cermin mata, kasut khas dan lain-lain.
      • Latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki TV/radio, menaip dan lain-lain.

      6.       Faedah Orang Tanggungan

      • Kalau anda meninggal dunia disebabkan oleh bencana pekerjaan, tanggungan anda (suami/isteri dan anak, atau ibu-bapa dan adik-beradik anda jika anda tak berkahwin dan tak mempunyai anak, atau datuk/nenek anda jika ibu-bapa anda telah meninggal dunia) akan dibayar dalam jumlah antara RM30 dan RM118.50 sehari bergantung kepada gaji anda.

      7.       Faedah Pengurusan Jenazah:

      • Kalau anda meninggal dunia disebabkan oleh bencana pekerjaan atau semasa anda menerima faedah hilang upaya kekal, pihak yang menanggung kos pengurusan jenazah anda layak menerima wang sehingga RM2,000.

      8.       Faedah pendidikan:

      • Kalau anda meninggal dunia disebabkan oleh bencana pekerjaan atau semasa menerima faedah hilang upaya kekal, anak-anak anda boleh mendapat pinjaman pendidikan (Baca lebih lanjut di sini).

      Untuk maklumat lanjut tentang Skim Bencana Pekerjaan, klik di sini.

      1.       Pencen Ilat:

      • Kalau anda mengalami kesakitan atau hilang upaya yang teruk dan tidak dapat bekerja, anda belum mencapai umur 60 tahun dan telah mencarum dengan PERKESO untuk sekurang-kurangnya dua tahun, anda layak menerima pencen bulanan sekurang-kurangnya RM475, bergantung kepada jumlah gaji anda.

      2.       Bantuan Ilat:

      • Kalau anda mengalami kesakitan atau hilang upaya yang teruk dan tak dapat bekerja, tapi tak memenuhi syarat untuk mendapatkan pencen ilat, anda boleh terima jumlah bayaran yang sama dengan jumlah yang anda sepatutnya terima daripada pencen ilat. Perbezaannya ialah anda akan menerima bayaran penuh sekaligus, bukan pencen bulanan.

      3.       Elaun Layanan Sentiasa:

      • Kalau anda mengalami hilang upaya kekal dan anda memerlukan seorang pekerja perubatan bertauliah untuk menjaga anda sepanjang masa, anda layak menerima elaun bulanan sebanyak RM500.

      4.       Pencen Penakat:

      • Kalau anda meninggal dunia sebelum umur 60 tahun atau semasa anda menerima faedah pencen ilat, orang tanggungan anda layak menerima pencen bulanan berjumlah sekurang-kurangnya RM475.

      5.       Faedah Pengurusan Jenazah:

      • Kalau anda meninggal dunia disebabkan oleh bencana pekerjaan atau semasa anda menerima faedah kurang upaya kekal, pihak yang menanggung kos pengurusan jenazah anda layak menerima wang sehingga RM2,000.

      6.       Pemulihan jasmani/vokasional:

      • Fisioterapi, terapi pekerjaan, pembedahan rekonstruktif, bekalan prostetik, ortotik dan peralatan lain, serta perkakas seperti kerusi roda, tongkat, bantuan pendengaran, cermin mata, kasut khas dan lain-lain.
      • Latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki TV/radio, menaip dan lain-lain.
      • Rawatan dialisis bagi kes kegagalan buah pinggang kronik.

      7.       Faedah pendidikan:

      • Kalau anda meninggal dunia semasa menerima pencen ilat, atau sebelum mencapai umur 60 tahun dan anda memenuhi syarat tertentu, anak-anak anda boleh mendapat pinjaman pendidikan (Baca lebih lanjut di sini).

      Untuk maklumat lanjut tentang Skim Keilatan, klik di sini.

       

      Bagaimana Caruman PERKESO Berfungsi?

      Sama seperti caruman KWSP, kedua-dua majikan dan pekerja mencarum bahagian tertentu kepada PERKESO setiap bulan. Kadar caruman PERKESO berdasarkan kategori berikut:

      • Kategori pertama: Caruman kepada Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan untuk para pekerja yang berumur kurang daripada 60 tahun. Caruman akan mengikut jadual yang ditetapkan oleh PERKESO. Jika anda belum mencapai umur 60 tahun, anda tergolong dalam kategori ini. Majikan anda perlu mencarum 1.75% daripada gaji bulanan anda dan anda pula perlu mencarum 0.5% daripada gaji bulanan anda berdasarkan jadual PERKESO. 
      • Kategori kedua: Pekerja yang sudah mencapai usia 60 tahun akan dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan sahaja. Jika anda berumur 55 tahun dan baru mula bekerja, anda tergolong dalam kategori ini, dan majikan anda harus menyumbang 1.25% daripada gaji bulanan anda berdasarkan jadual PERKESO.

      Walaupun PERKESO telah menetapkan peratusan caruman oleh anda dan majikan anda daripada gaji bulanan anda, jumlah caruman bulanan ini sebenarnya berdasarkan jadual gaji PERKESO. Dalam jadual ini, PERKESO telah membahagikan beberapa tahap gaji ke dalam julat tertentu. 

      Contohnya, jika anda tergolong dalam kategori pertama dan gaji anda antara RM1,001 dan RM1,100, PERKESO telah mengenal pasti bahawa majikan anda perlu mencarum sebanyak RM18.35 dan anda pula perlu mencarum sebanyak RM5.25. Jika gaji anda antara RM1,101 dan RM1,200, PERKESO telah menetapkan bahawa majikan anda perlu mencarum sebanyak RM20.15 dan anda perlu mencarum sebanyak RM5.75. 

      Anda boleh rujuk kepada jadual caruman PERKESO di sini.

      Anda juga patut tahu bahawa caruman PERKESO hanya dihitung sehingga gaji bulanan maksimum RM4,000. Kalau anda berpendapatan lebih daripada RM4,000, anda masih perlu mencarum dengan PERKESO dan masih akan dilindungi oleh PERKESO. Caruman anda hendaklah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh PERKESO untuk kategori gaji melebihi RM4,000. 

      Jika anda mahu pelajari dengan lebih lanjut tentang caruman PERKESO, sila klik di sini.

      Cara Membuat Tuntutan PERKESO

      Kalau anda perlu membuat tuntutan dengan PERKESO, anda boleh dapatkan borang yang anda perlukan di sini. PERKESO boleh dihubungi di 1300 22 800 atau perkeso@perkeso.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara membuat tuntutan.

      Sekarang anda dah tahu apa itu PERKESO, jadi lain kali bila anda tengok slip gaji anda, anda akan faham tujuan pemotongan gaji untuk caruman PERKESO. Oleh sebab perlindungan yang diberikan oleh PERKESO tak seluas polisi insurans biasa, bayaran bulanannya lebih murah berbanding insurans, tapi faedah yang boleh didapati daripadanya tentu amat berguna sekiranya anda memerlukan.

       

      Soalan Lazim (FAQ): Mengenali PERKESO

      1. Apa itu PERKESO dan siapa yang perlu mencarum?
        PERKESO ialah perlindungan keselamatan sosial untuk pekerja di Malaysia. Semua pekerja sektor swasta yang bergaji RM4,000 ke bawah wajib mencarum.
      2. Apa beza PERKESO dan insurans biasa?
        PERKESO ialah skim perlindungan yang diwajibkan kerajaan. Ia meliputi risiko pekerjaan dan keilatan, tetapi tidak memberi pulangan simpanan atau pelaburan.
      3. Bolehkan saya tuntut jika saya bekerja sendiri?
        Hanya jika anda berdaftar di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
      4. Berapa saya perlu carum kepada PERKESO?
        Antara 0.5% hingga 1.75% daripada gaji, bergantung kepada kategori dan jumlah gaji.
      5. Kalau saya gaji lebih RM4,000 macam mana?
        Anda masih dilindungi, tetapi caruman dan faedah akan dikira berdasarkan kadar gaji maksimum RM4,000.

       

      Kesimpulan

      PERKESO ialah satu bentuk perlindungan sosial asas tetapi penting untuk pekerja di Malaysia. Walaupun tidak seluas insurans peribadi, ia dapat memberi sokongan penting semasa kecemasan perubatan, kemalangan kerja atau ketidakupayaan jangka panjang.

      Untuk maklumat lanjut, lawati www.perkeso.gov.my atau berbual dengan bahagian HR anda.

      Kongsikannya:


      User Avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      3 Tip Menabung untuk Membeli Komputer Permainan Canggih
      Oktober 14, 2020

      Seterusnya

      5 Tips Jaga Duit dalam ‘Lockdown’
      Oktober 21, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      AI Article #3_ Feature Images
      Multiply Terangkan: Bagaimana Cara Melindungi Diri Anda Daripada AI Scam?
      22 Julai, 2024
      ENG_How Do I Identify AI Scams
      Multiply Terangkan: 5 Cara Mengesan Kandungan Janaan AI Yang Digunakan Dalam AI Scam
      18 Julai, 2024
      AI_Feature Image
      Multiply Terangkan: Apa Itu AI Scam?
      15 Julai, 2024

      Cari

      Artikel Terkini

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      03Mac2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      04Okt2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      01Okt2024

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Mengenali Scams

      Panduan terkini

      Multiply Guides: How To Read Your Payslip & Why Is It Important?

      Panduan Multiply: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

        newsletter-subscribe-multiply

        logo-multiply-learn-investing-for-free

        hello@multiply.org.my

        Maklumat

        • Laman Utama
        • Blog
        • Tentang Kami
        • Hubungi

        Kategori

        • Merancang Belanjawan
        • Simpanan & Pelaburan
        • Menguruskan Hutang
        • Membeli Kenderaan

        Kategori

        • Membeli Rumah
        • Insurans
        • Persaraan
        • Semua Panduan

        Instagram Feed

        🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web 🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web Multiply yang serba baharu!Kami sedang mencari rakyat Malaysia yang berumur 20-35 tahun untuk menguji laman web terbaharu kami.💡Akses awal💬 Maklum balas jujur📈 Bantu kami tambah baikTap pada link di bio untuk mendaftar sekarang!- - - - - -🚨Be the first to experience the all-new Multiply page!We’re looking for testers aged 20-35 to try our new website and tell us what you think.💡Early access💬 Honest feedback📈 Real impactTap the link in our bio to sign up now!#Finance #PersonalFinance #financialliteracy #Testers #Multiply
        ✨ 2025, we see you! ✨ Selamat Tahun Baru, Mul ✨ 2025, we see you! ✨Selamat Tahun Baru, Multipliers! 🎉 Here’s to leveling up, smashing goals, and keeping that duit game strong 💸🔥New year, new vibes, but still the same Multiply fam ready to support you every step of the way. 💪What’s your big goal for 2025? 👀 Drop it in the comments—let’s make it happen together! 🚀#MultiplyMY #NewYearVibes #2025HereWeCome
        As 2024 wraps up, let's look back at all we accomp As 2024 wraps up, let's look back at all we accomplished together, Multipliers! 🎉From our top 5 articles to the most popular tools on our site—korang memang power! 💪 THANK YOU for an amazing year 🫶Psst... 2025 is bringing something HUGE 🤫 Stay tuned and hold on to that hype! 🚀#MultiplyMY #MultiplyWrapped #2025Excitement
        We’re focused on enhancing your experience and b We’re focused on enhancing your experience and bringing you exciting updates tailored just for you.Stay tuned—we can’t wait to share what’s coming next!If you have any questions or need assistance in the meantime, feel free to reach out to us at hello@creador-foundation.com. Thank you for your support—we’re excited to reveal what we’ve been working on soon!

        Multiply by Creador Foundation.

        • Privasi
        • Terma
        • Peta laman

        Facebook Google

        Log masuk dengan akaun laman anda

        eight − 4 =

        Lupa kata laluan anda?

        Belum jadi ahli? Daftar sekarang

        Daftar akaun baru

        10 + 15 =

        Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

        popup

        scam quiz_types of scams

         

        Uji pengetahuan korang tentang scam dan tengok korang boleh kalahkan scammer ke tak! Adakah anda level Budak Terer, Budak Standard, atau Budak Baru?

        Dah sedia untuk jawab kuiz? Klik "Mulakan Kuiz" kat bawah!

        1. 
        Ok, jom kita mula! Kekasih online korang (yang korang tak pernah jumpa depan-depan) bagitau yang dia ada hantar satu barang kat korang. Tapi korang kena bayar caj pelepasan di laman web “Kastam” untuk menuntutnya. Korang akan bayar ke tak?

        2. 
        Korang terima pautan dalam e-mel dari bank yang mintak korang set balik kata laluan sebab ada orang cuba hack akaun korang. Apa tindakan korang?

        3. 
        Pegawai penyiasat telefon dan bagitahu maklumat peribadi korang telah digunakan dalam aktiviti pengubahan wang haram. Jika tak nak dilanda masalah, korang kena bayar denda RM10,000 ke bank akaun.

        4. 
        Sebuah syarikat di Jakarta mendesak korang untuk melabur dengan segera, tapi takde maklumat lengkap mengenai diorang kat dalam talian. Jadi, nak melabur ke tak?

        5. 
        Seorang penganjur meminta derma daripada anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir, malah menunjukkan gambar individu yang terlibat. Patut derma atau tidak?

        6. 
        Ada orang dalam group WhatsApp menawarkan pekerjaan sambilan dengan gaji sebanyak RM5,000, tapi korang kena bayar wang pendahuluan dulu. Apa tindakan korang?

        7. 
        Ada pihak nak sewa bank akaun anda dengan harga RM500 untuk setiap transaksi yang dibuat. Nak ke tak?

        8. 
        Korang dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali, tetapi suaranya macam bos korang. Dia minta korang transfer RM10,000 ke akaun yang tak dikenali. Korang transfer tak?

        9. 
        Seorang peniaga di Mudah.my sedang menjual telefon bimbit yang baru dilancarkan dengan diskaun 90%. Tapi, korang buat bayaran segera kerana terdapat pembeli lain yang berminat. Apa yang akan korang buat?

        10. 
        Iklan di Instagram telah mempromosikan agensi perkhidmatan membersihkan rumah yang murah. Apabila korang menghubungi agensi tersebut, agensi tu minta korang buat tempahan melalui aplikasi APK khas yang perlu dimuat turun. Patutkah korang muat turun aplikasi APK tersebut?

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Ambil kuiz kami!



        Apakah personaliti kewangan Anda?

        Terbaru


        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apakah personaliti Kewangan Anda?

        Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

        1. It's the end of the month, you are thinking...

        2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….

        3. So you crashed your car and it's going to cost RM1,000 to fix, you

        4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…

        5. After months of saving (see "sikit -sikit, lama-lama jadi bukit" really is true), you've got cash sitting in the bank. You then

        6. You're buying a new car (yes, imagine away - Toyota, Proton, or BMW). You take

        7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

        1. 
        Bagaimana anda memperoleh pendapatan?

        2. 
        Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?

        3. 
        Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?

        4. 
        Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?

        5. 
        Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?

        6. 
        If you're taking money from your EPF account during the MCO/CMCO (under i-Lestari), how are you using it?

        7. 
        Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:

        8. 
        Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?

        9. 
        Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?

        10. 
        Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?

        11. 
        How do you think you'll manage your money in 2021?

        12. 
        Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?

        13. 
        Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:

        14. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:

        15. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?

        clock.png

        Time's up