Pekerja Gig dan Ingin Dapatkan Perlindungan Perubatan? Sertai plan SESSS!

SESSS Malaysia: Perlindungan Perubatan & Kewangan untuk Pekerja Gig
Jika anda seorang pekerja gig atau bekerja sendiri, besar kemungkinan anda tidak mempunyai perlindungan perubatan atau kewangan secara formal. Sama ada anda menghantar makanan, menawarkan perkhidmatan, atau bekerja bebas secara dalam talian, kemalangan dan situasi tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa.
Sebab itulah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SESSS) diperkenalkan oleh SOCSO (PERKESO)SESSS menyediakan perlindungan sosial kepada pekerja bekerja sendiri di Malaysia, termasuk pekerja gig, freelancer, penunggang penghantaran, pemandu e-hailing, dan banyak lagi.
Apa Itu SESSS?
SESSS (Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri) ialah skim di bawah PERKESO yang menyediakan perlindungan perubatan dan kewangan jika anda cedera atau meninggal dunia semasa bekerja. Ia adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk meluaskan keselamatan sosial kepada sektor tidak formal.
Jika anda bekerja dengan majikan, secara undang-undang anda dan majikan mesti mencarum kepada dana Perkeso supaya anda boleh menerima faedah jika mengalami penyakit, kecederaan atau hilang upaya akibat kerja.
Siapa Yang Boleh Daftar SESSS?
Jika anda bekerja sendiri atau dalam mana-mana sektor berikut, anda boleh mendaftar untuk SESSS:
- Penghantaran makanan (contoh: GrabFood, foodpanda)
- E-hailing (contoh: Grab, inDrive)
- Pertanian
- Seni & hiburan
- Pembinaan
- Penjaja, peniaga jalanan
- Kerja gig melalui platform
- Perkhidmatan kecil (tukang paip, tukang gunting, tukang jahit, dll.)
Anda tidak perlu memiliki syarikat atau berdaftar dengan SSM.
Berapa Caruman Anda?
Untuk dapatkan perlindungan SESSS, anda kena buat caruman dengan Perkeso, lebih kurang macam membayar premium insurans jugalah. Berapa banyak kita kena mencarum tu bergantung kepada paras pendapatan bulanan kita. Perkeso ada membahagikan paras pendapatan bulanan kepada beberapa kategori bayaran caruman, seperti berikut:
| Pendapatan Bulanan (RM) | Bayaran Caruman Bulanan (RM) | Bayaran Caruman Tahunan (RM) |
| 1,050 | 13.10 | 157.20 |
| 1,550 | 19.40 | 232.80 |
| 2,950 | 36.90 | 442.80 |
| 3,950 | 49.40 | 592.80 |
Anda boleh pilih pelan caruman anda mengikut kategori yang ditentukan oleh Perkeso berdasarkan jumlah pendapatan bulanan anda. Anda boleh pilih untuk membayar caruman secara bulanan ataupun secara tahunan.
Apa Faedah Yang Anda Akan Terima Dari SESSS?
Berikut faedah yang boleh didapati daripada skim tersebut:
| Faedah perubatan |
Atau
|
| Faedah hilang upaya sementara |
|
| Faedah hilang upaya kekal |
|
| Elaun layanan sentiasa – Kalau anda mengalamai kecacatan sepenuhnya yang kekal disebabkan oleh kecederaan yang dialami semasa sedang menjalankan aktiviti pekerjaan, dan memerlukan pekerja perubatan yang bertauliah utuk menjaga anda sepanjang masa |
|
| Faedah orang tanggungan – Kalau anda meninggal dunia disebabkan oleh kecederaan semasa bekerja |
Atau kalau anda tak ada pasangan atau anak:
|
| Faedah pengurusan pengebumian |
|
| Kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional |
|
| Faedah pendidikan |
|
Cara Daftar SESSS
Semua warganegara atau pemastautin tetap yang bekerja sendiri boleh mendaftar tanpa ada had umur.
- Daftar akaun anda di https://matrix.perkeso.gov.my/ atau di mana-mana pejabat Perkeso yang berdekatan.
- Daftar untuk dapatkan perlindungan berdasarkan sektor pekerjaan anda.
- Anda perlukan kad pengenalan anda dan dokumen lain yang berkaitan, mengikut jenis sektor pekerjaan anda.
- Kalau anda bekerja dalam lebih daripada satu sektor, anda boleh mendaftar untuk mencarum dan mendapatkan perlindungan bagi setiap sektor pekerjaan anda.
- Contohnya, kalau anda seorang pemandu e-hailing dan anda juga mengusahakan perniagaan menjual perabot online, ini dikira sebagai dua sektor yang berbeza, jadi anda boleh mendaftar di bawah kedua-dua sektor secara berasingan. Tapi, kalau anda tercedera semasa sedang bekerja sebagai pemandu e-hailing, anda cuma boleh buat tuntutan untuk faedah perlindungan e-hailing anda saja.
- Namun katakan pada esok harinya, anda cedera semasa sedang mengangkat perabot untuk perniagaan online anda, anda masih boleh buat tuntutan untuk faedah perlindungan perniagaan online anda itu.
- SESSS juga turut melindungi pekerja bebas (freelancer), jadi walaupun anda tak ada syarikat sendiri dan bekerja sebagai seorang individu, anda tetap boleh mendaftar dengan menggunakan kad pengenalan anda dan apa-apa dokumen yang membuktikan anda melakukan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan sebagai pekerja bebas. Contoh dokumen yang anda boleh gunakan ialah kontrak yang ditandatangani dengan pelanggan anda atau borang pesanan daripada pelanggan anda.
- Pilih caruman bulanan atau tahunan anda berdasarkan tahap pendapatan anda seperti yang ditentukan oleh Perkeso.
- Bayar caruman bulanan atau tahunan anda secara tunai di pejabat Perkeso atau kalau nak bayar secara online pun boleh.
Cara Membuat Tuntutan SESSS
- Kunjungi pejabat PERKESO terdekat atau hubungi talian hotline.
- Sediakan dokumen berikut:
- Laporan perubatan
- Laporan polis/kejadian (jika ada)
- Kad pengenalan (IC)
- Resit pembayaran atau log kerja (jika diperlukan)
- Hantar borang dan dokumen sokongan.
Soalan Lazim: SESSS untuk Pekerja Bekerja Sendiri
- Boleh ke daftar jika saya freelancer tanpa syarikat?
Ya, SESSS terbuka kepada semua pekerja sendiri tanpa mengira pendaftaran syarikat. - Apa berlaku jika saya tak perbaharui SESSS setiap tahun?
Perlindungan anda akan tamat. Anda tidak akan layak untuk sebarang faedah sehingga diperbaharui semula. - Boleh ke buat tuntutan jika kemalangan berlaku semasa hantar makanan?
Ya, jika kemalangan berlaku semasa bekerja, anda boleh tuntut di bawah SESSS. - Adakah SESSS wajib?
Tidak, tetapi sangat digalakkan untuk perlindungan diri. - Di mana boleh dapat info lanjut?
Layari perkeso.gov.my atau pergi ke pejabat PERKESO terdekat.
Kesimpulan
Jika anda bekerja dalam ekonomi gig atau bekerja sendiri, SESSS ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi diri dan keluarga anda. Dengan hanya satu bayaran tahunan, anda boleh mendapat perlindungan kewangan dan perubatan jika apa-apa berlaku semasa bekerja.
Daftarlah hari ini dan beri ketenangan minda untuk diri anda. Untuk maklumat lanjut tentang SESSS, lawati pautan di sini.
Jangan lupa, ada banyak lagi maklumat berguna yang anda boleh dapati di laman web kami tentang macam-macam topik, contohnya Merancang Belanjawan, Simpanan & Pelaburan, Insurans dan Persaraan yang boleh bantu anda memahami dan menguruskan kewangan anda!
Tag:Insurans




